Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 1

Memahami Dropshipping


Dropshipping adalah teknik rantaian pembekalan di mana peruncit tidak perlu menyimpan stok produk fizikal seperti baju dan kasut kerana penjual akan memindah pesanan pelanggan kepada pihak pemborong.
Di pihak pemborong pula, mereka akan menghantar produk terus kepada pembeli setelah pembayaran dari peruncit disahkan. Oleh itu, peranan anda sebagai penjual atau peruncit hanya perlu mamperkenalkan produk, menerima pesanan dan memberikan butir-butir pembeli seperti alamat dan nombor telefon pembeli kepada penggudang.


Rajah 1:  Kitaran Dropshopping


Berpandukan rajah 1, pembeli akan mambuat pesanan samada melalui web site atau e-shop dan seterusnya akan membayar sejumlah wang kepada anda. Peniga yang menerima bayaran akan menghubungi pembekal dan memberikan butir-butir pembeli. Pembekal atau pemborong akan menghantar produk kepada pembeli dan lengkaplah satu kitaran atau sirkulasi dropshipping. Hal ini akan diperincikan dengan lebih terperinci.
Untuk memastikan pembeli boleh melihat produk yang anda jual, peruncit Dropshipping haruslah sentiasa memperagakan atau display produk jualan mereka samada menggunakan katalog atau dalam talian.
Anda sebagai peniaga harus menyembunyikan fakta ini atau menghalang sumber borong anda daripada diketahui pihak lain terutama bakal pesaing. Akan tetapi, sekiranya anda terpaksa berkongsi pembekal dengan peniaga lain, anda boleh menawarkan harga yang lebih rendah berbanding yang disarankan oleh pembekal sendiri.
Dengan kata lain, anda boleh menggunakan konsep lelongan iaitu menawarkan harga yang rendah dan akan menjual barangan tersebut kepada pembida tertinggi.
          Kaedah urusniaga dropshipping ini memang unik dan sangat menguntukgkan kerana anda boleh berniaga tanpa modal atau sekurang-kurangnya menggunakan modal yang sangat minima dan tidak membebenkan. Selain itu, anda juga tidak perlu menyediakan kedai fizikal. Ini adalah ciri utama urusniaga ini.
          Walaupun terdapat persamaan dengan pemasaran affiliate seperti tidak perlu menyediakan produk sendiri dan boleh berniaga dengan modal yang sangat minima, namun terdapat perbezaan yang sangat ketara. Perbezaan antara kedua-duanya diperincikan pada bahagian berikutnya.

Dropshipping VS Affiliate


Dropshipping merupakan peruncit dalam talian dan dalam masa yang sama peruncit tidak perlu menyimpan produk fizikal sebagai stok dan tidak perlu melakukan urusan penghantaran produk kepada pelanggan.
Setiap sirkulasi dropshipping boleh berulang berkali-kali dari pelanggan yang sama dan penjual akan mengutip keuntungan setelah harga borong ditolakkan dengan harga runcit penjual.
Pemasaran affiliate pula ialah sebagai bertindak agen untuk memperkenalkan sesuatu perniagaan kepada individu lain dan komesien akan dibayar secara bulanan sekiranya jika ada pelanggan yang membeli produk yang anda perkenalkan. Apabila urusniaga telah berlaku maka kerja anda telah selesasi dan tiada urusniaga berulang dari pelanggan yang sama. Itulah sedikit perbezaan antara dropshipping dangan pemasaran affilliate.

Rantaian pembekalan


Rantaian pembekalan atau supply chain adalah istilah yang diguna pakai untuk menerangkan laluan sesuatu produk bermula dari peringkat pembuatan hinggalah suatu produk tersebut sampai ke tangan pengguna.
Konsep rantaian pembekalan tidak diterangkan secara terperinci dalam pandua ini cuam, apa yang perlu anda faham ialah tiga peranan utama dalam turutan rantaian pembekalan dropshipping ; pengilang, pemborong dan peruncit.

1.   Pengilang


Pengilang mencipta produk dan kebanyakkannya tidak dijual secara langsung kepada pengguna sebaliknya menjual secara borong kepada penggudang dan peruncit.
Membeli secara langsung daripada pembuat adalah jalan yang paling murah untuk membeli produk bagi tujuan diniagakan semula atau resel tetapi mengikuti kuantiti pembelian minimum yang telah ditetapakn oleh pengilang. Anda juga perlu menyimpan mengirim produk kepada pelanggan. Untuk tujuan tersebut, adalah lebih mudah membeli terus daripada pihak penggudang.


2.   Penggudang 


Penggudang membeli produk secara pukal daripada pembuat, menaikkan sedikit harga barangan dan menjualnya semula kepada pengguna. Jika mereka telah menetapkan kuantiti pembelian minimum, secara umumnya mereka kuantiti pembelian minimum tersebut lebih rendah daripada pembuat atau pengilang.
Pihak penggudang kebiasannya akan menyimpan stok berdozen-dozen. Kebanyakkan peniaga yang beroperasi sebagai penggudang, mereka hanya akan menjual barangan meraka kepada peniaga runcit sahaja dan tidak terus kepada pengguna.

3.   Peruncit


Sebuah unit peruncit  adalah individu atau entiti yang menjual barangan secara terus kepada pengguna dengan meningkatkan harga barangan untuk tujuan mengaut keuntungan. Jika anda menjalankan perniagaan secara dropshipping, maka anda adalah peruncit.

Dropshipping adalah perkhidmatan, bukan peranan.


Anda perlu ingat bahawa “Dropshipper” bukan salah satu  daripada watak dalam rantaian pembakalan. Mengapa? Kerana pembuat, pengudang atau peruncit boleh berperanan sebagai drop shipper.
Jika pembuat atau pengilang sudi menghantar produk-produk mereka terus kepada pelanggan, maka itulah yang di panggil “dropshipping” bagi pihak anda. Peniaga runcit juga boleh menawarkan dropship walaupun harga yang ditawarkan tidak kompetitif berbanding harga pemborong kerana peruncit tidak membeli secara terus daripada pembuat.
          Jika seseorang mendakwa dirinya adalah dropshipper, tidak bermakna anda boleh menentukan harga borong, ianya cuma bermaksud mereka (dropshipper) hanya akan mengirim produk kepada pelanggan bagi pehak anda. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, anda perlu berhubung terus kepada penggudang atau pengeluar sah. Perkara ini akan dibincangkan secara khusus di bahagian berikutnya.

Proses Dropshipping


          Kita telahpun membincangkan kali ini secara sepintas lalu. Sekarang mari kita tinjau bagaimana proses dropshiping ini secara lebih terperinci. Kita andaikan sebuah Outlet yang menjual telefon pintar dan dalam masa yang sama kedai tersebut menjual aksesori telefon pintar dalam talian. Peniaga telefon tersebut akan men”dropship” semua jualan dalam taliannya dari penggudang yang kita panggil penggudang aksesori telefon. Berikut ini adalah penerangan bagaimana proses ini berlaku.


Langkah pertama : Pelangan membuat pesanan kepada Outlet telefon


Encik Basri memerlukan case untuk telefon pintarnya dan telah memesan produk tersebut melalui e-shop Outlet telefon en. Kadir. Apabila pesanan telah disahkan, apa yang berlaku ialah ;
·        Outlet en. Basri akan akan menerima emil pengesahan bagi pesanan baharu yang dijana secara outomatik oleh perisian e-shop.
·        Pembayaran en . Basri kepada en Karim telah dirakam (captured) semasa proses daftar keluar (Chackout) dan akan wang didipositkan terus ke bank Outlet en. Kadir.
·        En. Kadir menawarkan harga runcit ke atas case tersebut.



Langkah kedua : Outlet eksesori telefon akan memindahkan pesanan kepada pembekal.

Langkah ini biasanya sangat mudah kerana en. Kadir sebagai pemilik Outlet telefon dan pengandali e-shop hanya perlu menghantarkan emil pengesahan pesanan kepada wakil gudang eksesori telefon pintar. Pihak penggudang yang telah mendaftar kad kridit en. Kadir dalam sistem atau fail meraka akan membilkan pesana en. Basri dengan memasukkan harga gudang termasuk sebarang kos pengangkutan atau fi pemprosesan bagi produk yang dipesan.

Langkah ketiga : Penggudang eksesori telefon akan menghantar pesanan


Andaikan pembayaran melalui pemotongan kad kridit en. Kadir telah Berjaya, Penggudang eksesori telefon akan menghantar barang yang dipesan terus kepada pembeli tanpa perlu melalui en. Kadir sebaliknya en. Kadir hanya menerima invois dan tracking number.
Sesetengah  peniaga gudang bersetuju untuk mempaparkan butir-butir penjual seperti nombor telefon dan nama anda atau nama perniagaan anda di kotak atau bungkusan barangan yang dihantar kepada pembeli dan ini sangat membantu mengembang dan meningkatkan riputasi anda sebagai peniaga.

Langkah keempat : Outlet telefon akan memaklumkan pelanggan tentang penghantaran barangan yang dipesan.


Sebaik sahaja en. Karim menerima tracking number, beliau akan menghantar tracking number tersebut kepada en. Basri samada menggunakan emil yang yang terdapat dalam sistem e-shop miliknya, khidmat pesanan ringkas.
Sebaik sahaja dikirimkan, pembayaran juga telah diterima dan pelanggan telah dimaklumkan, maka keseluruhan proses telahpun selesai.

Droposhiper bekerja dibelakang tabir 

            Walaupun memainkan peranan penting dalam pesanan dan pelaksanaan, dropshipper sebenarnya bekerja dibelakang tabir atau invisible iaitu tidak dapat dilihat oleh pelanggan akhir. Apabila pakej produk diterima, alamat dan nombor telefon rujukan yang tertera adalah alamat peruncit bukan alamat penggudang. Jika en. Basri menerima item yang salah, beliau akan menghubungi peruncit iaitu en. Karim dan kemudian menghubungi penggudang untuk menghantar roduk yang betul.

          Pemborong tidak akan bertanggung berhubungan terus kepada pelanggan dan hanya bertindak sebagai penyimpan stok dan mengirimkan produk dan selebihnya seperti pemasaran, pengandalian web site atau e-store, perkhidmatan pelanggan dan lain-lain adalah tanggungjawab peniaga.

Untuk bacaan seterusnya, sila klik di sini 
Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 2

P/s : Saya telah create group FB untuk peniaga bertukar-tukar barangan. Iya la, takkan selamanya kita menjual sahaja, kita pun perlu jadi pembeli. Geng Dropshipping

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk