Kera di hutan dicemuh : Isu kemasukkan warga Bangladesh.

Saya kongsikan fost dari FB Rem Dambul berkenaan isu kemasukkan warga Bangladesh mungkin boleh jadi rujukan di masa akan datang. Apa juga isu semasa, kita tidak boleh dengar dari satu pihak juga. Pihak ini kena dengar, pihak itu pun kena dengan.

Kera di hutan dicemuh, sebab anak di pangkuan tak reti minum susu
1. Kita boleh – sama ada mengamuk sakan atau berlapang dada – bila kerajaan bercadang mau mengambil 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. Tetapi sebelum memilih pendirian, kita mesti fahami konteks penuh bagi usul cadangan tersebut. Jangan hanya faham separuh, kemudian emosi berparuh-paruh.
Pertama, kita perlu tahu data empirikal yang memberi REALITI sebenar status pengangguran dan pekerjaan di Malaysia. Kedua, kita perlu berlaku adil dengan menekuni PRA-SYARAT yang diletak oleh kerajaan sendiri sebelum cadangan tersebut boleh dilaksanakan.
2. Menurut statistik Bank Negara, sehingga Februari 2016: jumlah penganggur Malaysia adalah 478 ribu. Dari angka ini, 400 ribu adalah graduan berijazah/berdiploma. Manakala jumlah bagi kerja kosong pula adalah 305 ribu, yang rata-ratanya dalam sektor 3D (difficult, dirty & dangerous).
Persoalannya, kenapa begitu ramai yang lebih rela memilih untuk goyang kaki dan garu telur di rumah – daripada bersaing merebut peluang ratus ribu kerja yang belum terisi? 400 ribu graduan itu, kita faham apa sebabnya. Mungkin kerana mereka tidak bersedia mahu ceburi sektor 3D. Tapi 78 ribu yang tidak berkelulusan tinggi itu – apa alasannya?
3. Nampak tidak konteks realiti di lapangan sebenar? Sebab itu pihak industri TERPAKSA memohon bantuan kerajaan untuk cari jalan mengisi kekosongan tersebut. Selagi keperluan sektor 3D ini tidak dipenuhi, selagi itu industri tidak dapat berkembang. Maka selagi itu juga industri tidak mampu menjana pekerjaan lain dalam sektor pengurusan dan professional untuk diisi oleh 400K graduan yang menganggur itu.
Logiknya mudah. Katakan sebuah kilang memproses nenas perlukan 200 operator pengeluaran. Jika ini dapat dipenuhi, produktiviti akan bertambah. Kemudian keuntungan syarikat meningkat. Ini bukan saja memberi pulangan cukai lebih tinggi kepada kerajaan; tetapi ia juga ‘memaksa’ syarikat untuk berkembang. Jadi secara langsung keperluan kerjaya baru pada level pengurusan dan professional akan tercipta.
4. Soalnya: di mana industri mau cekau pekerja untuk mengisi 305 ribu kekosongan yang ada sekarang? Sedangkan 400 ribu graduan enggan mengisinya, dan 78 ribu non-graduan tidak berminat. Di sini pentingnya intervensi kerajaan bagi menjamin survival industri dan kelestarian kitar ekonomi negara. Maka usul 1.5 juta yang sedang dikepohkan itu telah “dicadangkan”.
Tapi kamu mungkin akan hentak-hentak kaki tidak setuju. Kerja kosong cuma 305 ribu. Kegilaan apakah sampai mau bawa masuk 1.5 juta? Nah, di sini pentingnya kamu fahami konteks penuh dalam usul cadangan yang kontroversi ini. Bukan hanya faham sipi-sipi pada permukaan.
5. “Ahmad Zahid, who is also Home Minister, was reported to have said that 1.5 million foreign workers from Bangladesh would be brought to Malaysia in stages in the next three years to meet the needs of employers from numerous sectors. He was also reported to have said the move would only be made after illegal foreign workers here were deported.” (Sumber:http://english.astroawani.com/…/bringing-1-5-million-bangla…)
Ayat terakhir itu secara jelas bermaksud: “Cadangan ini akan dilaksanakan seiring dengan usaha menghantar pulang para pekerja haram di Malaysia ke negara masing-masing.” Berapa ramai illegal immigrants yang bekerja di negara kita? Tidak ada statistik yang jelas. Iyalah, nama pun ‘pekerja haram’. Tentulah data rasmi tidak wujud.
Tapi menerusi konsensus pelbagai kajian, mereka dianggar berjumlah sekitar 2-4 juta orang. Berpegang kepada kata-kata TPM sendiri – “the move” (iaitu usul membawa 1.5 juta pekerja migran tadi) would only be made after illegal foreign workers here were deported – bermakna selain 305 ribu kerja kosong yang sedia ada sekarang, akan wujud lagi potensi kekosongan tambahan sekitar 2-4 juta apabila proses membasmi pekerja haram dioperasikan secara berperingkat.
