Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Ikan jaket masak lemak

Imej
Ikan Cencaru Aku pun sudah lupa bila masa aku dengar ikan ini kena panggil ikan jaket. Tapi yang aku ingat, jaket tu sempena sisik dia yang tebal. haha. Ikan ni kalau digoreng bulat-bulat macam dalam gambar tu, tidak berapa sesuai. Kebiasaannya orang akan belah dari sisi dan sumbat dengan paste atau sambal. Tapi kali ni kita cerita pasal ikan ni kalau kena masak lemak.  Bahan-bahan : 1. Kunyit hidup 1 inci. Kalau guna serbuk kunyit setengah sudu makan 2. Halia pun satu inci jugak 3. Bawang merah 2 biji.. (bawang ada biji ka?) 4. 3 ulas bawang putih 4. Tomato dua biji 5. Jus limau kasturi dari dua biji limau. 6. Cili hijau 4 biji. Dipotong-potong nipis.  7. Belacan sebesar jari kelingking satu inci 8. Serai dua batang dititik. 9. Ikan cencaru dua ekor, potong ikut suka 10. 1/4 Daun kunyit di hiris 11. Daun pandan di simpul 12. Daun limau purut dua lembar 13. Santan 14. Minyak untuk menumis 15. Air 1 liter 16. Garam, gu...