Bihun Goreng Sambal Kacang

Lama sangat tak makan masakan mak, terutamanya Bihun goreng masakan mak sangat sedap kerana setiap kali mak goreng bihun dia akan buat sambal sekali.




Aku pernah juga buat bihun goreng dengan sambal kacang ni, tapi aku olah sedikit supaya cepat disediakan. Selepas cubaan pertama berjaya, aku cuba lagi tambahkan beberapa bahan, ternyata kok sedap skali ya..! hehe.

Tapi kali ni, aku kongsikan yang paling simple tapi tidak kurang juga enaknya.

Bahan-bahan:
1. 1 bungkus Bihun, tidak perlu rendam.
2. 3 Ulas bawnag putih
3. 2 ulas bawang merah
4. 2 sudu cuka
5. 1 cawan cili giling
6. 2 senduk kacang goreng ditumbuk kasar
7. 1 sudu gula
8. 1 senduk sos ikan
9. Kicap manis
10. Daun sup
11. 500 ml air
12. Bawang besar dipotong bulat.

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang hingga garing dan masukkan cili giling.
2. Masukkan cuka, kacang yang ditumbuk kasar, gula dan sos ikan.
3. Sabelum masukkan bihun, rasa dahulu sambal tu, kalau dah ok, masukkan bihun dan tambah air serta kicap untuk naikkan warna. Kacau dengan api perlahan hingga air kering dan bihun kembang.
4. Masukkan bawang besar dan daun sup. Tunggu hingga bawang layu dan angkat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk