BAHASA MELAYU PENGURUSAN : Hiburan dan seni bahasa

Artikel di bawah merupakan hasil tugasan kami juga pada semseter satu dahulu untuk subjek bahasa melayu pengurusan. Yang ini pun edisi draft juga.

Pengenalan
Tugasan ini akan menerangkan hubungan antara hiburan dan bahasa. Kedua-dua elemen ini sangat penting dalam kehidupan bersosial. Bahasa sebagai medium utama perhubungan sementara hiburan pula adalah sebahagian daripada aktiviti seharian bahkan hiburan juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesuatu budaya dan kaum. Sebagai contoh seni persembahan Opera Cina Yi Sing di Kucing, Sarawak. Hiburan ini menjadi medium untuk menyampaikan masej. Foo Boon Seng (2007).
Terdapat berbagai-bagai corak bahasa, gaya menuturkan dan fungsi-fungsinya. Keadaan bahasa yang sangat fleksibel iaitu berubah mengikut keadaan dan situasi sekali gus dapat mencorakkan dan mempelbagaikan jenis-jenis hiburan.
“Bunga Teratai berkembang mekar,
Harumnya sampai kemuara sungai
Bangsa tumbang tiada berakar
Hiburan tenggelam tidak terungkai”
      Difinisi Bahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Tetapi bahasa bukan semata-mata bermaksud lambang bunyi suara. Maksud bahasa dihuraikan dan digambarkan secara terperinci dalam kamus dewan seperti contoh bahasa tubuh iaitu cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dan sebagainya. Bahasa juga menggambarkan keadaan sesuatu seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’ bermaksud angin yang bertiup lemah lembut.
Menurut Keraf dalam Smarapradhipa (2005:1) memberikan dua makna bahasa. Pertama berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia dan kedua, bahasa adalah system komunikasi yang mempergunakan simbol-simbol Vokal (bunyi ujaran) yang bersifat perantara untuk membentuk bunyi bahasa.
Menurut Owen dalam Setiawan(2006:1). Bahasa dapat didefinesikan sebagai kod  yang diterima secara social atau sistem konvensional untuk menampaikan konsep melalui penggunaan simbol-simbol yang dikehendaki dan kombinasi simbol-simbol yang diatur oleh ketentuan.
Walija (1996:4) Menyatakan bahasa ialah komunikasi yang paling lengkap dan efektif untuk menyampaikan idea, pesan, maksud, perasaan dan pendapat kepada orang lain. Pendapat lain tentang difinisi bahasa ialah Syamsyddin (1986:2). Memberi dua makna bahasa. Pertama, bahasa ralah alat untuk membentuk pikiran dan perasaan, keinginnan dan perbuatan-perbuatan. Kedua, bahasa adalah tanda yang jelas dari keperibadian yang baik mahupun yang buruk yang dapat menggambarkan keadaan suatu bangsa dan budi kemanusiaan.
Setiap difinisi bahasa tidak lari dari dua konteks yang paling asas iaitu bunyi dan simbol. Kedua-dua teras ini akan melahirkan gaya komunikasi yang hebat sehingga dapat menunjukkan perasaan dan keadaan.
Bahasa tanpa bunyi akan diwakili oleh simbol-simbol seperti zaman Mesir Kuno dan Zaman Batu serta cara komunikasi orang bisu. Bahasa beserta bunyi simbol lebih mudah difahami dan kemahiran berbahasa sentiasa berkembang mengikut kemajuan sesuatu tamadun. Bahasa adalah alat untuk menerangkan maksud dan tujuan, pandangan serta idea. Penggabungan lambang-lambang bunyi dapat mewujudkan makna-makna tertentu dan penturannya menjadi identiti sesuatu bahasa yang dituturkan oleh suatau bangsa.
     Jenis-jenis Bahasa
        Bahasa Lisan – Bahasa yang dituturkan dengan menggerakkan kedua bibir dan lidah. Lisan juga bererti lidah. Bahasa Lidah atau bahasa yang dituturkan tanpa tulisan. Kamus Dewan Edisi Ke Empat.
      Bahasa tulisan. Tulis bermaksud melahirkan perasaan, fikiran dan lain-lain dengan catatan yang memakai huruf seperti membuat surat dan mengarang. Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Bahasa tulisan ialah komunikasi yang menggunakan catatan.
      Bahasa Pengatucaraan. Teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer.
      Bahasa batin. Komunikasi secara langsung dengan diri sendiri menggunakan isi hati termasuk juga telepati iaitu perhubungan antara fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan seorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa.
