Yong Tau Fu yang ringkas tapi sedap

Baca tak tajuk tu "Ringkas tapi sedap". Yong Tau Fu ni walaupun ringkas, tapi boleh kenyang juga dibuatnya. Satu lagi ianya boleh dikatakan makanan yang sihat, sangat sesuai untuk awek-awek yang jaga badan sebab penyediaannya tanpa minyak dan jimat barang-barang dapur.
Daripada makan mee segera memanjang, baik makan yong tau fu lagi tahan diperut dan lagi segera disediakan.
Ada berbagai variasi yong tau fu ni, ada yang makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Tapi untuk kali ini aku kongsikan gegelung ikan sayuran dan bebola ikan goreng..

Bahan-bahan untuk sup :
1. Halia 1 inci dihiris halus.
2. Bawang putih 4 ulas dibuang kulit.
3. 1/2 bawang besar didadu.
4. Ikan bilis kisar 2 sudu makan.
5. Chilli Coarse. Yang ni boleh cari di pasaraya. Cili kering kisar, macam tulah gambarannya.
6. Satu sudu teh minyak bijan. Kalau mahu letak untuk naikkan bau.
7. Garam.

Cara-cara :
1. Potong yung tau fu mengikut suka. Gegelung ikan tu aku potong sendeng, bebola ikan aku belah     dua.
2. Panaskan 1 litar air. Masukkan kesemua bahan kecuali Chilli Coarse. Renihkan hingga bawang putih jadi betul-betul lembut. Bawang putih tak payah potong atau hiris.
3. Masukkan Yong Tau Fu dan tunggu hingga yong tau fu semua timbul atau kembang sikit. Masukkan garam dan rasa dahulu sebelum matikan api.
4. Tambahkan Chilli Coarse mengikut kepedasan yang dikehendaki. Tapi cili ni memang tak pedas. Jadi kalau nak pedas yg ekstrem, gunakan cili padi.
5. Hidangkan yong tau fu dan masukkan minyak bijan. Siap untuk dimakan.

Kalau nak hias boleh la tambahkan daun bawang dan daun sup.. Aku tak sempat beli. 
Kalau bercadang nak sarapan pagi dengan sup yong tau fu ni pun boleh juga cuma tambahkan mee hun, sayur sawi dan tomato dua hiris.

Selamat mencuba..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk