Khamis, 18 Februari 2016

Ambilan April 2016 PJJ UUM

Pengambilan pelajar PJJ UUM untuk sesi April 2016 sudah dibuka. Untuk memohon, kena lengkapkan borang dan hantar ke pihak UUM. Semua urusan masih secara manual. Borang permohonan di sini.

Syarat-syarat kemasukkan boleh lihat di sini.

Persediaan yang perlu sebelum menjadi pelajar separuh masa UUM :

1. Sediakan wang pendaftaran untuk pendaftaran kali pertama. Sebab pendaftaran semseter kedua mungkin PTPTN dah support sikit. Time saya dahulu yuran permulaan sebanyak RM 2333,00. Kena keluar duit sendiri dahulu.

2. Buka akaun di bank Islam. Kalau bercadang ingin menggunakan kemudahan pinjaman PTPTN.

3. Beli no. Pin PTPTN di BSN. RM 5.

4. Kena biasakan mengatur masa. Belajar separuh masa ni kadang-kadang orang panggil belajar separuh mati. hehe, sebab sudahlah kita berdepan dengan pekerjaan kita, tugasan, membaca untuk persediaan menduduki peperiksaan akhir semester. Semua ni kena di hadapi.

Panduan melengkapkan borang permohonan dalam format pdf ditunjukkan dalam vedio ini. Lepas borang tu lengkap, jangan lupa pulak cetak borang tersebut dan tampalkan gambar.

Vedio --> https://www.youtube.com/watch?v=QmMLgiuqJ4w&feature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?