Fungsi Bahasa
      Bahasa berperanan sebagai alat perhubungan sesama manusia samada rasmi atau tidak rasmi. Bahasa juga merupakan alat perhubungan fikiran sesama manusia. Pertukaran maklumat boleh terjadi akibat tindak balas fikiran dan otak. Oleh itu, setiap individu dapat berinteraksi sesame sendiri atau dengan kelompok yang lain lalu menjadi sebuah masyarakat yang lebih luas bentuk perhubungannya.
      Apabila kita berhubung, lazimnya kita akan bersama seorang individu atau kumpulan individu. Berbicara pula boleh berlakuu antara kita dengan diri sendiri atau dengan orang lain. Maka kitaran komunikasi yang yang lengkap perlu ada jalinan antara penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca atau khalayak.
Hiburan
      Hiburan ialah peristiwa, persembahan atau kegiatan yang rancang untuk memberi nikmat kepada penonton, pembaca dan pengguna. Wikipedia.  Hiburan ialah suatu perbuatan untuk menghiburkan begi tujuan menyenangkan dan mententeram hati. Kamus Dewan Edisi Ke Empat.
Hiburan dan reakreasi adalah seiringan. Reakreasi adalah pelengkap kepada hiburan dan begitu juga sebaliknya cuma reakreasi ini antara pelaku dan bahan hiburan sahaja sementara hiburan antara penonton dengan pembekal hiburan.
     Fungsi Hiburan
Berhibur pada dasarnya ialah aktiviti manusia untuk menyenagkan hati, memperolehi keseronokan serta rasa bahagia. Hiburan sangat luas dan bergantung kepada keperibadian seseorang kerana cara untuk berhibur adalah berbeza bagi sesetengah orang. Dari sudut agama, hiburan untuk menyenangkan hati ialah dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Walaupun amalan kerohanian tidak ada muzik, lagu dan tarian tetapi disebabkan amalan keagamaan ini boleh menenangkan hati bagi sesetengah hiburan, maka itu juga dipanggil hiburan. Oleh itu, hiburan bukan sahaja aktiviti yang berorentasikan muzik dan tarian semata tetapi sangat luas kepenggunaannya.
Terdapat banyak jenis hiburan antaranya hiburan yang menggunakan muzik dan tarian, hiburan yang menggunakan intonasi suara semata, hiburan berbentuk visual dan hiburan berbentuk tulisan serta hiburan berbentuk permainan. Hiburan jenis permainan adalah kelas hiburan yang paling banyak.
Hiburan pula terbahagi kepada dua iaitu hiburan klasik dan hiburan moden. Hiburan Klasik seperti Opera disampaikan berserta gerakkan tarian dan alunan muzik dan kebiasaannya hiburan juga menjadi wadah menyampakan masej kepercayaan masing-masing seperti pengisahan dewa dewi dan tuhan-tuhan. Sarkas juga antar hiburan klasik iaitu pertunjukkan akrobat, badut dan haiwan terlatih. Hiburan moden pula merujuk kepada peralatan dan gaya hiburan yang lebih maju dan sangat luas ruang lingkupnya contohnya animasi, majalah-majalah dan aktiviti menembak. 
Penggunaan bahasa dalam hiburan dan hubunagan antara kedua-duanya
Seperti yang diterangkan diawal perbincangan tadi, bahasa ialah simbol bunyi untuk berkomunikasi dan berinteraksi sementara hiburan pula ialah aktiviti yang dirancang untuk menghibukan hati, untuk melahirkan rasa gembira dan tenang.
Setiap hiburan masing-masing dengan gaya bahasa tersendiri. Setiap hiburan diwakili oleh sifat gerakkan seperti lincah atau perlahan ganas atau mesra. Kebiasaannya penggunaan gaya bahasa dan intonasi perlu seiring dengan sifat gerakkan tadi. Majalah hiburan juga berbeza gaya penulisan bahasanya, ada yang menggunakan bahasa yang piawai ada juga yang menggunakan bahasa pasar atau dialek tempatan bergantung kepada apa jenis maklumat dan golongan sasaran pembaca majalah tersebut.
