Program Khidmat Masyarakat : PEMBANGUAN WANITA

            Ini adalah hasil kerja kumpulan kami. Tapi yang ini edisi draf. mungkin banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa sebab belum dapat final touch. huhu.. Mahu semak pun malas sudah, maklum la barang lepas.. Tapi kalau untuk jadikan sumber idea, munkin boleh la.. 



                 1.0  Pengenalan
            Program Khidmat Masyarakat merupakan aktiviti yang dapat mendekatkan pihak-pihak tertentu seperti PITA dan jabatan-jabatan kerajaan kepada masyarakat setempat. Program sebegini dapat melahirkan semangat kekitaan di antara penganjur, peserta atau masyarakat. Selain pembangunan ekonomi, pembangunan masyarakat juga perlu dititik beratkan agar keseimbangan hidup dapat dicapai sesuai dengan konsep wasatiyyah yang pernah diwar-warkan sebelum ini.
            Program ini sangat penting untuk mengenal pasti setiap masalah di peringkat komuniti setempat yang mungkin memerlukan kepada penyelesaian yang bijak dan berkesan. Selain itu, Program Khidmat Masyarakat juga  merupakan kokuikulum yang bagi pelajar-pelajar IPT khususnya pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia. Sesuai dengan taraf sebagi pusat pembelajaran dan pengajian tertinggi, IPT bukan saja bertindak sebagai pusat ilmu sebaliknya masyarakat dan kehidupan sebenar juga merupakan sumber ilmu pengetahuan yang perlu diterokai agar dapat dikembangkan untuk kemajuan dan pembangunan ilmu pada masa akan datang. Oleh itu,  proses pembelajaran menjadi semakin lengkap di mana teori yang dipelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan melalui aktiviti luar dan ini menjadikan proses pembelajaran dan pemahaman  menjadi lebih mudah.
            Terdapat berbagai-bagai projek Khidmat Masyarakat yang boleh dilakukan. Antaranya memberi pendidikan kepada sesebuah komuniti contohnya mengajar mereka untuk bercucuk tanam, berniaga dan menghasilkan produk dari rumah seperti barangan kraftangan. Selain itu, aktiviti gaya hidup yang sihat seperti program lari atau berjalan yang biasanya dikendalikan bersama pihak-pihak tertentu tidak kurang pentingnya kerana sehingga kini masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang mementingkan gaya hidup sihat.
            Oleh yang demikian, kokurikulum berbentuk Khidmat Masyarakat bukanlah suatu kerugian jika dilaksanakan denhan bersungguh-sungguh. Selain menimba ilmu secara terus melalui interaksi secara langsung kepada masyarakat, program ini juga mampu melahirkan graduan yang penyayang dan berdikari serta kreatif dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang mana mereka juga merupaka isi dan tunjang kepada masyarakat mereka sendiri.
            Bagi pelajar asing pula, peluang untuk mendekatkan diri dan mengenal budaya bangsa dan etnik lain menjadi semakin dekat. Kebersamaan mereka dalam menjayakan sesuatu program Khidmat Masyarakat memudahkan lagi usaha untuk memperkenalkan masyarakat Malaysaia ke mata dunia   

           2.0              Konsep khidmat masyarakat
            Takrif kepada ‘Masyarakat’ ialah sekumpulan orang yang hidup bersama di suatu tempat dangan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.[1]Masyarakat merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah tamadun. Hal ini telah terbukti dan banyak tulisan-tulisan sejarah dipengaruhi elemen kumpulan orang yang hidup bersama dalam setiap penceritaan berkaitan tamadun. Contohnya tamadun Islam, perkembangan tamadun Islam bermula apabila masyarakat kota Taif menerima Islam sebagai agama mereka.
            Khidmat pula adalah suatu pekerjaan untuk memenuhi keperluan orang lain dan maksud ini tidak lari dari konsep Khidmat Masyarakat iaitu berkhidmat untuk sesiapa sahaja dan mensasrkan sekumpulan manusia agar proses penyampaian menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.
            Oleh yang demikian, program Khidmat Masyarakat tidak wajar diambil mudah dan cukup sekadr untuk memenuhi kridet para pelajar kerana perkhidmatan kepada masyarakat bukalah suatau yang boleh dimain-mainkan kerana ianya melibatkan kredibiliti, imej dan integriti sesebuah badan atau pihak penganjur.

           3.0          Objektif Khidmat Masyarakat Program Pembangunan Wanita
Objektif program adalah untuk menjadikan wanita memiliki daya saing dan daya juang yang tinggi di samping menyuntik nilai-nilai murni untuk menghindarkan gejala yang tidak bermoral.
Ekonomi yang dikecapi pada masa kini adalah antara hasil penglibatan wanita dalam memperkasakan ekonomi suatu masa dahulu. Dasar Wanita Negara telah digubal bertujuan untuk menjamin pembangunan wanita melalui mengiksploitasi dan mencapai potensi mereka secara holistik agar kesamaan gender dapat diperolehi untuk membangunkan negara dari beberapa aspek yang telah digariskan.[2]
Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh United Nations Children’s fund, Penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 47. 3 peratus pada tahun 2004 sementara peningkatan yang sangat ketara dalam sektor perindustian pada tahun 80an.[3] Wanita pernah menjadi sasaran Rancangan Malaysia ke-6[4] iaitu membekalkan wanita dengan kemahiran dengan menjalankan program-program pendidikan berteraskan kemahiran. Untuk menjayakan usaha-usaha ini, agensi kerajaan dan swasta sarta badan-badan perkepentingan seperti IPT harus memainkan peranan yang penting dan perlulah bergiat secara aktif. Hal ini bukan sahaja akan dapat membangunkan diri setiap wanita malah ianya juga akan mendatangkan kesan yang positif kepada negara khususnya.
Walaupun dasar ini telah lama berlalu, namaun kelangsungannya perlu diteruskan agar golongan wanita sentiasa mendapat perhatian khusus dan tidak merasa dipinggirkan. Selain itu, untuk mengimbangkan sumber tenaga tempatan dan asing, penglibatan wanita dalam pelbagai aspk ekonomi adalah alternatif terbaik selain dapat mengelakkan pembaziran sumber tenaga tempatan.
Program ini dapat membantu masyarakat dengan mengenal pasti masalah yang mereka sedang hadapi, menguruskan risiko dan mencari peluang untuk memperbaiki kualiti hidup sesebuah komuniti.
Risiko adalah cabaran yang kemungkinan akan berlaku apabila mengendalikan sesuatu perkara. Pengurusan risiko yang baik boleh menjadi perintis kepada penemuan peluang-peluang dan kaedah-kaedah baharu dalam menyelesaikan masalah atau konflik. Oleh itu, risiko bukanlah semata-mata masalah yang perlu dihindari malah perlu dihadapi dengan bijak dan efektif.
Syarikat General Elektrik adalah contoh terbaik untuk menjadi model pengurusan risiko. Mereka telah memuktikan bahawa risiko adalah adalah sumber idea dan juga merupakan stratigi perniagaan mereka. Syarikat General Elektrik telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus untuk menguruskan risiko yang dihadapi syarikat. Faktor risiko dikaji dengan mendalam dan akhirnya peluang demi peluang telah ditemui dan seterusnya mereka bukan sahaja dapat mengekalkan status sebagai syarikat konglomerat malah kini sedang berkembang maju di beberapa  buah negara.[5]                                                                                                                                                                                                     
              
           4. 0       Kajian terhadap keperluan penduduk
4.1              Pada 12 Ogos yang lalu, tinjauan dilakukan ke atas penduduk Kg. Dambai. Beberapa soal selidik dikemukan untuk mencari masalah yang perlu kepada penyelesaian segera sesuai dengan kehendak penduduk kampung.
4.2              Borang soal selidik (lampiran A) dianalisa dan mendapati bahawa kaum wanita dan ibu ingin menceburi bidang-bidang perusahaan dan pembuatan makan ringan atau makanan tradisional. Hasil maklum balas dari Ketua Kampung sendiri, para ibu dan wanita di kampung tersebut sangat berkebolehan dalam menghasilkan pelbagai jenis makan dan ada yang berpotensi untuk dikomersialkan.
4.3              Antara penyelesaian yang dicadangkan oleh para responden :
4.3.1        Memberi tunjuk ajar berkaitan produk dan pemasaran.
4.3.2        Peluang dari segi modal tambahan.
4.3.3        Prasarana yang sesuai.
4.4              Secara purata, hampir kesemua responden adalah individu yang perpendapatan kurang dari RM 2000.00 sebulan.
4.5              Hanya segelintir ibu tunggal yang berpendapatan tetap.
4.6              Hanya segelintir wanita berpendapatan tetap.


5.0              Masalah-masalah yang dihadapi
Setelah menganalisa borang soal selidik, didapati masalah yang kerap dinyatakan adalah berkaitan pembanguan sosio-ekonomi. Ramai kaum ibu dan wanita di kampung ini mahir dalam pembuatan makan segera dan tradisional seperti bahulu dah sebaginya. Selain itu ada juga yang memiliki sijil kemahiran seperti menjahit. Kesemua kemahiran-kemahiran ini sadalah aset berharga untuk pembangunan masyarakat di kampung ini tatapi disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan, kebanyakkan mereka tidak dapat memajukan diri berdasarkan kemahiran yang ada pada mereka.
Hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah termasuk mengganggu keharmonian rumahtangga ekoran daripada golongan wanita dan ibu terpaksa mencari perkerjaan di Bandaraya Kota Kinabalu yang semsetinya memerlukan pengorbanan masa yang lebih kepada pekerjaan masing-masing.

