Sabtu, 4 Julai 2015

Kerabu agar-agar

Kali ni nak berkongsi resepi karabu agar-agar lagi. Hari tu ada juga tulis entri resepi agar-agar, kalau nak baca klik sini tapi yang ni agak agak berbeza. Aku cuba gunakan bahan-bahan yang berbeza sikit. Mungkin ada kemelayuan.




Bahan-bahan:

1. 500g agar-agar laut
2. 1 biji lemon diambil jusnya
3. 1/4 bunga kantan dihiris kecil-kecil
4. 1 batang timun potong tebal-tebal
5. 2 biji cili di hiris halus
6. 1/2 biji bawang besar hiris memanjang
7. 1/2 batang lobak disagat
8. Garam dan gula

Cara-cara:

1. Celur agar-agar ke dalam air suam kemudian potong kecil.
2. Campurkan ksemua bahan.
3. Tambahkan gula sehingga terbit rasa manis dan sedikit garam.

Rasanya memang berbeza dengan resepi tradisional tapi tetap sedap. Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?