Hiburan berasaskan suara seperti menanyi dan lawak jenaka sangat menitik beratkan intonasi dan gaya bahasa agar penonton terkesan dengan setiap ungkapan. Perasaan pilu dalam bait-bait lagu kebiasaannya dilafazkan dengan penuh sayu dan intonasi suara yang agak perlahan. Lawak jenaka tidak boleh perpegang kepada peraturan bahasa yang piawai semat-mata kerana ada ketikanya bahasa dicampur adukkan untuk memberi kesan yang kelakar agar berjaya menghiburkan penonton. Lawak jenaka biasanya akan menyumbang kepada kerosakkan bahasa. Lawak jenaka juga adalah hiburan yang pelbagai. Pada tahun 1920 an filem bisu yang dipelopori oleh Sir Charlie Chaplin si misai kontot, menggunakan bahasa tubuh dan mimik muka untuk menggerakkan filemnya. Pada tahun 1980 an, sitkom komedi yang dibintangi oleh Sir Rowan Atkinson berjudul Mr. Bean menggunakan bahasa bunyi yang tidak difahami. Namun nada bunyi yang dihasilkan juga dapat menerbitkan keadaan lucu bahkan bunyi yang dihasilkan oleh beliau sudah cukup melucukan.
Antara yang sering bergandingan dalam menyampaikan cerita dengan visual atau pementasan ialah mimik muka atau gerakan tubuh dan intonasi suara. Pada kebiasaannya ketiga-tiga elemen ini tidak dapat dipisahkan agar hiburan dapat disampaikan dengan baik. Dalam keadaan tertentu bahasa dan intones boleh berubah sifat boleh jadi tona suara ada yang lembut, sederhana dan kasar.
Hiburan dangan bahasa tulisan pula memerlukan imaginasi dan perlu mengenal tanda baca yang digunakan agar masej dapat diterima dengan berkesan. Sebagai contoh tanda seru (!). Ayat yang mengandungi tanda ini menjadikan nada suara meninggi dan keras. Perhatikan perbualan menerusi telefon di bawah.
Lalaki : Hello!.. Tolong, isteri saya nak bersalin!
Jururawat : Sila bertenang.. Ini anaknya yang pertama ke?
Lelaki : Apalah punya bangang.. Ini laki dialah!
Jururawat : Erkkk…
Jika cerita ini dibacakan kepada khalayak dengan menyebut kata “Hello!” menggunakan nada suara yang rendah, penonton tidak akan faham samada lelaki dalam dialog di atas bersuara tinggi atau tidak. Merendahkan suara semasa menyebut perkataan  “Hello!” menggambarkan bahawa lelaki dalam dialog tersebut dalam keadaan yang tenang.
Banyak cara penggunaan ayat di atas walaupun ceritanya sangat pendek seperti “Sila bertenag”. Ayat yang menunjukkan kesopanan dan ayat “Apalah punya bangang”. Walaupun bahasa kesat bukanlah yang terbaik untuk disajikan kepada pembaca, tapi untuk mendramatikkan cerita penggunaan ayat harus melangkau sempadan kesantunan bahasa.
Dalam linguistik terutama Bahasa Malaysia, ada beberapa laras bahasa yang akan digunakan bergantung kepada skop bidang yang ditulis. Laras bahasa bermaksud penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Asmah Hj. Omar (1984). Laras bahas juga bermaksud variasi bahasa berdasarkan penggunaannya seperti bahasa klasik, bahasa istana dan bahasa sains. Kamus Dewan Edisi Keempat.
Hiburan tidak tertakluk kepada mana-mana laras bahasa dan tiada laras bahasa yang khusus untuk hiburan akan tetapi laras bahasa yang sesuai perlu digunakan berdasarkan konsep hiburan yang akan kita sampaikan kepada penonon, pendengar atau pembaca. Laras Bahasa Klasik untuk cerita klasik, laras Bahasa Sains untuk cerita sains fiction, laras Bahasa Agama untuk cerita berunsur agama dan sebagainya. Jadi, hiburan secara tidak langsung mengindahkan bahasa dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai dan pelbagai.
Hiburan juga adalah medium untuk sesuatu bangsa itu melangkaui sempadan politik atau negara. Contohnya persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di pentas Royal Albert Hall, London. Penghibur tersohor tanah air ini telah menyampaikan lagu-lagunya dalam Bahasa Malaysia maka secara tidak langsung beliau telah berjaya membawa identiti Bangsa Malaysia ke persada antarabangsa.
Selain laras bahasa, gaya penulisan dan jenis hiburan, suara juga memainkan perenanan yang penting. Suara adalah perantara untuk menyampaikan hiburan dengan lebih berkesan. Hal ini tidak bermaksud bahawa seseorang yang mempunyai suara yang lunak merdu sahaja yang layak menjadi penghibur dan sebaliknya tetapi hiburan juga berada dalam lingkungan seni. Seni adalah sesuatu yang abstrak, ada seni yang tidak dapat dibentuk dengan tangan. Dato’ Ramli Sarip memiliki suara yang garau sementara Dato’ Jamal Abdillah memiliki kemantapan vokal yang luar biasa. Perbezaan suara antar kedua penyanyi ini tidak menghalang mereka untuk menjadi penghibur. Setiap mereka masng-masing memiliki pendengar dan peminat. Itulah yang menunjukkan kejayaan mereka sebagai penghibur. Cuma suara yang baik biasanya akan menuturkan kata dalam bahasa dengan baik dan jelas.
     Penutup
Hiburan telah wujud dalam setiap tamadun manusia. Opera mula wujud di Itali sekitar 1600 tahu lalu. Seni berpantun dan bersyair dalam masyarakat melayu juga telah wujud. Masyarakat yang bertamadun mempunyai bahasa yang tersendiri sekali gus melambangkan perkembangan intelektual seuatu bangsa dalam tamabun tersebut.
Bahasa mampu menutupi jurang perbezaan dalam sesebuah masyarakat dan mampu menjenamakan sesuatu bangsa. Bahasa boleh menjadi kaku jika bidang sosial manusia terbatas kepada satu atau dua aktiviti sahaja dalam kehidupan seharian. Pentingnya percambahan ilmu berbahasa ialah untuk menjadikan masyarakat kita hidup dan mempunyai daya fikiran yang kreatif.
Hiburan pula telah melahirkan gaya berbahasa yang pelbagai disamping menjadi wadah untuk menyampaikan seni dan cara hidup tradisional kepada generasi moden. Pantun dan adalah gaya pertuturan Melayu lama untuk menyampaikan makluman dan berinteraksi sesama manusia sementara Gurindam dan Seloka adalah contoh hiburan zaman silam. Tanpa dunia hiburan kita hanya akan mengetahui akan kewujudan seni berbahasa seperti ini namun untuk mempraktikkannya agak mustahil di zaman moden kerana masyarakat sekarang perlu kepada pencernaan maklumat dengan pantas. Maka hiburan ada kalanya diumpamakan seperti stor iaitu untuk menyimpan barang-barang lama dan antik kerana lama tidak bermakna using dan boleh jadi membuang sesuatu yang lama boleh mendatangkan kerugian kepada masyarakat akan datang.
Namun, dunia hiburan juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada bahasa terutamanya kepada Bahasa Kebangsaan. Sifat hiburan yang tidak terbatas mampu merosakkan bahasa seperti isu Bahasa Rojak yang mencampur adukkan Bahasa Kebangsaan dengan bahasa asing seperti mencampurkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris contohnya “I tak mahu” dan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Cina “Talak mahu O”. Tapi jika diadakan sekatan untuk penggunaan bahasa seperti itu maka satu sifat dalam hiburan telah ditinggalkan dan sedikit sebanyak menjadi faktor kegagalan untuk penyampaian suatu hiburan.
Hiburan tidak akan dapat disampaikan tanpa bahasa dan bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis hiburan. Kesempurnaan hiburan tidak terletak pada kesempurnaan bahasa baik bahasa pertuturan mahupun bahasa tulisan bahkan ada sesetengah hiburan yang menggunakan bahasa tubuh dan bahasa isyarat yang tidak berbunyi tapi mampu menyajikan hiburan yang berkuaiti. Hiburan akan tetap disampaikan dan boleh diterima selagi ada pancaindera begitu juga dengan bahasa yang boleh disampaikan dengan dengan pelbagai cara, dialek dan laras bahasa.  Sesetengah hiburan menuntut untuk menggunakan sesuatu laras bahasa, dialek dan cara penyampaian yang khusus dan tidak perlu untuk penyeragaman asalkan dapat memenuhi kehendak penonton dan penghibur dapat melaksanakan tugas sebagai penghibur.


Rujukan :
1.      Gelutan zaman : satu dokumentari mengenai persatuan Opera Cina Yi Sing di Kucing, Sarawak. Foo Boon Seng UniMas (2007).
2.      Kamus Dewan Edidi Keempat
3.      Hiburan-Wikipedia/http://ms.wikipedia.org.
4.      https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_pengaturcaraan

5.      Bahasa iklan perniagaan : Satu kajian bahasa retorik. Asmah hj. Omar (1984)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk