Kota Kinabalu-Tawau. Jalan Sepulut-Kalabakan
Minggu lalu aku bersama isteri dan anak-anak balik Semporna. Tapi kami tidak lalu jalan Ranau seperti sebelum ni. Sejak jalan Sepulut-Kalabakan ada ni, tidak pernah sudah ikut jalan Ranau. Setakat ni adalah dalam tujuh ke lapan kali lalu jalan ni. Tahun 2010 lalu jalan ni masih ada yang graval tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah berlapik asfalt.
Pengalaman sepanjang menyusuri laluan ini aku kongsikan di sini. Kalau ada manfaatnya adalah tu. kalau tiada, tiadalah.. hehe
Kendaraan yang aku pandu ialah Toyota Avanza 1.3 (M). Malam sebelum hari bertolak tu, aku tuang minyak penuh-penuh adalah sekitar RM 60 ke 67 ringgit. Bergerak dari rumah di UPC Kota Kinabalu tepat jam 6.30 pagi. Tiba di Keningau lebih kurang jam 9 lebih. Aku meneruskan perjalanan tanpa singgah di mana-mana stesen minyak. Saja mahu uji sampai mana minyak dalam tangki tu boleh sampai.

Ni jalan Sepulut-Kalabakan. Jalan rosak tu biasalah, di mana-mana pun ada. Jadi kena drive hati-hati.
Aku memandu sekitar 80 hingga 100 Km/j. Selain jalan rosak, lori-lori balak masih liar di sini dan mungkin sampai bila-bila akan terus merayau-rayau selagi katu balak masih ada serta hutan belum gondol. Kalau kayu balak habis pun, lori-lori sawit pulak yang ambil alih.
Di kiri dan kanan sepanjang perjalanan masih hutan dara. Dekat-dekat Kalabakan baru hutan janda.. hehe. Ya la, kawasan yang asalnya hutan habis ditebang dan dibalak. Bila sumber hutan sudah habis, diganti pulak dengan pokok sawit.
Aku tiba di Bandar Tawau lebih kurang jam 1 atau jam 2 dan isi minyak di Petronas Kuhara. Masa tu jarum minyak sudah di garisan terakhir cuma tunggu lampu warning menyala. Jadi kereta Avanza 1.3 (M) full tank boleh sampai Tawau dari bandar Kota Kinabalu.
O.K, ini adalah stesen-stesen minyak yang boleh di dapati sepanjang laluan KK-Keningau-Tawau.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?