Resepi Kerabu Rumpai laut (agar-agar laut)


Semenjak orang tahu benda ni boleh mencantikkan wajah, dah jadi femous pulak terutama bagi kaum hawa yang ingin menjaga kecantikkan kononnya mengandungi Kologen yang dapat membantu menganjalkan kulit. 

Pendapat Dr. Mariani Abdul Hamid mengatakan agar-agar tidak mempunyai kalogen tapi dapat membantu untuk penghasilan Kalogen. 

Tapi bagi kami di Semporna, orang makan benda ni semenjak dari zaman nenek moyang lagi. 
Jadi hari ini aku ringan tangan untuk berkongsi resepi Kerabu Agar-agar ni.

Bahan-bahan : 
1. 500 g agar-agar laut. (kalau agar-agar kering, rendamkan dahulu 5 hingga 8 jam) 
2. 3 ulas bawang merah.
3. Cili padi, ikut selera. Kalu mahu pedas, masukkan satu genggam cili padi.. hehe
4. 2 biji buah mangga muda dicincang halus. (kalau tak ada mangga muda pun tak apa)
5. 5 biji Limau kasturi.
6. 1 inci halia di hiris halus.
7. 2 biji tomato didadu atau hiris memanjang nipis-nipis.
8. Garam dan aji setengah sudu makan.

Caranya :
1. Agar-agar laut yang segar direndam ke dalam air panas, tapi jangan lama sangat nanti berlendir pulak. Agak-agak warnanya berubah sudah, boleh angkat la.. 
2. Kemudian digunting kecik-kecik tapi jangan kecik sangat atau letakkan di Chopping Board, potong dengan pisau. Mudah !
3. Hiris bawang merah, Halia dan gaulkan kesemua bahan tadi. Tambahkan garam dan aji.

Selamat mencuba..hehe




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk