Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 2

Memilih pembekal

            Sebelum mencari pembekal, sangatlah penting untuk mengetahui bagaimana membezakan pemborong yang sah atau peruncit-peruncit yang menyamar sebagai pemborong. Pemborong sebenar biasanya akan manawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding peruncit.
                     
            Peniaga harus berurusan terus dengan pembekal untuk mendapatkan harga yang kompetitif dan boleh menjana keuntungan yang lumayan. Contohnya whizet.com yang menawarkan potongan harga sehingga 40% kepada peniaga.


Rajah 2: Harga jubah muslimah di whizet.com

          Pembekal tersebut juga mencadangkan harga runcit kepada peniaga contohnya sepasang jubah muslimah berharga RM 106.00. Harga borong untuk peruncit adalah RM 53.00 dengan keuntungan sehingga 40% bagi setiap jubah muslimah yang dijual. Pasti inilah bahagian yang ditunggu-tunggu pembaca. Harap bersabar dan teruskan pembacaan.

(Anda boleh menjadi agen kepada whizet.com dengan hanya sedikit kerja pendaftaran yang sangat mudah dan anda boleh berniaga dengan serta merta.)



Bagaimana menilai pemborong dropshipping palsu


            Bergantung kepada di mana anda mencari, boleh jadi anda akan menemui mencari sejumlah besar pemborong "palsu". Kerana pemborong sah secara tradisi miskin dari segi pemasaran dan cenderung untuk bersembunyi. Ini menyebabkan pemborong palsu mengambik kesempatan. Kebiasaannya hanya orang tengah sahaja biasanya muncul dalam pencarian anda. Oleh itu, anda perlu berhati-hati takut nanti bukan sahaja barang yang dipesan tidak sampai, tetapi duit juga melayang begitu sahaja dan seterusnya memburukkan riputasi anda sebagai peniaga.

Taktik berikut akan membantu anda membezakan antara pembekal sah atau palsu :

Mereka Meminta Bayaran Berterusan - Pemborong sah tidak mengenakan kepada pelanggan mereka bayaran bulanan bagi mendapatkan hak istimewa untuk menjalankan perniagaan dan pesanan daripada mereka. Jika pembekal meminta keahlian atau perkhidmatan berbentuk bayaran bulanan, ia mungkin bukan pemborong yang sah.

Sangatlah penting untuk membezakan antara pembekal dan direktori pembekal. Direktori pembekal (akan membincangkan kemudian) adalah direktori untuk pembekal borong mengatur jenis produk atau pasaran dan menapis untuk memastikan pembekal adalah sah. Kebanyakan direktori akan mengenakan bayaran sama ada secara one off atau berterusan. Jadi anda tidak harus menganggap direktori itu sebagai pembekal tidak sah.


Mereka Menjual Terus Kepada Awam - Untuk mendapatkan harga borong yang sebenar anda mungkin diminta untuk melangkapkan borang akuan untuk membuktikan anda peniaga yang sah sebelum membuat pesanan pertama anda. Mana-mana pembekal borong yang menawarkan produk kepada umum pada "harga borong" ianya bermaksud harga runcit untuk pengguna. Tetapi anda perlu membayar yuran dropshipping untuk meneruskan urus niaga dan ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh peniaga.

Bayaran Pre-Oder - Ramai Dropshoppers akan mengenakan bayaran untuk setiap pesanan antara RM 5 hinggga RM 10 atau lebih, bergantung kepada kerumitan urusan penghantaran barang.  Perkara ini adalah standard dalam industri ini, kerana kos pembungkusan dan penghantaran secara individu adalah lebih tinggi berbanding penghantaran pesanan secara pukal. 

Saiz pesanan minima -  Sesetengah pemborong akan menetapkan saiz pesasnan minima untuk permulaan iaitu jumlah terendah yang perlu dibeli untuk pesanan pertama anda. Mereka melakukan ini untuk menapis peniaga yang tidak bersungguh-sungguh dan mungkin hanya akan membuang masa. Oleh itu, pembekal menetapkan pembelian minima bagi mewijudkan kridit dengan mereka. Selain itu, anda juga akan mendapat tawaran harga yang rendah.


 Mencari pembekal


Mungkin anda telah dapat melihat penipuan-penipuan yang mungkin akan anda hadapi dalam urus niaga sebenar. Kini tiba masa untuk mencari pembekal- pembekal. Anda boleh menggunakan beberapa stratigi uang berbeza, sesetengahnya ada yang berkesan dan ada yang kurang berkesan. Kaedah-kaedah yang disenaraikan dibawah adalah  berdasarkan keberkesanan dan juga keutamaan. Kaedah pertama adalah kaedah yang paling digemari.

