Sagol ikan buntal

Sagol adalah masakan tradisi kaum Bajau. Rasanya sedikit berkunyit dan sedikit manis. 
Ikan buntal ni ada di mana-mana, cuma kelompok masyarakat yang makan ikan buntal ni kebanyakkannya tinggal di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Selain rupa fizikal ikan buntal yang berduri, ia juga dikatakan mengandungi racun yang boleh membawa maut. Er.. ngeri..
Di negara Jepun diorang makan ikan buntal yang dikenali sebagai Fugu adalah jenis ikan buntal yang beracun  tetapi ikan buntal yang aku masak ni bukan jenis yang beracun dan selamat untuk dimakan. Kalau tak percaya, tengoklah blog ini. Blog ni takkan ada sekiranya aku mati akibat makan daging ikan buntal. Haha..



1. Ikan buntal duri
Ini adalah gambar dua spesis ikan buntal. Gambar (1) di sebelah kanan adalah ikan buntal yang aku masak. Ikan buntal ini tidak ada racun tapi ada duri yang tajam dan bisa. Gambar (2) di bawah pula adalah jenis Ikan buntal yang beracun. Hempedu ikan buntal ini amat beracun dan sekiranya hempedu tersebut pecah maka keseluruhan ikan buntal mengandungi racun. Mempunyai duri halus. Kalau bapak aku, dia buang jak kulit dan hempedu kemudian dimasak seperti biasa. 

Mungkin memang betul, ikan-ikan yang berbisa ni sedap dan aku tidak nafikan. Antara lain speses ikan buntal boleh lihat di sini.


2. Ikan buntal Fugu
Okey, cukup bercerita pasal spesis ikan buntal, cerita panjang-panjang pun tidak boleh jadi kaya.. haha. Mari  kita tengok resepi dan cara memasak Sagol Ikan Buntal.

Bahan-bahan :

1. 1 ekor ikan buntal
2. 2 ulas bawang merah, ditumbuk.
3. 2 ulas bawang putih, ditumbuk.
4. 1 inci halia, ditumbuk.
5. 1/2 inci kunyit. ditumbuk
6. 2 batang serai, dititik.
7. 3 biji cili dihiris.
8. Air asam jawa 1 cawan.
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Sedikit air
11. Garam & aji
12. Lada sulah.

Cara-cara :

1. Rebus ikan buntal sehingga lembut. Tarik durinya satu persatu menggunakan player, guna tangan pun boleh juga, tapi kena hati-hati. Kalau tak mahu kulit tu, tanggalkan kulit dan durinya akan ikut sama.

2. Buang perut sahaja. Asingkan hati dan ancurkan isi ikan buntal menggunakan tangan dan ketepikan.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, Serai, Lada sulah dan hati ikan buntal sehingga bawang garing.

4. Masukkan isi ikan buntal dan air asam jawa. Tambahkan air kalau mahu lebih kuah. Akhir sekali perasakan dengan garam dan aji.

Hidangkan bersama nasi panas, putu, aggang atau roti.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk