Ikan jaket masak lemak
Ikan Cencaru
Aku pun sudah lupa bila masa aku dengar ikan ini kena panggil ikan jaket. Tapi yang aku ingat, jaket tu sempena sisik dia yang tebal. haha. Ikan ni kalau digoreng bulat-bulat macam dalam gambar tu, tidak berapa sesuai. Kebiasaannya orang akan belah dari sisi dan sumbat dengan paste atau sambal.
Tapi kali ni kita cerita pasal ikan ni kalau kena masak lemak.
Bahan-bahan :
1. Kunyit hidup 1 inci. Kalau guna serbuk kunyit setengah sudu makan
2. Halia pun satu inci jugak
3. Bawang merah 2 biji.. (bawang ada biji ka?)
4. 3 ulas bawang putih
4. Tomato dua biji
5. Jus limau kasturi dari dua biji limau.
6. Cili hijau 4 biji. Dipotong-potong nipis.
7. Belacan sebesar jari kelingking satu inci
8. Serai dua batang dititik.
9. Ikan cencaru dua ekor, potong ikut suka
10. 1/4 Daun kunyit di hiris
11. Daun pandan di simpul
12. Daun limau purut dua lembar
13. Santan
14. Minyak untuk menumis
15. Air 1 liter
16. Garam, guila dan aji
Cara-cara :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga agak kering.
3. Masukkan daun liamu purut dan daun kunyit serta serai.
4. Tambahkan air sikit-sikit dan masukkan tomato. Biarkan hingga tomato agak lembut.
5. Kecilkan api dan masukkan ikan, cili hijau, daun pandan dan santan. Masak dengan api sederhana. dan tutup.
6. Bila sudah agak-agak mahu masak, masukkan jus limau, dan perasakan. Keluarkan daun pandan dan masak hingga puas hati dan hidangkan.
Lupa pulak ambik gambar yang sudah masak.. hehe
P/s : Daun pandan tak elok masak lama-lama nanti bau dan rasa jadi lain pulak.
Cili hijau elok jika tidak ditumis, sebab bau cili hijau pun best jugak.
P/s : Daun pandan tak elok masak lama-lama nanti bau dan rasa jadi lain pulak.
Cili hijau elok jika tidak ditumis, sebab bau cili hijau pun best jugak.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?