Bot Banjir, Bersedia Untuk Menyelamat.
Sabtu lalu (13/6/2015) aku balik kampung mentua di Beaufort Sabah.
Kebiasaannya kami memang balik setiap minggu kalau tidak sebok dengan kerja.
Cuma kepulangan kami kali ini agak berbeza, terkejut pun ada. Tapi kalau ketawa tu tak adalah. Mahu kena sondol dengan penyodok? Tapi ketawa jugalah sikit.. hehe
Apa tidaknya, rumah yang jauh berbatu-batu dari laut tiba-tiba ada bot parking di laman rumah. Nak kata mentua aku pigi pancing udang gala, tidak pernah pulak jumpa kelibat rod pancing di rumah tu sejak aku berkahwin dengan sulungnya.
Tapi fikir balik ni mesti persediaan menghadapi banjir. Sejak kahwin dengan bini aku ni, dah 2 atau 3 kali merasai pengalaman banjir. yang paling teruk tahun 2012 lalu. Ha, boleh tengok sini. Masa ni paras air di kawasan rumah mentua aku hingga paras pinggang orang dewasa. Dalam kan?
Lagi pun sekarang ni dah masuk musim hujan. Hujan lebat atau hujan sederhana lebat yang berlarutan sehingga 3 hari akan menyebabkan paras air empangan daerah Tenom akan meningkat dan bagi mengelakkan empangan Hidroelektrik tersebut pecah, jadi air dilepaskan. Disebabkan kedudukan daerah Beaufort ni agak rendah serta kawasan Pekan Beaufort dan penempatan banyak tertumpu di tepi sepanjang Sungai Padas, secara tidak langsung penduduk sering menjadi mangsa banjir.
Kira Ok la, esok-esok kalau petaka tu datang sekurang-kurangnya adalah persediaan, tak lah duduk terngaga menunggu bantuan. Pendayung mana? khik..khik.. harap-harap mentua aku tidak baca artikel ni nanti dia tagih pulak pasal buat pendayung tu. Kalau ada kelapangan aku buat la..

Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?