Resepi Buras atau Burasak guna santan kotak
Assalamualaikum .. Mungkin ada yang kenal Buras atau Burasak ni. Masa arwah mak dan arwah bapa masih ada, setiap malam takbir kami akan membalut kuih ni (kuih ka ni ?). Arwah mak saya pun belajar dari kawannya yang berbangsa Bugis kira-kira 30 tahun lalu. Masa tu aku memang masih kecik lagi. Eh.. berhabuk pulak mata..
Bahan-bahan memang agak mudah didapati cuma part mengikat tu kadang-kadang parayah sikit bagi yang baru mencuba pasti mengelih sikit.. Bahan-bahannya seperti dibawah..
Bahan-bahan
1. 500 g beras pulut
2. 1 cawan santan pek
3. Daun pandan
4. Garam
5. Daun pisang
6. Tali (untuk mengikat)
Kalau mahu tengok videonya, saya ada upload ke youtube jugak. Klik video di atas tu. Cecah dengan kuah kari, rendang atau kuah kacang memang padan.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?