Selasa, 8 Disember 2015

Merawat kelemumur

Kepala banyak kelemumur atau dandfruff ? Sudah cuba berbagai-bagai petua dan produk atau syampo tapi tidak berhasil.. eh..eh.. Samalah kita..

Dulu kepala aku pun banyak kelemumur. Sampai luka-luka kulit kepala digaru.. makin digaru, makin sedap.. Kelemumur aku kira extreme jugak sampai ke dahi dan sideburn. Macam-macam produk syampo aku cuba tapi tidak berkesan. 

Pernah juga aku google merawat kelemumur secara semulajadi menggunakan herba dan sebagainya tap hasilnya langsung tidak berhasil. Boleh dikatakan petua-petua tu hanya untuk menghiasi muka blog saja. 

Jadi aku mahu kongsikan produk yang aku gunakan untuk menghilangkan dan mencegah kelemumur.
Shampo kelemumur Dezor 


Bagi anda yang ada kelemur yang sangat teruk macam gambar di atas atau yang lebih teruk dari tu, shampoo ni mungkin sesuai. Aku gunakan shampo ni cuma setengah botol ada lagi bakiny di rumah. Alhamdulillah sangat berkesan walaupun mahal tapi berbaloi. 

Kita kena guna shampo ni lima minit sebelum mandi, dua kali seminggu. Gunapun tak banyak atau mungkin bergantung dengan lebatnya ramut. Paling selamat guna sikit-sikit, kalau kurang buih baru tambah sebab kalau banyak sangat kulit kepala rasa panas. Merawat kelemumur tahap macam aku ni dua minggu lebih jugak la baru nampak hasil tapi.

Shampo ni tidak dijual di kedai biasa atau pasaraya. Kalau di area Kota Kinabalu ni pusing sepuluh kali pun di Giant tetap tidak jumpa klinik-klinik swasta jak yang jual, klinik kerajaan tak tahu pulak sebab tidak pernah tanya. 

Syampo Kelemumur Selsun blue

Syampo Selsun blue ni pula adalah syampo yang aku gunakan sekarang untuk mencegah kelemumur dari muncul semula. Syampu Dezor tu tidak boleh diamalkan selalu nanti rambut gugur kuat sangat sampai kulit kepala pun rasa kering dan hangat tapi Selsun blue boleh guna hari-hari. Shampo ni pun tidak dijual di kedai biasa tapi boleh didapati di farmasi-farmasi.

Jangan tayna pulak samada sesuai untuk wanita bertudung atau tidak. Haha.. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?