Hubungi pembuat

Ini merupakan kaedah yang sering dilakukan untuk mencari pembekal. Jika anda tahu produk yang anda ingin jual, hubungi pembuat untuk bertanyakan senarai pembekal-pembekal mereka kemudian anda boleh menghubungi pembekal-pembekal tersebut untuk memastikan samada mereka boleh buat dropship dan juga untuk mengetahui bagaimana membuka akaun bersama mereka.


Kebanyakkan pemborong memborong beranika produk daripada pengilang atau pembuat. Stratigi ini akan membolehkan anda membuat pilihan sumber produk berdasarkan kajian pasaran anda. Selepas membuat beberapa panggilan kepada pembuat yang menguasai pasaran dan seterusnya dengan pantas anda akan dapat mengenal pasti penggudang terbesar dalam pasaran.

Menggunakan carian di google

Menggunakan carian di google untuk mencari pembekal berkualiti tinggi, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi :

   1. Anda perlu mencari secara menyeluruh – Pembekal sangat tidak mengendahkan pemasaran dan promosi dan sudah pasti keputusan carian tidak di kedudukan teratas dalam carian untuk “Pembekal untuk produk X”. Oleh itu, anda perlu membuat BANYAK carian untuk mendapat keputusan carian yang baik kerana website pembekal sangat jauh mungkin sehingga nombor ke 80 dan seterusnya.

2. Jangan menilai melalui websiteDisebabkan pembekal tidak mementingkan promosi dan pemasaran, kebanyakkan reka bentuk website mereka seperti kebiasaan website sekitar 90an. Tetapi terdapat juga pembekal yang sangat menitik beratkan reka bentuk
1.   dan sistem website mereka kerana kepekaan mereka kepada pemasaran dalam talian.   

3.   Gunakan kata kunci carian yang pelbagai – Pembekal tidak melakukan SEO sebaiknya untuk membolehkan anda mencari mereka. Jadi anda mungkin perlu mencuba beberapa lata lunci carian. Jangan hanya membuat carian “Pembekal [produk]”. Cuba pelbagaikan carian sama ada dalam Bahasa Melayu atau English seperti “warehouse”, “distributer”, “reseller” dan sebagainya. 

Memesan barangan dari pesaing

Jika anda mengalami kesukaran untuk mencari pembekal, anda boleh menggunakan kaedah lama iaitu memesan barangan dari pesaing anda. Bagaimana? Cari pesaing dropshipping dan pesan dengan kuantiti kecil dengan syarikat tersebut. Apabila anda menerima pensanan anda, Google return address (alamat pemulangan barangan jika barang yang diterima adalah salah) untuk mencari pembekal sebenar barnagan tersebut. Boleh jadi itu adalah pembekal yang patut anda hubungi.

Ini adalah kaedah yang pernah penulis dengar namun tidak pernah diaplikasikan memandangkan kaedah-kaedah lain juga berkesan.Jika anda masih tidak bapat mencari pembekal berdasarkan kaedah-kaedah di atas, mungkin termasuk alasan seperti pasaran yang kecil, bekalan tidak mencukupi dan sebagainya, mungkin teknik ini boleh diguanakan.

Menghadiri Pameran Perniagaan

Pameran perniagaan membolehkan anda berhubung dengan kebayakkan pembuat dan pembekal. Ianya adalah langkah yang baik untuk mencari kenalan dan membuat kajian produk dan meninjau pembekal secara langsung. Kaedah ini hanya berkesan jika anda telah menentukan niche[1] (Wanger, n.d.)  atau produk dan tidak semestinya munasabah untuk semua. Tetapi jika anda punya masa da wang untuk menghadiri, ianya satu langkah bijak untuk mengetahui pembuat-pembuat dan pembakal-pembakal dalam sebuah industri.

Direktori

Salah satu soalan yang basa ditanyakan oleh bakal-bakal penaga dalalm talian ialah, Mengapa harus membayar direktori pembekal?

Direktori pembekal merupakan pangkalan data pembekal yang disusun oleh mengikut pasaran, niche atau produk. Kebanyakkan pekerja direktori melalukan tapisan bagi memastikan pembekal yang disenaraikan adalah pembekal yang sebenar. Kebanyakkan syarikat membayar yuran untuk mengakses direkrtori mereka.

Keahllian direktori sangat membantu terutamanya untuk percambahan idea. Jika anda telah mengetahui tentang produk atau niche yang hendak anda jual, anda seharusnya sudah boleh mencari pembekal utama dalam pasaran menggunakan sedikit teknik seperti yang dibincangkan di atas. Sebaik sahaja memulakan perniagaan, anda tidak lagi perlu melawat direktori melankan anda mahu mencari pembekal untuk suatu produk yang baharu.

