Juruteknik elektrik diperlukan

Kalau kita tengok setiap tahun beribu-ribu pelatih yang menamatkan latihan di pusat-pusat latihan kemahiran seperti ILP, IKM, IKBN. Ibu bapa pun bangga anak-anak mereka bakal menjadi orang yang berguna kepada masyarakat kekadang imbuhan atau gaji yang tinggi menjadi impian. Pelatih-pelatih juga mengharapkan agar mereka beroleh gaji yang lumayan atau berjaya memperoleh projek-projek sederhana selepas tamat latihan.


Hakikatnya, lambakan pelatih-pelatih kemahiran ini sangat banyak sehingga majikan boleh menawarkan gaji yang rendah. Tiada lagi keistemewaan untuk tenaga kerja terlatih. Tambahan pula, persaingan dari warga Filipina yang jauh lebih mahir dan sanggup bekerja dengan bayaran yang rendah menjadikan sijil-sijil mereka ada yang menjadi penghias fail sahaja.

Tapi, takkan pelatih-pelatih ini belajar selok-belok kemahiran semata-mata untuk kerja makan gaij?
Impian untuk belajar dan mendapat sijil supaya mudah mencari pekerjaan? Mengapa kerja dan gaji lumayan yang perlu menjadi motivasi? 

Di mana-mana pun di Malaysia samada di bandar atau di kampung, Juruteknik Elektrik ini sangat diperlukan lebih-lebih lagi masa kenduri kawin. Bukan semua kerja elektrik memerlukan peralatan yang spesifik seperti alat pengujian pembumian dan sebagainya. Kebanyakkan masalah-masalah pepasangan elektrik adalah seperti, pasang atau tukar kipas baharu, tukar soket, litar pintas dan tukar set lampu. Ini semua kerja-kerja mudah.

Untuk kerja-kerja sebegitu, perkakas asas ketukangan elektrik sudah cukup untuk menyiapkan tugasan mudah ini. Peralatan asas yang dimaksudkan adalah seperti Screw driver, (-/+), Test pen, Player, Cable cutter dan Wire tape. Peralatan-peralatan ini boleh dibawa dalam beg kecik seperti messenger bag. 

Bagi adik-adik yang baharu tamat latihan, anda boleh mula berniaga dengan menawarkan perkhidmatan membaiki kerosakan litar-litar elektrik atau perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai seperti memasang pemanas air, tukar kipas, pasang lampu. 

Berdasarkan pengalaman, kawasan-kawasan perumahan taman yang baharu diserahkan kepada pemilik, mereka akan mencari juruelektrik untuk memasang lampu, kipas dan pemanas air. Tentang bayaran perkhidmatan, anda boleh bincang dengan pelanggan anda. Mungkin saya akan kongsikan di entri akan datang.

Jika anda memiliki peralatan-peralatan seperti di atas dan memiliki sebuah motorsikal, anda boleh mula mengiklankan perkhidmatan di surat khabar atau web site seperti mudah.my 

Sekiranya anda menerima panggilan dari pelanggan, tanyakan keadaan masalah samada perlu bawa tangga dan sebagainya atau anda tengok dahulu keadaan masalah, jika tidak mampu, bagi tahu terus terang. daripada buat kerja tapi tidak pandai siap-siap dan masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun anda masih boleh mengenakan bayaran, tapi boleh jadi pelanggan serik dengan perkhidmatan yang anda berikan.

Saya pernah kenakan bayaran RM 25 untuk memasang lampu bagi setiap poin lampu. Mencari dan menyelesaikan masalah litar pintas RM 80, pernah juga RM 200 untuk 30 minit. Sebab masalah terlalu rumit. Saya buat part time selama sebulan pada hari Sabtu dan Ahad. Hasilnya agak lumayan juga, kalau tak silap RM 2400.00 untuk empat kali Sabtu dan Ahad. Sangat lumayan dari makan gaji.

Dalam masa yang sama cuba juga dapatkan pengalaman tentang pemasangan dan penyelenggaraan penyaman udara.

Yang sebenarnya, saya minat berniaga tambahan pula ada kemahiran dalam bidang elektrik. Jadi, pada masa lapang dan tidak banyak tugasan, saya telah mencuba bisnis ini. Ternyata sangat mudah dan memang untung. 

Semoga entri kali ni berguna kalau bukan untuk anda, tapi untuk sedara mara barangkali. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk