Kad Raya punya pasal kawan kantoi simpan skendel

Sudah berapa lama tidak bertukar-tukar kad raya dan aku sendiri paling last hantar kad raya untuk femly waktu Ramadhan 2003. Masa tu belajar di Penang dan first time berjauhan dari keluarga.

Tadi petang dengar radio sambil memandu pulang. DJ radio bawa isu pasal kad raya. Aku pun layan ada ketikanya aku ketawa sendiri.

Dijadikan cerita seorang pemanggil tu bercerita tentang kawan dia yang kantoi menyimpan skendel oleh bini dia.

Pada hari terakhir Ramadhan semua keluarga muslim di taman perumahan sebok membersihkan halaman dan menghias rumah. Kawan dia yang kebetulan juga jiran dia bermain siram-siram, saling merinjis air satu sama lain. Romantik macam pengantin baru !

Semasa menghias rumah, semua kad-kad raya digantung dan dilekat. Mula-mula ketawa bersama. Selang berapa ketika riuh pula jadinya " Abang tipu aku? Cakap betul-betul siapa Ania ni? Sampai berbelas-belas kad raya dia bagi abang" " Rindu di hari lebaran konon" Sambungnya..

Masa ni aku dan DJ radio tu sudah ketawa separuh hayat ! Haha.. Kad raya pengganti surat cinta.

Pemanggil tu sambung cerita lagi. Dia yang mula-mula ketawa dengan peristiwa malang kawannya tiba-tiba jadi takut, bimbang bini kawan tu datang kerumah dia bertanya pasal Ania.

Sekarang ni tidak ada lagi cerita kad raya. Siapa yang banyak terima kad raya tu menunjukkan dia memang femous terutama anak-anak gadis. hehe





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk