Catatan

Pulut Durian CREAMMY yang paling sedap

Imej
Assalamualaikum.. Kali ini saya kongsikan pula sebuah lagi resepi yang baharu jugalah tapi nama hidangan ni memang popular. Pulut Durian cuma versi saya ni saya tambah Coconut Cream. Pulut durian bersama krim kelapa

Resepi nasi ayam simple, sedap dan jimat | Sangat padan untuk bisnis

Imej
  Nasi Ayam Assalamualaikum hai,  Kali ini saya bawakan entri resepi masakan nasi ayam yang sangat mudah, sedap dan jimat. Masakan ini saya cuma gunakan 1 ulas bawang merah tau. Ha, jimat kan ? Bahan-bahan untuk menyediakan menu nasi ayam ni adalah seperti di bawah. Resepi ini ala Chinese style. Berbeza dengan cara masakan Melayu, nasi ayam ini sangat mudah. Resepi masakan nasi ayam melayu vs chinese.. Nasi ayam versi melayu memang sedap tapi banyak bahan. Kalau buat bisnis tidak boleh letak harga bawah RM 5 dan rata-rata peniaga letakkan harga paling murah RM 7.50 Nasi ayam versi chinese bahan tidak banyak mana tapi kelazatan makanan masih terpelihara. Cara penyediaan juga sangat cepat dan mudah. Dengan kos setiap hidangan di bawah RM 2 bagi setiap hidangan, kalau letak harga RM 3 setiap hidangan pun masih untung.. Zaman yang sangat mencabar ketika ini kita semua perlukan strategi bisnis yang tepat. Klik pautan di bawah untuk menonton video-video resepi nasi ayam yang mudah dan sedap.

Video-video tutorial Honda Civic FD | Enjin K20A | K24 | K20Z

Imej
  Assalamualaikum hai.. Jamal MA di sini... hehe.. Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar barisan ayat ini di Youtube kan? Ya, itu adalah saya.  Channel asal kereta ni sy create kira-kira setahun atau dua tahun lalu. Asalnya channel vape, tapi saya sudah berhenti merokok, jadi tidak jalanlah. So, saya rebrand channel vape tu jadilah channel Jamal MA ni . Banyak video tentang Honda Civic FD  dan juga tentang enjin K Series  . Dalam channel Jamal MA ni ada lebih 100 video tentang kereta dan enjin terutamanya Honda Civic FD dan enjin K series. Walaupun banyak video tentang enjin Honda, tetapi tidak bermakna saya ni pro honda atau batak jenama. haha.. Saya ni susah pro mana-man jenama, sebab saya sangat faham sifat-sifat enjin ni. Jadi, jika anda ingin tahu tentang enjin, turbo dal sebagainya yang berkaitan kereta, bolehlah ke channel Jamal MA..

Air Fuel Ratio (AFR) dan Ignition Timing

Imej
  Apakah Air Fuel Ratio dan mengapa ianya penting? Dalam enjin pembakaran dalaman, nisbah campuran udara dan bahan bakar adalah ukuran penting untuk alasan anti pencemaran dan penalaan prestasi. Nisbah yang idel untuk Air Fuel Ratio dikenali sebagai stoichiometric , sering disingkat menjadi stoich. stoichiometric (kata nama) (kimia) hubungan antara kuantiti bahan yang mengambil bahagian dalam tindak balas atau membentuk sebatian) Ignition Timing. Ignition timing atau pemasaan pencucuhan adalah kawalan masa palam pencucuh menyala semasa piston berada di fasa mampatan. Waktu pencucuhan diukur dalam darjah putaran crankshaft, sebelum BTDC. Ignition Advance Mendahulukan masa pembakaran bermaksud palam menyala lebih awal pada strok mampatan (lebih jauh dari TDC). Diperlukan terlebih dahulu kerana campuran udara / bahan bakar tidak terbakar seketika. Ignition Retard Melambatkan masa bermaksud palam akan menyala kemudian dalam lekapan mampatan (lebih dekat ke TDC). Melambatkan masa dapa

Resepi Ayam Masak Satey

Imej
Assalamualaikum hai.. Entri kali ini saya kongsikan kuah kacang atau ayam masak satey resepi arwah mak saya, masak satey. Ni pun antara masakan yang sering dimasak oleh arwah mak saya. Banyak juga resepi saya belajar dari arwah mak sejak dari zaman bujang lagi. Kebiasaannya saya akan bertanya sewaktu arwah mak memasak. Bila balik beraya,  malam raya tu saya tolong mak masak lauk,adik beradik yang lain pula bantu arwah bapa masak lemang. Resepi ni macam 2 in 1 jugalah. kalau ,mahu kuah kacang sahaja, ikutlah cara dan resepi dalam videi di atas tu. kalau mahu jadi masakan Ayam Masak Satey , masukkanlah ayam goreng. Kalau mahu tukar dengan daging pun o.k juga. Tapi daging tu perlu direbus dengan rempah dan bahan bland.   Bahan-bahan kuah kacang atau ayam masak satey seperti di bawah. Bahan-bahan 1. 300g ayam 2. 200g kacang kisar 3. 2 biji bawang bombay 4. 3 / 4 ulas bawang putih 5. Jus asam jawa lebih kurang 2 jari dan 50 L air. 6. Cuka 3 sudu 8. Lada putih / lada sulah 9. Kunyit s

Masak apa tak jadi hari ini

Imej
Assalamualaikum.. haha.. Lagi berapa hari hari raya. Raya kali ini memang agak special. Raya 2020,raya PKPB.  Setelah agak lama hidup di muka bumi ni, inilah pertama kali merasa seolah-olah hidup tidak bermakna. Mana tidaknya, serba serbi cukuo tapi langsung tidak boleh kemana-mana. Duit banyak pun tidak boleh buat apa, mahu jalan-jalan dengan anak bini pun tidak dapat. Cuma, kehidupan maya semakin menghiburkan. Banyak page-page facebook yang pelik-pelik muncul. Terbaru ni page Suami Masak Apa Hari ini. Group ni semua lelaki dan suami atau bakal suami. haha. Orang perempuan tidak dibenarkan join.. Tapi yang lagi pelik page Masak Apa tak jadi hari ini. Saya pun tidak tahu, mahu kata apa pasakl group ni. kadang-kadang ada juga post yang mengaibkan diri sendiri. Ada juga post yang mengaibkan suami masing-masing. Mungkin sekadar hiburan dan harap-harap biarlah ianya kekal sebagai hiburan. Ada kalanya susah juga diterima bila kaum hawa tidak pandai memasak. Kalau kurang mahir itu biasa, ram

Resepi Buras atau Burasak guna santan kotak

Imej
Assalamualaikum .. Mungkin ada yang kenal Buras atau Burasak ni. Masa arwah mak dan arwah bapa masih ada, setiap malam takbir kami akan membalut kuih ni (kuih ka ni ?). Arwah mak saya pun belajar dari kawannya yang berbangsa Bugis kira-kira 30 tahun lalu. Masa tu aku memang masih kecik lagi. Eh.. berhabuk pulak mata..  Bahan-bahan memang agak mudah didapati cuma part mengikat tu kadang-kadang parayah sikit bagi yang baru mencuba pasti mengelih sikit.. Bahan-bahannya seperti dibawah.. Bahan-bahan 1. 500 g beras pulut 2. 1 cawan santan pek 3. Daun pandan 4. Garam 5. Daun pisang 6. Tali (untuk mengikat) Kalau mahu tengok videonya, saya ada upload ke youtube jugak. Klik video di atas tu. Cecah dengan kuah kari, rendang atau kuah kacang memang padan.