Pulut Durian CREAMMY yang paling sedap
Assalamualaikum..
Kali ini saya kongsikan pula sebuah lagi resepi yang baharu jugalah tapi nama hidangan ni memang popular. Pulut Durian cuma versi saya ni saya tambah Coconut Cream.
Pulut durian bersama krim kelapa |
Resepi dan dan cara buat tidaklah susah lebih kurang macam buat Pulut Durian yand ada di merata tempat. Cara saya masak beras pulut juga berbeza dari kebanyakkan orang. saya pelajarinya dari arwah mak saya. Mak saya pernah kongsi resepi menggunakan beras pulut. Jadi saya jubalah dalam resepi kali ini.
Cara saya masak beras pulut ni menyebabkan pulut kita kurang meleket dan cepat sejuk. Memang sesuai untuk chilled dessert.
Saya kongsikan video cara buat pulut durian di Youtube. Boleh tonton di sini.
Resepi...
Baik untuk resepinya tidak cerewet, mudah didapati lebih-lebih lagi kalau musim durian.
Krim kelapa tu kita perlu diamkan di peti sejuk semalaman balrulah kita boleh ambik krimnya kemudian dipukul bersama gula aising dan asen vanila. Kuah santan tu kalau dapat yang fresh lagi bagus tidak perlu penat-penat buat kuah, terus pakai sahaja. Tapi kalau guna santan kotak, perlu dimasak dahulu. Tu cuma cadangan. Tapi saya selalu juga guna santan kotan tanpa perlu dimasak kecuali menggunakan krim kelapa. Dalam video ni saya gunakan krim kelapa dan bukannya santan.
Seterusnya.. pemanis..
Untuk pemanis, kalkau ada susu pekat manis bagus juga tapi kalau mahu kelainan boleh guna gula melaka masa ya buat dalam video Pulut Durian tu.
OK. Itu sahaja penerangannya, selebihnya tontonlah video tu.. InsyaAllah semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?