Cara semak kelayakan pinjaman perumahan LPPSA
Kali ini saya bawakan entri yang lain pulak. Pernahkah anda mengimpikan rumah kediaman milik sendiri ?
Beberapa hari ni saya dan wife sedang riuh ingin membeli rumah kediaman baharu. Entah, apalah anginnya sampai terfikir begitu. Ini semua gara-gara selepas melihat harga rumah di Mudah.my. Lepas hubungi agen tu, dia bagi harga diskaun. Tidak pastilah betul ka diskaun atau memang betul sebab musim Covid ni kan orang mahu satelkan jualan yang belum satel lagi.
Lagi pun, kami juga baru tahu yang penjawat awam boleh memohon pinjaman perumahan kali kedua dengan LPPSA ni. Selepas semak kelayakan, eh.. macam layak jak.. Kalau mahu tahu bagaimana semak kelayakan, boleh tonton video di atas tu.
Kalau layak, jangan lepas peluang. Ini aset yang berharga dan kita sebagai penjawat awam, susah dapat peluang kali kedua ni.
Lagi satu, sebagai penjawat awam, ruji besar oo kalau tidak gunakan kemudahan pinjaman kerajaan ni. Kalau tidak mahu guna, baik kerja swasta sahaja.. kan
So, tonotnlah video tu dan anda boleh juga ikuti vlog pengalaman saya membeli rumah kedua ni. Belum hantar surat-surat untuk tandatangan majikan lagi ni. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan..
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?