Masalah Ekonomi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Pengenalan


Ekonomi merupakan kajian tentang keperluan manusia dalam segala aspek kehidupan seharian. Setiap kajian ekonomi perlu meneliti keperluan setiap individu dan kumpulan manusia dan kesan daripada pengeluaran output kepada pembanguana sosial dan negara umumnya. Dengan perkataan mudah, ekonomi adalah kajian bagaimana manusia menggunakan sumber yang terhad untuk kepuasan pengguna. Pengguna dan tingkat harga adalah aspek utama yang sangat diambilkira bagi mengelak kerugian kepada pengeluar dan memastikan pengguna mendapat kepuasan dari setiap output yang dihasilkan.

Masalah asas ekonomi


Masalah ekonomi wujud disebabkan permintaan yang sentiasa bertambah sementara sumber-sumber untuk memenuhi keperluan manusia yang ada adalah terhad. Sumber yang diperolehi dari tanah semakin susut tambahan pula sumber-sumebr tersebut bukalah sumber yang boleh diperbaharui seperti bijih timah. Peralihan sumber yang sedia kepada sumber baharu sudah pasti menuntut tingkat teknologi baharu dan kemahiran tenaga kerja yang berbeza seperti kerja-kerja bagi memeperolehi minyak mentah. Perubahan ini sudah pasti melibatkan dengan kos dan perbelanjaan yang tinggi maka pengguna perlu berbelanja sebagai imbalan kepada kos yang telah dikeluarkan.
            Kebiasaannya, pelaburan yang lebih bersifat sosial, pulangannya adalah untuk jangka masa yang agak lama hal ini kerana pengeluar ingin memastikan pengguna dapat menggunakan output dengan cepat maka harga setiap unit produk adalah rendah atau pada tingkat mampu milik agar setiap lapisan masyarakat dapat berbelanja.

Sumber manusia juga memberi tekanan kepada ekonomi kerana lumrah manusia adalah terikat dengan keupayaan samada disebabkan faktor umur, masa dan kemahiran. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, peratus warga Malaysia yang bertaraf Warga Emas adalah sebanyak 41 peratus pada tahun 2014 dan pada tahun yang sama juga kira-kira 29 peratus daripadanya adalah berumur 0-14 tahun dan hanya 36 peratus sahaja tenaga manusia yang boleh digunapakai dalam pelbagai bidang perusahaan. Bagi tahun tersebut. (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2014)

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat
Carta 1 : Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun 2000, 2006 & 2013

Sekiranya kadar kelahiran semakin berkurangan,bagi tahun yang berikutnya, negara akan mengalami kekurangan tenaga tempatan yang agak serius sementara keperluan terhadap ubatan dan peralatan penjagaan kesihatan semakin bertambah.
            Selain itu, masalah pilihan yang wujud daripada kehendak yang terlalu banyak namun perlu membuat pilihan disebabkan citarasa untuk kepuasan serta kekurangan pendapatan pengguna menjadi faktor kewujudan masalah kekurangan.   Pilihan pengguna merangkumi dua aspek iaitu dari segi kekuatan ekonomi yang dimiliki pengguna dan kepuasan terhadap suatu jenis barangan berbanding pesaingnya. Setiap pengguna perlu memikirkan pilihan yang terbaik untuk kepuasannya sesuai dangan kemampuan yang dimiliki. Pada peringkat tertentu pengeluar atau peniaga juga menghadapai masalah pilihan iaitu sewaktu di peringkat memilih input sama ada dari segi kuantiti, kualiti dan harga. Contohnya 1 kg sayur taugeh dijual pada harga yang sama namun berbeza dari segi kuantiti dan kualiti.  
            Kewujudan pilihan dalam pasaran menyebabkan kos melepas menjadi salah satu sub-bab dalam ekonomi. Kos melepas menerangkan pilihan yang terpaksa dilepaskan atau dikorbankan untuk memperolehi barangan atau perkhidmatan yang lain. Contohnya seorang pelajar yang ingin membeli komputer riba dan tablet yang mempunyai harga yang sama. Untuk mendapatkan komputer riba, dia terpaksa melepaskan tablet. Maka kos melepas bagi pelajar tersebut ialah tablet kerana dia memilih komputer riba.
            Selain masalah kekurangan, pilihan dan kos melepas, terdapat tiga persoalan yang menjadi masalah asas ekonomi iaitu :
a)      Apa dan berapa?
b)      Bagaimana?
c)      Untuk siapa?
Gambar Rajah 1 : Masalah Asas Ekonomi
Persoalan ini adalah merujuk kepada “apa yang perlu dikeluarkan?” dan “ berapa banyak yang perlu dikeluarkan?” Pengeluar perlu menentukan apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan samada barangan perlu, barangan mewah atau barangan neutral. Untuk mengelakkan kerugian kepada pengeluar, kuantiti outpot perlulah diambil kira bagi mengelakkan lebihan penawaran, pembaziran sumber dan seterusnya menyebabkan kerugian.
Setelah mengenal pasti apakah jenis barangan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak yang perlu dikeluarkan, maka peringkat seterusnya ialah memastikan apakah pula kaedah pengeluaran yang diguakan hal ini termasuk tingkat teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk samada pengeluaran berintensifkan modal (mesin) atau berintensifkan buruh (tenaga manusia). Sasarn pengguna yang tepat dapat menetukan kaedah pengeluaran yang digunakan.
Sebelum memproduk barangan atau menawarkan perkhidmatan, sasaran pengguna hendaklah ditentukan samada mensasarkan golongan berpendapatan tinggi atau golongan berpendapatan rendah. Dengan kata lain, siapakah pengguna barangan tersebut? Orang kaya atau orang miskin?

Masalah ekonomi akibat pelaksanaan GST



Sumber : Utusan Online
Gambar Rajah 2: Ketidakfahaman tentang GST punca kenaikan harga  barangan & perkhidmatan

Perlaksanaan GST banyak mengubah lanskap ekonomi Malaysia terutama tempoh 6 bulan pertama selepas pelaksanaan sistem percukaian GST. Dari sudut sosial, masyarakat akan terus terbeban jika sistem percukaian yang ada pada ketika itu dikekalkan kerana harga output sentiasa meningkat. Selain cukai yang tidak seragam ke atas setiap barangan dan perkhidmatan ianya juga menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat kerana cukai manjadi kos kepada peniaga berbanding dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (CBP atau GST) yang mana kadar cukai adalah seragam iaitu sebanyak 6 peratus dan peniaga boleh menuntut semula GST yang telah dibayar tertakluk kepada Akta GST 2014 dan Peraturan GST 2014 maknanya, cukai bukan lagi merupaka kos kepada peniaga. Selain itu, di bawah sistem GST ada barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk kapada GST atau berkadar sifar.
Kadar cukai jualan
Kadar cukai jualan
Kadar cukai jualan adalah  10 %  (mengikut Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No. 1) 2008 kecuali berikut:
  • Barang di Jadual 1 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) -  dikenakan 5%
  • Barang di Jadual 2 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) -  dikenakan 20%
  • Barang di Jadual 3 Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No. 2) 2008 - kadar spesifik

Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj
(Pindaan kadar cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan melalui Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2010 [P.U. (A) 411/2010].)

Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jadual 1 : Kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan


Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Tugas Khas GST Ibupejabat
Gambar Rajah 3 : Skop percukaian GST


            Di sebabkan ketidakfahaman tentang perlaksanaan GST, timbul rasa panik di kalangan peniaga dan pengguna yang mengakibatkan permintaan dan penawaran berkurangan. Di pihak peniaga, mereka menaikkan harga output sedia ada dan mengawal pengeluaran barangan. Hal ini karana peniaga menjangkakan pembelain kos input selepas pelaksanaan GST akan meningkat maka keuntungan yang berlebihan boleh menampung perbelanjaan ke atas output pada masa hadapan. Stok juga dikeluarkan berperingkat agar permintaan menjadi tinggi dan seterusnya harga juga akan meningkat.
            Melalui jendela-jendela media sosial dan blog dapat diperhatikan gegalat pengguna yang memuatnaik gambar-gambar barangan yang dinaikkan harga oleh peniaga-peniaga yang dikatakan ingin mengambil kesempatan. Dikatakan sebagai “peniaga mengambil kesempatan” kerana pihak yang berwajib telah pun memberikan taklimat dan penerangan kepada semua pemilik-pemilik perniagaan dan pengguna dalam tempoh sebelum 12 bulan sebelum perlaksanaan GST.


Gambar Rajah 4 : Peniaga yang tidak faham GST menaikkan harga kerana panik atau ingin mengambil kesempatan

            Di pihak pengguna pula, mereka mengurangkan perbelanjaan untuk sesetengah keperluan atau menukar barangan yang sama fungsi kepada produk yang lebih murah. Contohnya jenama lampin pakai buang yang murah menjadi pilihan berbanding lampin pakai buang yang berjenama mahal.

Adakah GST penyebab kenaikan harga?


Fenomena berpelanja panik telah berlaku sebulan sebelum GST dikuatkuasakan. Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui Timbalan Pengarah Kastam Bahagian GST Dato’ Subromanim Tholasy memberi penjelasan semasa temu ramah khas berkaitan pelaksanaan GST bahawa peniaga harus mengeluarkan elemen cukai (SST) sebelum mengenakan GST kepada pengguna bagi mengelakkan pertindihan cukai (beritanasionalrtm rasmi, 2015). Mekanisme pengiraan CBP atau GST adalah seperti yang dinyatakan di muka suarat 10.



Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jadual 2 : Contoh pengiraan CBP pada setiap peringkat rantaian pembekalan pada kadar CBP 6% dan margin   keuntungan 20%

Berdasarkan jadual 2 di atas, jumlah CBP yang dikutip oleh Kerajaan = RM3.00 + RM0.60 + RM0.72 = RM4.32.
CBP akan dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan bermula daripada peringkat pengilangan sehingga ke peringkat akhir iaitu pengguna.
Peringkat pengilang:
  1. Menjual kepada pemborong pada harga RM50 pada kadar CBP 6%.
  2. CBP penjualan yang perlu dibayar kepada Kerajaan adalah RM3.00 (RM50 x 6%).
  3. Harga jualan kepada pemborong adalah RM53.00 (RM50 + RM3.00).
Peringkat pemborong:
  1. Pemborong membeli dari pengilang pada harga RM53.00 (RM50 + RM3.00 CBP).
  2. RM3.00 adalah cukai input kepada Pemborong.
  3. Pemborong menjual kepada peruncit pada harga RM60 (markup) pada kadar cukai CBP 6%.
  4. Harga jualan kepada peruncit adalah RM63.60 (RM60 + RM3.60 CBP).
  5. RM3.60 adalah cukai output ke atas jualan pemborong.
  6. Setelah membuat offset antara cukai output RM3.60 dengan cukai input RM3.00, CBP yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata CBP adalah RM0.60 (RM3.60 - RM3.00)
Peringkat peruncit:
  1. Membeli dari pemborong pada harga RM63.60 (RM60 + RM3.60 CBP).
  2. RM3.60 adalah cukai input kepada peruncit.
  3. Menjual kepada pengguna pada harga RM72 pada kadar cukai CBP 6%.
  4. Harga jualan kepada peruncit adalah RM76.32 (RM72 + RM4.32 CBP).
  5. RM4.32 adalah cukai output ke atas jualan peruncit.
  6. Setelah membuat offset antara cukai output RM4.32 dengan cukai input RM3.60, CBP yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata CBP adalah RM0.72 (RM4.32 - RM3.60) (Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

Sumber : Peraturan GST 2014
Gambar Rajah 5 : Mekanisme GST berkadar Standard

            Berpandukan gambar rajah 5 di atas, GST dibayar di setiap peringkat pergerakkan barang untuk produk yang diproses dan dalam masa yang sama, mereka boleh menuntut semula GST ke atas input. Sekali lagi dinyatakan cukai bukan lagi kos kepada peniaga. Oleh itu, GST bolehlah dianggap berkadar sifar sehinggalah ke peringkat pengguna. Disebabkan GST merupakan cukai kepenggunaan, maka pengguna adalah pembayar GST.
            Semasa era sistem percukaian SST, di setiap peringkat pergerakkan barangan peniaga akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5 hingga 10 peratus. Cukai yang tidak boleh dituntut semula menjadi kos kepada pengeluaran dan dalam masa yang sama peniaga markup harga untuk keuntungan.

Perubahan titik harga dari A ke B pada Keluk Permintaan.  Sistem cukai SST mempengaruhi peningkatan harga.
 
 






Gambar Rajah 6 : Sistem cukai SST mempengaruhi harga kenaikan harga barangan & perkhidmatan


Sumber : GST Malaysia info

Gambar Rajah 7 : Perbandingan sistem percukaian GST dan SST di peringkat pengguna.


Kesimpulan


Untuk memahami masalah ekonomi semasa, perkara-perkara asas ekonomi perlulah difahami seperti permintaan dan penawaran, pilihan dan kos lepas. Dasar kepada perkara ini ialah permasalahan asas ekonomi seperti apa yang hendak dikeluarkan dan berapa kuantiti yang patut dikeluarkan? Bagaimana produk dihasilkan? Untuk siapa produk dikeluarkan?
Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor seperti cukai, gelagat pengguna dan keadaan ekonomi global. Semenjak tahun 2008 ekonomi negara terkena tempias kelembapan ekonomi global yang disebabkan krisis kewangan Amerika Syarikat. (Razid, 2013) Pelaksanaan GST bagi menggantikan sistem percukaian sedia ada dijangka dapat mengekalkan kuasa beli pengguna agar dapat mengimbangi pendapatan negara.

Rujukan

(2015, 03). Retrieved Februari Isnin, 2016, from Scripters: http://scriptersnews.blogspot.my
beritanasionalrtm rasmi. (2015, April 02). Dialog Khas Bersama Dato' Subromaniam Tholasy. Retrieved Februari 10, 2016, from You Tube: http://youtube.com
GST Malaysia Info. (2013, 08). What is cascading tax how it impacts you and how gst eliminatesit. Retrieved from GST Malaysia Info: http://gstmalaysiainfo.com//
Jabatan Kastam. (n.d.). Cukai Jualan. Retrieved Februari Selasa, 2016, from Jabatan Kastam Diraja Malaysia: http://www.customs.gov.my
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (2014, Februari). CBP Pengguna. Retrieved from Jabatan Kastam Diraja Malaysia: www.customs.gov.m
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (n.d.). Cukai Perkhidmatan. Retrieved Februari Selasa, 2016, from Jabatan Kastam Diraja malaysia: http://www.customs.gov.my
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (n.d.). Peraturan GST 2014.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2014). Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kamarudin, D. K. (2014, 04 17). Rencana. Retrieved Februari Selasa, 2016, from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my
Razid, M. A. (2013). Ekonomi Malaysia harungi cabaran global. Jabatan Penarangan Malaysia.
Unit Tugas Khas GST Ibupejabat. (n.d.). Panduan tentang pembekalan 2013. Skop Percukaian GST.


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk