7 cara menjana pendapatan dalam talian

1. Jual produk fizikal atau menawrkan perkhidmatan.


Ramai individu atau pekedai pengambil peluang merebut pasaran di alam maya. Mereka menawarkan produk dalam bentuk fizikal samada produk kesihatan, kecantikan, baju, dan makanan. Ada juga yang menawarkan perkhidmatan baik perkhidmatan online semata atau juga offline.

2. Jual produk digital.

Menjual produk fizikal adalah perniagaan online yang sangat mudah, tidak perlu ada kedai, tidak perlu ada ofis. Cukup hanya denagn memiliki leptop, internet dan idea kiat sudah boleh berniaga. Cuma cara pemasaran ada kalanya betul-betul berbeza dari biasa. Banyak akaun web site perlu diingat seperti forum-forum, laman pengiklanan dan sebagainya. Selain itu, kita juga perlu tahu serba sedikit tentang hal-hal teknikal. Penat, memang penat kadang-kadang.

Pengalaman lama menjual produk digital

3. Berblog

Tahu tak berapa ramai blogger yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya memperuntukkan 2 jam sehari untuk menghasilkan artikel? Cuba lihat iklan nuffnang tu, kadang-kadang ada blogger mengiklankan blog mereka dan artikel mereka sangat dahsyat. Boleh jadi setiap artikel yang mereka hasilkan dibayar dengan lumayan.


4. Menyertai program refferal online

Jenis perniagaan begini memang senang, senang sangat. Seperti contoh iklan paling atas di sebelah kanan bloh ini. Saya menyertai program refferal kerana :

1. Tidak perlu sakit kepala untuk menghasilkan produk sendiri. Guna produk orang dan kongsi dengan orang lain.

2. Tidak perlu buang masa jumpa orang ke sana ke mari. Cuma kongsikan link refferal di mana-mana seperti laman sosial adau blog sendiri. Kalau ada bajet lebih boleh buat adWords iaitu pengilkanan maya di google.

3. Tidak perlu simpan stok ! 

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini.

5. Menjadi publisher untuk syarikat pengiklanan

Rata-rata semua blogger melakukan perkara ini. Mereka mendaftar sebagai publisher yang melayakkan mereka menjana pendapatan dengan meletakkan iklan dari syarikat pengiklanan seperti nuffnang, adChoice, AdSence dan banyak lagi program pengiklanan yang disertai. Seperti Nuffnang, blogger akan dibayar RM 0.15 hingga RM 0.25 perclick apabila pelawat mengklik iklan diblog mereka.

6. Menyediakan kemudahan pengiklanan di media sosial.

Yang ni pun semakin rancak zaman sekarang. Anda boleh create page di laman web sosial seperti di facebook, twitter dan sebagainya. Dapatkan jumlah penonton yang tinggi kemudian war-warkan kepada penonton / Likers anda bahawa anda menyediakan pengiklanan di page anda.

7. Kaki Share / Kongsi

Terdapat program pengiklanan yang membayar sesiapa yang Share atau kongsi apa sahaja kandungan iklan mereka contohnya 8share . Boleh lihat di sini. 8sahare memberi peluang kepada mereka yang tidak memiliki blog tapi boleh menjada pendapatan melalui program pengiklanan dan lebih berkesan berbanding program pengiklanan lain. Setiap klik dari iklan yang dikongsikan akan dibayar RM 0.10 hingga RM 0.20. kalau ada follower yang ramai, satu hari boleh jana RM 50.

Banyak kan peluang! income memanglah tidak meletup, kita join pun tanpa sebarang modal. Jadi kira satu keuntungan juga tu. Kalau buat dengan konsisten. insyaAllah berhasil.























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk