Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

FUNGSI PERUNDANGAN YDPA

Imej
Terangkan fungsi perundangan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perihalkan dalam keadaan mana Yang di-Pertuan Agong boleh menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan. Perhalusi apakah pilihan yang ada untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM SEKTOR AWAM

PENDAHULUAN Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Rajah 1 menunjukkan 6 elemen grafik hubungkait diantara latihan dan pembangunan dalam fungsi pengrekrutan. Bahagian pengrekrutan dan pemilihan membawa masuk pekerja-pekerja kedalam organisasi. Orientasi dan latihan membantu pekerja baru untuk menjadi pekerja yang produktif dalam organisasi tersebut dan pekerja yang berpengalaman dapat menerima perubahan dan kehendak kerja. Program pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada dalam atau di luar organisasi. Penilaian Perlaksanaan tugas dijalankan untuk pekerja-pekerja baru dan berpengalaman dalam mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan. Keseluruhan proses tersebut meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi tersebut, dimana ia memenuhi kehendak pekerja dan seterusnya menyumbangkan kearah kelancaran pergerakan organisasi (Ricks, Ginn, dan Daughtrey, 1995).

KEUSAHAWANAN BELIA

1.            PENGENALAN Penglibatan belia dalam agenda pembanguan ekonomi negara seharusnya tidak boleh diketepikan atau dinafikan oleh mana-mana pihak. Selain itu, golongan belia juga merupakan barisan pelapis pemimpin masa hadapan, oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi tujuan membekalkan belia denganpelbagai cabang ilmu pengetahuan dan peluang-peluang keusahawanan. 45 peratus daripada rakyat Malaysia merupakan golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. Peratusan yang besar ini jika tidak dimanfaatkan sebaiknya ianya akan merugikan negara.