Bagaimanakah Jantung dan Salur Darah berkerja?
Entri ini aku translite dari bahasa English. Aku ambil sebahagian sahaja iaitu berkenaan jantung, salur darah dan paru-paru secara ringkas. Ada entri yang berkaitan dengan enrti ini. Artikal asal di sini.
Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah ke
seluruh badan. Darah membawa nutrien penting dan bahan buangan. Salah satu
nutrien penting yang didapati di dalam darah adalah oksigen.
Sebelah kanan jantung menerima darah yang kekurangan oksigen (deoxygenated blood) dari
badan. Selepas melalui atrium kanan dan ventrikel kanan darah dipam ke paru-paru.
Di sini darah menyerap oksigen dan kehilangan gas lain yang dipanggil karbon dioksida.
Setelah melalui paru-paru, darah mengalir balik ke atrium kiri. Ia kemudian mengalir ke ventrikel
kiri dan dipam ke dalam arteri utama (aorta) untuk dibekalkan keseluruh badan. Darah yang
mengandungi kemudiannya dibawa keseluruh saluran darah ke semua tisu badan.
Di sini oksigen dan nutrien lain masuk ke dalam sel-sel di mana ia digunakan untuk
melaksanakan fungsi-fungsi penting badan.
Fungsi utama saluran darah adalah untuk mengangkut darah ke seluruh badan. Saluran darah juga memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah anda. Saluran darah terdapat di seluruh badan. Terdapat lima jenis utama saluran darah: arteri, arteriol, kapilari, venules dan urat. Arteri membawa darah dari jantung ke organ lain. Saiz setiap saluran darah adalah berbeza mengikut jenis dan fungsi.
Entri berkaitan : Makanan, Perut dan Penyakit.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?