6. Kalau tak bawa masuk pekerja asing, siapa mau kerjakan semua kekosongan yang ada ini? Sedangkan kita cuma ada sekitar 478 ribu tenaga kerja yang masih available (itu pun tak mau kerja dalam sektor 3D!). Mungkin tenagakerja tempatan akan bertambah tahun demi tahun, tapi berapa sangat kadarnya. Sedangkan potensi kekosongan akan terus meningkat secara janjang geometri menerusi proses sistematik deportasi pekerja haram.
Now, can you see the beauty of this proposal? Ia bukan saja mengisi keperluan industri, tetapi juga untuk menangani isu pendatang haram tanpa izin yang semakin kronik di Malaysia. Jadi, kamu nampak tidak logik sosioekonomi di sebalik cadangan TPM tersebut?
7. Tidak perlu berspekulasi dari segi sosiopolitik pula. Konon nanti akan muncul lebih banyak jenayah dan gejala moral. Atau kerajaan bakal mau gunakan mereka sebagai pengundi hantu. Hei, kalau mau fikir secara logik: pekerja haram yang seramai 2-4 juta sekarang ini lebih mudah terjebak kepada kelakuan negatif. Juga lebih mudah untuk ditukar kepada pengundi hantu.
Kenapa? Sebab mereka adalah ‘halimunan’ tanpa rekod. Kewujudan mereka lebih mudah dimanipulasi. Yang datang secara proper dan berdokumen rinci (seperti cadangan MoU antara Malaysia dan Bangladesh itu) – mereka ini lebih ‘visible’ dan terikat. Ada stigma yang lebih tinggi agar tidak terlibat dalam kecurangan sosial. Juga ada rekod pemantauan lebih rasmi untuk mengesan sebarang manipulasi pendaftaran bagi kepentingan pihak-pihak tertentu.
8. Usah gigih sangat mau melabel pekerja migran sebagai pencabul. Hanya kerana ada segelintir yang berkelaku gampang, jangan main pukul rata untuk gampangkan seluruh bangsa tertentu. Warga tempatan sendiri pun ramai penjenayah. Jadi tidak perlu berfantasi yang adik perempuan atau isteri kamu bakal digoda atau dirogol oleh migran Bangladesh. Ia boleh dilakukan oleh siapa-siapa pun.
Kamu ingat mereka ini bangsa paria tak beradab? Saya ada keluarga angkat di Bangladesh dan pernah tinggal bersama mereka selama dua minggu di Bogra – sebuah desa tani di daerah terpencil. They are nice and decent people. Saya juga pernah kerja di Jeddah selama 4 tahun, bersama dengan ramai saintis dan sarjana dari negara ini. They are highly intelligent and hard-working. Sebab itu Bangladesh sudah menghasilkan tiga orang penerima Hadiah Nobel yang berprestij itu. Malaysia ada?
Semua bangsa di dunia sama saja. Masing-masing ada yang jahat dan baik. Saya pernah kerja kilang ayam dan pencuci tandas hospital di UK (ketika itu saya sudah ada ijazah pertama dan master). Jadi saya faham bagaimana rasa bila wujud sikap prejudis dan diskriminasi. Sedangkan niat kita cuma mahu mencari rezeki halal dengan cara yang sah di sisi undang-undang negara yang sedang diduduki.
9. Sebelum kamu semua gigih sakan mau menuduh mereka datang mau merampas pekerjaan warga tempatan: cuba tanya diri sendiri, kenapa kita ada 305 ribu kerja kosong tapi pada masa yang sama masih ada 480 ribu penganggur? Kenapa pula ada sehingga 2-4 juta pekerja haram yang berjaya ‘merompak’ pekerjaan di negara kita?
Itu menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya agak makmur. Cuma warganya sendiri yang tidak tahu menikmati manfaat yang ada. Suka bersikap pasif dan pesimis. We are generally not good in readjusting our own expectations. Memang kita mau yang terbaik – kerja yang setaraf dengan kelulusan. Juga working environment yang ideal. Itu naluri semulajadi manusia. Tapi kita juga mesti sedar – alam yang kita duduki ini bukan utopia. Kata Bill Gates: “Life is unfair, get used to it!” Jadi seimbangkan antara ‘keinginan’ dan ‘realiti’.
10. But why we refuse to get used to this imperfect world? Kenapa kita sukar mau kompromi? Mungkin sebab kita sentiasa ada ruang untuk menyalahkan entiti lain pada tiap kegampangan hidup yang melanda.
Salahkan universiti, tak reti keluarkan graduan terbilang. Salahkan industri, tak reti wujudkan sistem gaji yang lumayan. Salahkan kerajaan, tak reti lahirkan sektor pekerjaan yang kondusif. Salahkan pembangkang, sebab asyik burukkan negara sampai pelabur takut mau datang. Salahkan ekonomi global, yang asyik merudum tak tentu hala.
Yang tak salah, hanyalah aku. Sebab aku memang reti segala-gala dan tak pernah asyik. Kan?

Kridet : Rem Dambul

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk