Pais Jagung / Bamban Jagung

Tadi membeli juadah berbuka di pasar Pilipin, satu tempat yang tidak asing di Kota Kinabalu. Banyak makanan dan kuih muih tradisional kaum Bajau dan Suluk dijual di sini.

Terjumpa kuih yang tidak dicari. Sudah lama tidak malan kuih ni, sedap manis dan berlemak.
Pais Jagung atau Bamban jagung memang populer di kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sandakan dan Lahad Datu.

Disebabkan kuih ini adalah makanan tradisi kaum Bajau iaitu kaum aku, jadi resepi dan cara buat kuih ni tahu sangat.

Bahan-bahan :

1. 3 tongkol jagung muda di parut
2. Tepung gandum 

3. Gula & garam
4. Kelapa parut

Cara-cara :

1. Adun jagung parut dengan tepung gandum dan kelapa parut. Tambahkan gula ikut kemanisan yang disuka. Tambahkan sedikit garam untuk timbulkna rasa lemak. Adunan seperti nak buat cucur atau jemput-jemput.

2. Ambil daun jagung lapisan yang tengah 1 atau 2 helai. Jangan ambil daun yang paling luar dan yang paling dalam nanti koyak masa kita nak lipat.

3. Letakkan adunan dalam satu atau satu setengah senduk ke dalam daun dan lipatkan daun jagung. Hasil yang sempurna adalah lipatan hampir berbentuk segitiga.

4. Letakkan dalam pengukus sehingga masak.

Guna jagung tin boleh juga, bland dgn food proseser, tak perlu halus atau kasar sangat.
Boleh gunakan daun pisang kalau tidak ada daun jagung.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk