Isu kemasukkan Bangladesh : Kemasukkan warga Bangladesh bertentangan RMK11
Kemasukkan warga Bangladesh bertentangan dengan RMK 11. Kalau syarikat telco, ni macam caj-caj tersembunyi la. Tak ada dalam terma dan syarat tiba-tiba dia kenakan caj. Tidak ada dalam perancangan, tiba-tiba di buat. Yang main tiba-tiba ni bahaya.
KUALA LUMPUR - Kemasukkan 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bertentangan dengan objektif Rancangan Malaysia ke 11( RMK11).
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, objektif RMK 11 secara jelas menyatakan kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
"Jelas pekerja asing yang akan dibawa masuk itu bukan pekerja mahir kerana mereka akan bekerja di sektor berbahaya dan sukar," katanya.
Menurutnya, jumlah kemasukan yang besar juga akan mengundang masalah baru kepada negara.
"Ia menghampiri 3/4 daripada jumlah rakyat negeri Perak," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan statistik Kementerian Sumber Manusia, pekerja yang memiliki pas lawatan sementara pada tahun 2014 mencecah 2.1 juta sementara 4.6 juta pendatang tanpa izin.
"Apabila masuk 1.5 juta lagi, jumlah keseluruhan pendatang mencecah 8.2 juta bersamaan 27 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
"Bukankan ini akan membawa keluar khazanah negara dalam cukup lumayan?" katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Selain itu, Sivakumar berkata, rakyat juga turut terancam.
"Rakyat terpaksa berdepan dengan ancaman keselamatan dan kesihatan daripada warga asing," katanya.
Menurutnya, kerajaan dilihat seolah- olah tidak mengkaji secara menyeluruh sebelum memutuskan untuk membuat kemasukan warga asing itu.
"Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum termasuklah syarikat yang dilantik mengendalikan kemasukan warga asing tersebut," katanya.
Sumber : sinarharian.com.my

Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?