Dropship program. Aku jual baju perempuan.
Damia Handbag |
Sebelum ni aku pernah jual Handbag online di FB. Tapi 2, 3 tahun lalu la. Cerita lama. Semenjak pindah tempat bertugas, aku tidak ada masa lagi untuk snap dan upload gambar di Damia Handbag lagi pun tidak cukup ruang untuk simpan stok banyak-banyak. Dalam minggu lepas, aku melawat page Damia Handbag, rindu pula tengok profile picture. Lama juga aku renung samada mahu padam page tu atau buat sesuatu dengannya kerana sudah ada 5k likers. Bukan senang dapat jumlah like begitu.
Nah. Terlintas di kepala untuk jadi dropshipper. Damia Handbag pun sudah ada kira macam aset juga la, jadi kerja promosi sudah senang.
Dropship ni bukan titisan kapal.. hehe. Dropship adalah orang tengah di antara pembeli dengan pembekal. Kita terima tempahan dan menerima pembayaran kemudian kita tempah pula barang yang ditempah oleh pembeli kepada pembekal atau penjual. Barang yang dibayar oleh pembeli kepada kita, akan dibungkus dan dihantar oleh pembekal. Dalam kata lain, menjual juga la tapi tanpa stok dan tanpa modal.
Untuk menjadi dropshipper, perlulah ada sumber atau pembekal yang boleh dipercayai. Aku telah menggoogle dan menghubungi pembekal-pembekal yang berpotensi untuk dipercayaai. Walaupun itu bukanlah barangan dan duit kita, tapi untuk menjadi peniaga yang baik, kita perlu menjaga kepercayaan pembeli. Jangan sampai barang tidak sampai kepada pembeli sedangkan duit kita sudah terima.
Untungkah jadi agen dropship? Taklah untung sampai berjuta-juta tapi dropshipper boleh meletakkan harga sesuka hati dia, keuntungan dia boleh dapat 100% dari harga kos tanpa menyimpan stok, tanpa kedai dan tidak perlu membungkus dan menghantar barang. Menarikkan?
Mengapa aku menjual barang-barang perempuan? Dulu aku pernah beli handbag terus dari China untuk isteri di aliekspress.com dan alibaba.com. Murah pulak tu ditambah dengan W.P Labuan yang bebas cukai, jadi memang untunglah kalau jual. Itulah asal musul Damia Handbag.
Hari ini (23.11.15) pesanan pertama akan dihantar kepada pelanggan. Tracking No. akan diupdate di Damia Handbag.
Semoga anda menyokong perniagaan kecil dan sangat kecil ini. hehe.
Kalau mahu order jubah, baju kurung atau Handbag, boleh hubungi aku. Bagi tahu stail macam mana, warna apa dan lain-lain. Insya Allah aku cuba. Tapi hati-hati la kalau berwhatapps atau bertelefon dengan aku. Bukan apa, nanti laki puan-puan salah sangka. Maklumlah puan-puan akan berwhatapps dengan lelaki. hehe. Bagi tahu siap-siap dengan laki ya.. aku pun laki orang ni.. Haha.. O.k apa orang lelaki jual pakaian perempuan. Kalau tengok Pakistan yang jual baju-baju perempuan, baju luar dalam dia usung ke sana sini naik motor, berbasikal dan ada yang jalan kaki.
Jadi, apa tunggu lagi. Marilah lawat Damia Handbag tengok-tengok jubah, baju kurung dan Handbag. Nak diskaun, Whatapps atau PM jak. Terima kasih kerana membaca entri kali ini sampai habis.. hehe

Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?