Ketam black pepper



Tadi petang ke pasar nak cari apa-apa untuk sungkai dan sahur. Sambil melihat ikan, udang dan lain-lain di depan mata, sempat lagi menggoogle resepi-resepi untuk masak ketam.
Aku beli 3 kilo ketam nipah kesemuanya RM 10 saiznya lebih kurang tapak tangan. Nak masak apa? Aku ingat masak Black Papper jak la..

Wokey, Jom tinjau redepi Ketam Black Pepper.

Bahan-bahan:

1. Ketam nipah 8 ekor. Kalau besar empat ekor dibelah dua.
2. 1 kiub butter boleh juga guna minyka biasa.
3. 4 ulas bawang putih di cincang halus.
4. 1. Inci halia dihiris halus.
5. 1 sudu biji lada hitam.
6. 2 sudu tepung kanji untuk pekatkan kuah.
7. Setengah cawan sos tiram.
8. Satu senduk sos ikan.
9. 1 sudu gula.
10. 1 ikat daun sup di potong halus.

Cara-cara:

1. Buka kulit ketam dan cuci, tapi jangna bersih sangat, setakat lalukan air.
2. Sangai / goreng tanpa minyak biji lada hitam kemudina tumbuk dan ketepikan.
3. Cairkan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga bawang putih agak garing.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan dan gula. Kacau dan rasa kalau dah ok baru masukkan Ketam.
5. biarkan ketam dengan api perlahan. Tak perlu tambah air kerana jus ketam akan keluar.
6 Bila ketam dah masak, pekatkan kuah dengan bancuhan tepung kanji dan masukkan daun sup.
7. Gaulkan ketam dalam kulai agar kesemua ketam disaluti kuah.
8. Hidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.. jangan lupa komen kalau sedap..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk