Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.

Imej
Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah      Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini. Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan. Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanja...

Ikan Talapia Masak Kacang Masin..

Imej
Setelah beberapa ketika aku tidak ada masa mahu turunkan tandatangan di blog ni, Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan lagi untuk terus berkongsi resepi seterusnya. Ikan Talipia Merah ni sedap kalau fresh. lagipun bau tak hanyir isi pun manis.                                                                                 Resepi ni senang jak. Tak cerewet, tak banyak karenah.. hehe. Resepi : Penyediaan Ikan 1. Ikan Talapia Merah yang sudah dibunuh, dibersihkan dan dibuang isi perut. 2. Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam. 3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas. Lepas seketika, kecilkan api supaya kulit ikan rangup dan isi didalam masak dengan sempurna. Masa balikkan ikan, besarkan api bila kulit ikan dah agak garing, kecilkan api. Kalau tak jaga api p...

Whatsapp Group Membunuh ?

Imej
W hatsapp adalah aplikasi untuk menghantar masej yang biasa boleh digunakan menerusi telefon pintar. Bagi yang berkerja dengan komputer dan  dilengkapi talian internet, aplikasi ini juga boleh digunakan pada PC atau Leptop tanpa perlu men-download perisian ini. Boleh cuba disini.  Jadi lepas ni tak payah susah-susah tengok telefon pintar. Perisian yang diasaskan oleh bekas kakitangan Yahoo! pada 2009 ini sedang diguna oleh jutaan manusia di muka bumi ini. Pada Januari 2015, Whatsapp adalah perisian masej yang paling popular, lebih 600 bilion pengguna di seluruh dunia sedang menggunakan aplikasi ini dan mungkin termasuk anda. Pengguna Whatsapp telah mencecah 800 bilion pada April 2015. Penggunaan Whatsapp hampir mengambil alih fungsi SMS yang lazim digunakan sebelum ini. Ini kerana pihak penyedia talian tidak mencaj pengguna berdasarkan talian sebaliknya berdasarkan data malah keberadaan talian internet disuatu tempat yang boleh diakses dengan percuma boleh menguntu...