Benarkah produk penjimat elektrik berkesan ?




Banyak betul produk-produk yang merapu sekarang ni. Entah berapa ramai pengguna yang sudah kena tipu. Aku bukan berniat mahu tutup periuk nasi orang lain, tapi sebagai khidmat kepada masyarakat untuk menghindarkan saudara mara dan kawan-kawan daripada tertipu.

Apakah komponen utama alat penjimat elektrik ini?


Komponen utama alat penjimat elektrik adalah Kapasitor (Capacitor). Komponen ini sering dipasang pada kipas siling dan mesin basuh.

Selain berbentuk segi empat seperti gambar di atas, ada juga yang berbentuk silinder. Komponen ini berfungsi untuk menstabilkan antara Voltan dan Arus atau dalam bahasa elektrinya mengecilkan sudut perbezaan antara Voltan dan Arus.

Sistem elektrik di rumah kediaman banyak mengunakan beban induktif iaitu beban yang terdiri daripada gegelung seperti balast pada lampu fluorescent. Penggunaan beban beraruhan akan menyebankan Arus mengekori Voltan (lagging) dan kesannya adalah arus menjadi rendah dan kecekapan beban atau peralatan berkurangan. Untuk memperbaiki keadaan ini, kapasitor digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa atau mengecilkan sudut beza antara Voltan dan Arus.

Untuk memperbaiki faktor kuasa yang disebabkan oleh lampu fluorescent dan motor elektrik satu fasa, Kapasitor perlu dipasang sehampir yang mungkin dengan beban bukannya di plug in di soket.

Untuk makluman juga kebanyakkan compact fluorescent yang dijual pada masa kini telah pun dilengkapi dengan kapastor !

compact fluorescent


Litar lampu fluorescent


Motor elektrik 1 fasa
Begitu juga dengan alat penjimat bahan api kereta yang di plug in ke dalam pencucuh rokok atau soket. Binaannya sama juga, cuma kapasitor. Kalau yang mahal sikit ada ada lampu LED. Bagaimana pula ianya boleh mengawal kemasukan minyak ke dalam enjin sedangkan padel minyak dikawal oleh kita sendiri? Sesetengah penjual mengatakan "Pada sesetengah keadaan, bila enjin dimatikan, lampu LED masih menyala untuk 3-10 saat". Memanglah lampu menyala untuk tempoh itu kerana sifat kapasitor menyimpan cas selagi tidak disambung kepada beban.

Sekali lagi aku tegaskan, aku hanya ingin berkongsi maklumat bukan bermaksud menutup punca pendapatan sesiapa atau boleh jadi orang yang menjual produk tersebut tidak tahu fungsi kapasitor.
Untuk menjimatkan elektrik di rumah ada dua cara iaitu kurangkan penggunaan barangan elektrik atau disiplinkan diri untuk mengawal penggunaan elektrik.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk