Apa sebab steak ni mahal sangat?

Steak ini dijual di Australia berharga AUD 450.00 bersamaan RM 1299.49 sekilo. 


Daging Steak ini dipanggil Aizakura H178 yang diambil seekor lembu Wayu seberat 423kg dan berharga AUD190,000 bersamaan RM 548,671.76.


Daging lembu Wagyu terdiri daripada paras bintik-bintik lemak putih halus yang tinggi yang bertenun di seluruh tekstur daging. Kesan tersebut dikenali sebagai 'kemarmaran' atau "marbling" yang membuat daging sangat lembut dan memberi rasa yang manis dan lazat bahkan sesudah selesai makan pun, kelezatan daging Wagyu masih tertinggal di lidah. Ini desebabkan lembu-lembu Wagyu mendapat layanan yang istemewa
Struktur daging Lembu Wagyu kelihatan bermammar

Lembu Wagyu disimpan dalam sebuah kandang makanan dari tempoh 300 ke 600 hari untuk menghasilkan jumlah kemarmaran yang lebih tinggi; secara umumnya, lebih tinggi jumlah kemarmaran di seluruh daging, lebih tinggi gred daging secara keseluruhan. Kemarmaran daging akan membawa kepada pengalaman makan yang serupa dengan mencairkan mentega di dalam mulut - sedap! Tetapi, kerana ini mengambil masa dan daya usaha yang lebih banyak untuk menghasilkan daging Wagyu, ini akan menuntut harga yang mahal dalam pasaran.

Lembu Wagyu
Wagyu sebenarnya berasal dari kata Wa(Jepun) dan Gyu(Lembu). Jadi makna Wagyu adalah Lembu Jepun. Memang, jenis lembu Wagyu berasal dari Kobe, Jepun.
Makanan lembu Wagyu bukan hanya rumput tapi juga jagung, barley, berbagai macam vitamin bahkan juga kalsium.
Untuk membuatnya bersih dari haiwan parasit seperti kutu dan lalat,  Wagyu dimandikan dengan Sake. Minuman khas Jepun. Kekadang Wagyu juga diberi minuman bir, agar ia rileks dan tidak stres.
Untuk membuat daging Wagyu empuk, peternak biasanya mengurut lembu ini agar ianya sentiasa relex dan yang penting lembu Wagyu tidak boleh sedikitpun merasa tertekan atau stress.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk