Rabu, 23 Disember 2015

Resepi sup ikan belut

Bila sebut ikan belut ni ramai yang meremang bulu roma, geli gelaman.. hehe. ini bukan ikan belut air tawar tapi belut air masin. Kalau di Semporna, ikan air tawar ni bagi free pun orang tidak mahu. Bukan apa, mungkin sudah biasa dengan ikan air masin.




Belut air masin kekadang besar dari belut air tawar dan kontras warnanya cerah dari belut air tawar. Lihat gambar tu, macam warna mutiara. Warna kulitnya juga berwarna warni. Senang cerita, google la sendiri belut air tawar dan belut air masin.. hehe. Setel..


Nasib baik ingat lagi mahu ambik gambar sebelum habis. Tinggal dua ketul. Dagingnya lebih kenyal dari belut air tawar dan rasa pun ada manis-manis.

Sup ni mudah, semua bahan main terjun jak dan bahan-bahan pun mungkin semua ada dalam peti ais.

Bahan-bahan :

1. 1 ekor ikan belut
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 biji bawang besar dihiris-hiris.
4. 2 ulas bawang merah
5. 1 1/2 inci halia. Potong nipis-nipis.
6. 2 sudu makan cuka.
7. Garam dan aji.
8. daun bawang dan daun sup.
9. 1.5 liter bersih.
10. 1 sudu makan lada putih.

Cara-cara :

1. Potong-potong ikan belut dan buang apa yang patut. 
2. Panaskan 1.5 liter air dan masukkan kesemua bahan kecuali
    daun sup dan daun bawang.
3. Bila air sudah mendidih, masukkan isi ikan belut, tunggu hingga ikan masak kemudian masukkan  
    daun sup dan daun bawang.

Kalau ada buah tomato lagi sedap berbanding guan cuka dan boleh taburkan bawang goreng kalau mahu. Resepi ni boleh juga guna belut air tawar. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?