Catatan

Resepi Ayam Masak Satey

Imej
Assalamualaikum hai.. Entri kali ini saya kongsikan kuah kacang atau ayam masak satey resepi arwah mak saya, masak satey. Ni pun antara masakan yang sering dimasak oleh arwah mak saya. Banyak juga resepi saya belajar dari arwah mak sejak dari zaman bujang lagi. Kebiasaannya saya akan bertanya sewaktu arwah mak memasak. Bila balik beraya,  malam raya tu saya tolong mak masak lauk,adik beradik yang lain pula bantu arwah bapa masak lemang. Resepi ni macam 2 in 1 jugalah. kalau ,mahu kuah kacang sahaja, ikutlah cara dan resepi dalam videi di atas tu. kalau mahu jadi masakan Ayam Masak Satey , masukkanlah ayam goreng. Kalau mahu tukar dengan daging pun o.k juga. Tapi daging tu perlu direbus dengan rempah dan bahan bland.   Bahan-bahan kuah kacang atau ayam masak satey seperti di bawah. Bahan-bahan 1. 300g ayam 2. 200g kacang kisar 3. 2 biji bawang bombay 4. 3 / 4 ulas bawang putih 5. Jus asam jawa lebih kurang 2 jari dan 50 L air. 6. Cuka 3 sudu 8. Lada putih / lada sul...

Masak apa tak jadi hari ini

Imej
Assalamualaikum.. haha.. Lagi berapa hari hari raya. Raya kali ini memang agak special. Raya 2020,raya PKPB.  Setelah agak lama hidup di muka bumi ni, inilah pertama kali merasa seolah-olah hidup tidak bermakna. Mana tidaknya, serba serbi cukuo tapi langsung tidak boleh kemana-mana. Duit banyak pun tidak boleh buat apa, mahu jalan-jalan dengan anak bini pun tidak dapat. Cuma, kehidupan maya semakin menghiburkan. Banyak page-page facebook yang pelik-pelik muncul. Terbaru ni page Suami Masak Apa Hari ini. Group ni semua lelaki dan suami atau bakal suami. haha. Orang perempuan tidak dibenarkan join.. Tapi yang lagi pelik page Masak Apa tak jadi hari ini. Saya pun tidak tahu, mahu kata apa pasakl group ni. kadang-kadang ada juga post yang mengaibkan diri sendiri. Ada juga post yang mengaibkan suami masing-masing. Mungkin sekadar hiburan dan harap-harap biarlah ianya kekal sebagai hiburan. Ada kalanya susah juga diterima bila kaum hawa tidak pandai memasak. Kalau kurang mahir itu biasa,...

Resepi Buras atau Burasak guna santan kotak

Imej
Assalamualaikum .. Mungkin ada yang kenal Buras atau Burasak ni. Masa arwah mak dan arwah bapa masih ada, setiap malam takbir kami akan membalut kuih ni (kuih ka ni ?). Arwah mak saya pun belajar dari kawannya yang berbangsa Bugis kira-kira 30 tahun lalu. Masa tu aku memang masih kecik lagi. Eh.. berhabuk pulak mata..  Bahan-bahan memang agak mudah didapati cuma part mengikat tu kadang-kadang parayah sikit bagi yang baru mencuba pasti mengelih sikit.. Bahan-bahannya seperti dibawah.. Bahan-bahan 1. 500 g beras pulut 2. 1 cawan santan pek 3. Daun pandan 4. Garam 5. Daun pisang 6. Tali (untuk mengikat) Kalau mahu tengok videonya, saya ada upload ke youtube jugak. Klik video di atas tu. Cecah dengan kuah kari, rendang atau kuah kacang memang padan.

Cara semak kelayakan pinjaman perumahan LPPSA

Imej
Kali ini saya bawakan entri yang lain pulak. Pernahkah anda mengimpikan rumah kediaman milik sendiri ? Beberapa hari ni saya dan wife sedang riuh ingin membeli rumah kediaman baharu. Entah, apalah anginnya sampai terfikir begitu. Ini semua gara-gara selepas melihat harga rumah di Mudah.my. Lepas hubungi agen tu, dia bagi harga diskaun. Tidak pastilah betul ka diskaun atau memang betul sebab musim Covid ni kan orang mahu satelkan jualan yang belum satel lagi. Lagi pun, kami juga baru tahu yang penjawat awam boleh memohon pinjaman perumahan kali kedua dengan LPPSA ni. Selepas semak kelayakan, eh.. macam layak jak.. Kalau mahu tahu bagaimana semak kelayakan, boleh tonton video di atas tu. Kalau layak, jangan lepas peluang. Ini aset yang berharga dan kita sebagai penjawat awam, susah dapat peluang kali kedua ni. Lagi satu, sebagai penjawat awam, ruji besar oo kalau tidak gunakan kemudahan pinjaman kerajaan ni. Kalau tidak mahu guna, baik kerja swasta sahaja.. kan   So, tonotnlah v...

Tempat percutian menarik

Imej
Dua minggu lepas kami bercuti di Penang (Video ada di youtube). Seronoknya masih terasa bila anak-anak masih bercerita pasal mengalaman mereka masing-masing. Belum habis lagi tahun 2019, kepala sudah ligat mencari - cari destinasi percutian seterusnya pada tahan hadapan. Mungkin tahun depan percutian masih lagi dalam negara memandangkan tahun hadapan aku akan ke UUM, Sintok. Jadi, alang-alang, melepak dulu di Langkawi sebelum ke UUM.  Sebenarnya, tidak kurang menarik destinasi-destinasi percutian yang ada di negara kita ni. Beberapa hari ni asyik menggoogle tempat - tempat menarik yang ada di Malaysia. Hasil carian.. Wah.. Bukan 1, bukan 10, tapi hampir 100 destinasi baharu yang wujud. Ada yang baharu dengar.  Sempat petik beberapa keping gambar dan di muatkan dalam video terbaru dan aku muatkan dalam siaran di youtube.  Melancong sangat baik untuk anak-anak tapi tidak bagus untuk dompet parents macam kita ni.. Hahaha.. Okey la.. Sampai sini saja dulu. Next po...

Bercuti dengan Hotel yang murah

Imej
Sejak 2 tahun lalu, kami kerap bercuti keluar. Sebelum ni susah sebab anak-anak masih kecil. Bila bawak anak yang masih belum boleh berjalan, kadang-kadang tidak berapa enjoy sebab malar tukar lampin.. haha..

Masalah Honda City | Keyless Entry

Imej
Baru-baru ni riuh di tempat aku kerja sebab ada kereta yang enjinnya masih hidup tapi tanpa pemandu. Kereta tu juga berkunci. Aku cuba berbagai-bagai usaha untuk mematikan enjin, manalah tau ada pintu yang lupa dia kunci.. 😂😂. Tapi sah, kereta tu fully locked.