Oleh itu, direktori-direktori pembekal adalah cara yang paling mudah untuk mencari sejumlah besar pembekal dalam satu tempat dengan cepat dan sangat baik untuk percambahan idea untuk memasarkan produk  atau memasuki niche-niche tertentu.

Terdapat beberapa direktori pembekal yang berbeza dan tinjauan mereka secara menyeluruh adalah melebihi skop penulisan ini. Sebaliknya anda diperkenalkan kepada direktori-direktori dalam talian yang diharap mampu membantu anda untuk membuat keputusan.

·        Ditubuhkan sejak 1999
·        Jumlah pembekal melebihi 1000
·        Melebihi 1 juta produk
·        Keahlian percuma.


Anda perlu mendaftar keahlian di sini. Terdapat ramai juga pembekal dari Malaysia yang boleh dihubungi. Bagi produk dari luar Negara, anda perlu memaklumkan tentang cukai Kastam sebaik sahaja barangan tiba di pusat pungutan. Sekiranya perlu, pelanggan anda yang akan membayar cukai Kastam ini.
·        Jumlah pembekal melebihi 1000
·        Jumlah produk melebihi 10 ribu
·        Pembekal tempatan.

Sebelum menghubungi pembekal

Baik, jadi anda mungkin telah menemui pembekal yang sesuai dan bersedia untuk langkah seterusnya. Tapi sebelum menghubungi pembekal, anda perlu menyediakan diri anda dengan perkara-perkara berikut.

Anda perlu menjadi peniaga yang sah – Seperti yang disebutkan di awal perbincangan, ke banyakkan pembekal memerlukan bukti bahawa anda peniaga yang sah sebelum membenarkan anda membuka akaun dengan mereka. Pembekal hanya akan mendedahkan harga mereka untuk kepada peruncit yang sah, jadi anda perlu mendaftarkan perniagaaan anda sebelum mendpatkan harga yang paling minima.

Fahami kedudukan anda – Pembekal kebiasaannya akan dihujani oleh pelanggan dengan “plan perniagaan gergasi” mereka dan mengajukan soalan-soalan kepada mereka, mengambil masa yang lama dan kemudian tidak pernah membuat pesanan. Jadi, jika anda memulakan perniagaan baharu, berhati-hati kerana mungkin ramai pembekal tidak akan membantu anda untuk memulakan perniagan anda.

Biasanya pembekal akan set up akaun dropshippping sekiranya mereka menawarkan perkhidmatan tersebut. Tetapi jangan meminta diskaun harga atau cuba membazir masa wakil jualan dalam telefonsebelum anda membuat jualan pertama kerana itu hanya akan memburukkan riputasi dan memburukkan hubungan anda dengan pembekal.
Jika anda membuat permintaan khas kepada pembekal yang tidak mengamalkan konsop dropshipping ini, anda harus membina kepercayaan pembekal, jadi anda perlu meningkatkan kridibiliti diri. Fokuskan rancangan perniagaan anda berikan keyakinan kepada mereka seperti mengatakan “Kamai akan melancarkan website ini pada 1 Januari 2017” dan elakkan menggunakan ayat “Mungkin kami akan melancarkan website dalam beberapa bulan lagi”. Pastikan anda berkomunikasi secara profesional dan boleh jadi pengalaman-pengalaman yang lalu sangat membatu menjayakan perniagaan anda terutama pengalaman berkaitan jualan dan pemasaran.

Jangan takut dengan penggilan telefon – Salah satu perkara yang mengeriakan kebanyakkan orang apabila perlu membuat panggilan atau menjawab panggilan. Jika perkara ini berlaku kepada maka anda adalah prospek yang lemah. Anda mungkin boleh menghantar email berkaitan suatu isu. Tetapi saharusnya lebih kerap membuat panggilan telefon untuk mendapatkan info yang anda perlukan.

Perkara ini tidaklah seperti yang anda fikirkan. Pembekal memang dilatih untuk bercakap dengan pelanggan termasuk pelanggan baharu mereka. Anda perlu mencari wakil jualan yang mesra pelanggan dan sangat suka menjawab permasalahan anda. Tips ini mungkin boleh membantu. Tuliskan soalan dan masalah anda di atas kertas terlebih dahulu, ini akan membantu memudahkan anda untuk bercakap dengan wakil jualan.


     Bacaan seterusnya kili di sini 
      Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 3


P/s : Saya telah create group FB untuk peniaga bertukar-tukar barangan. Iya la, takkan selamanya kita menjual sahaja, kita pun perlu jadi pembeli. Geng Dropshipping



[1] Suatu segmen kecil tetapi menguntungkan yang difokuskan oleh peniaga dan menjadi tumpuan pasaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk