Khamis, 18 Februari 2016

Contoh surat KELULUSAN MENGIKUTI PENGAJIAN PJJ UUM

Berikut ini adalah contoh surat untuk memohon kebenaran mengikuti pengajian mood Jarak Jauh UUM, cuma copy/paste dan ubah mengikut kesesuaian anda.


Tarikh : 13 Julai 2015

Nama dan Alamat Anda

Melalui :
Sekiranya anda bertugas 
di bahagian tertentu atau cawangan.


Kepada :
Pengarah atau 
kepala kantor. :-)

Tuan,

KELULUSAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan lampiran yang disertakan adalah berkaitan.

2)         Untuk makluman tuan, saya telah ditawarkan untuk mengikuti Pengajian Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian yang akan diadakan di Pusat Penataran Ilmu & Bahasa Universiti Malaysia Sabah bermula 24 Julai 2015.

3)         Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kelonggaran dalam perkhidmatan bagi kemudahan untuk pegawai yang diberi kelulusan untuk belajar semasa dalam perkhidmatan seperti cuti tanpa rekod, cuti untuk peperiksaan dan sebagainya.

4)         Perhatian untuk kelulusan amatlah diharapkan demi untuk memajukan diri saya semasa dalam perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.


…………………………………………
(NAMA ANDA-HURUF BESAR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?