6.0              Halangan
Untuk menjayakan program ini, beberapa masalah telah dikenal pasti seperti menetapkan masa untuk melaksanakn Program Khidmat Masyarakat kerana hari Ahad merupkan hari yang sesuai bagi pelajar-pelajar PJJ-UUM kerana kebanyakkan ahli adalah golongan bekerja tetapi dalam masa yang sama, kebanyakan golongan wanita dan ibu ada yang berkerja secara bergilir (Shift). Hal ini sangat penting kerana mereka adalah golongan sasaran program ini diadakan dan pratus penglibatan mereka ialah 70 peratus bagi memastikan keberkesanan program ini.
Selain itu, hari Ahad juga bukan hari yang sesuai untuk menjemput YB. Ahli Parlimen Sepanggar dan perkara ini memerlukan penyelarasan dan penyelesaian yang bijak agar matlamat dan objektif program tercapai.
Wang dan barangan keperluan untuk program ini juga sangat penting, namun usaha-usaha untuk mendapatkan penajaan dan sumbangan dana bukanlah sesuatu yang mudah. Kebergantunagan kepada penaja semata-mata merupakan tindakan yang hampir kepada kegagalan dalam melaksanakan program ini. Oleh itu untuk mengurus masalah-masalah ini akan dibentangkan di pelaporan yang seterusnya.

7.0              Cabaran
Cabaran yang jelas dalam usaha menjayakan program ini ialah kesemua pelajar-pelajar UUM yang terlibat dalam penganjuran program Khidmat Masyarakat ini tidak mempunyai pengalaman dalam pengendalian sesuatu majlis atau program. Penganjuran program ini adalah seperti kejutan budaya kerana apa yang bakal ditempuhi nanti sangat mencabar minda minda dan fizikal. Sebagai contoh persiapan tempat, promosi dan sebaginya.
Selain itu, program ini juga sangat menguji kridibiliti dan kebolehan para pelajar yang terlibat kerana tugas mengendalikan sesuatu majlis bukalah senang dan memerlukan bakat-bakat dan kemahiran tertentu apa lagi dangan kehadian VIP yang tentunya memerlukan pengetahuan dari segi protokol dan pengurusan majlis.
Tahap pemikiran sesetengah peserta program juga merupakan cabaran yang juga sangat penting. Hal ini kerana umur dan taraf pendidikan dapat menentukan cara berfikir seseorang individu. Antara masalah yang mungkin akan timbul ialah ada di kalangan mereka yang tidak dapat mengikuti dan memahami isi kendungan ceramah dan dimonstrasi yang akan disampaikan. Maka, pengendalian program harus menggunakan pendekatan yang sewajarnya agar matlamat penganjuran program dapat dicapai.
Keperluan kepada penggunaan peralatan dengan kos tinggi seperi peralatan membuat sos memerlukan dana atau penajaan dari pihak yang tepat agar tiada sebarang pembazian berlaku oleh itu, keadaan win-win situation antara pihak penganjur dan penaja perlulah lebih ketara agar masing mengembeling tenaga dengan bersungguh-sungguh contohnya menggunakan khidmat bakti pihak MARDI untuk memberikan pendidikan berkaitan pembuatan sos. Jadi, hal ini bukan sahaja dapat menjayakan misi asal program malah, usaha MARDI untuk membantu masyarakat menjadi lebih senang.
Perpaduan dikalangan penduduk kampung juga tidak begitu harmoni kerana terdapat keluarga yang berhijrah dan menetap di kampung tersebut. Keadaan ini sangat menyukarkan terutama apabila ingin melaksanakan tugasan atau projek dalam kumpulan. Oleh itu, program yang sesuai perlu diatur untuk mengeratkan silaturahim di antara mereka.

8.0           Cadangan
       Hasil kaji selidik yang telah dijalankan ke atas penduduk Kg. Dambai, terdapat beberapa cadangan yang boleh dijadikan asas untuk menjayakan program Khidmat Masyarakat di kampung tersebut. Cadangan-cadangan yang dikemukan dilihat mampu menjadi medium untuk menjana ekonomi setempat. Berikut adalah cadangan yang diperolehi daripada responden.

8.1              Memberi tunjuk ajar berkaitan produk dan pemasaran.
Melalui cadangan ini, masyarakat Kg. Dambai lebih suka kepada industri pembuatan berbanding perkhidmatan. Hal ini kerana mungkin keadaan Kg. Dambai yang agak tersembunyi. Perusahaan berasaskan perkhidmatan memerlukan lokasi yang strtigik dan mudah dikesan oleh pelanggan. Oleh yang demikian, industri pembuatan dianggap cara yang paling sesuai kerana pemasaran boleh terus dibawa kepada pelanggan.
8.1.1        Mereka mencadangkan agar pembuatan sos cili pelbagai guna dibangunkan di kampung ini kerana pasarannya yang luas diperingkat tempatan. Mereka mensasarkan gerai-gerai keropok lekor, gerai pisang goreng dan restoran-restoran sabagai pelanggan utama. Selain itu, sos pelbagai guna juga masih belum dipelopori oleh sesiapa melainkan sos untuk kegunaan khusus seperti sos cili, sos tomato dan sos tiram serta sos manis.
8.1.2        Seperti yang dinyatakan tadi, pasaran tempatan adalah sasaran awal sebelum mengorak langkah yang lebih jauh. Selain itu, pelabelan dan kerja-kerja promosi juga perlu diajarkan kepada mereka. Hal ini penting agar produk yang dikeluarkan dapat dikenali ramai.

8.2              Peluang dari segi modal tambahan
Penduduk Kg. Dambai pada dasarnya menjalankan perusahaan kecil-kecil dalam pembuatan sos tetapi hanya dibekalkan kepada pihak kantin di dua buah sekolah yang berhampiran. Keupayaan dari segi modal telah membantutkan usaha untuk mengembagkan perusahaan ini.
Modal yang dimaksudkan bukan sahaja berbentuk wang ringgit semata-mata, tetapi peralatan yang sesuai dengan teknologi pembuatan sosjuga amat diperlukan.
Sumber tenaga manusia juga menjadi ukuran dalam mengembagkan perusahaan mereka kerana setiap peringkat proses pembuatan memerlukan tenaga yang bukan sahaja mahir , tetyapi sangat bertanggungjawab.

8.3              Prasarana yang sesuai
Pembuatan sos pelbagai guna dengan skala yang besar memerlukan prasarana atau fasilitasi yang baik dan mengambil kira faktor keselesaan dan keselamatan ruang kerja. Pembanguan prasarana merupakan aset utama untuk tujuan peyeragaman dalam setiap proses pembuatan selain dapat menyelia kebersihan produk dengan lebih efisien.
Peralatan-peralatan yang digunakan untuk menghasilkan sos pelbagai guna juga boleh ditempatkan secara tetap selain boleh mewujudkan pejabat pengurusan, stor juga boleh dibina untuk tujuan simpanan.

9.0           Cadangan secara menyeluruh
       Walaupun terdapat cadangan-cadangan bernas yang diperolehi melalui responden sendiri, cadangan tersebut adalah merupakan sub-cadangan dalam meyelesaikan permasalahan berkaitan komuniti. Berikut ini merupakan cadangan-cadangan yang diketengahkan.

9.1              Memberikan ilmu berkaitan teknologi pembuatan sos pelbagai guna.
Setiap perkara memerlukan pengetahuan yang mendalam agar setiap rancangan dapat dirialisasikan dengan sempurna. Ilmu yang diperolehi dari sumber yang betul dapat mengelakkan penganjuran suatu program daripada menggunakan masa secara tidak cekap. Oleh itu, badan-badan yang berkepentingan dan berkelayakkan perlulah dilibatkan selain menjimatkan masa, wang dan tenaga ianya dapat mendekatkan sesebuah agensi kepada masyarakat. Pemilihan agensi mengikut matlamat penubuhan mereka dapat menberikan teknologi dan pengetahuan berkaitan perkara yang hendak dilakukan.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan untuk merintis dan mempromosikan teknologi baharu untuk kemajuan industry makanan di Malaysia. Matlamat penubuhan MARDI ialah untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains dan teknologi agar dapat diselaraskan dengan kehendak ekonomi dan sosial. Salah satu fungsi penting MARDI untuk memajukan Industeri Kecil dan Sederhana ialah memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industry makanan dan pertanian serta asas tani.

Oleh itu, MARDI merupakan badan yang amat sesuai untuk memindahkan teknologi pembuatan makanan berasaskan pertanian kepada komuniti yang terlibat. Bukan itu sahaja, MARDI juga boleh bertindak sebagai rakan usaha sama di mana MARDI juga menjadi puast pengumpulan dan penjualan produk IKS.

Selain membekalkan pengetahuan, MARDI juga boleh membekalkan peralatan memprosesan yang sesuai dengan produk yang dihasilkan dan sekali gus dapat menjimatkan pembelian peralatan untuk program yang dianjurkan.

9.2              Pengetahuan tentang promosi dan pemasaran.
Promosi dan pemasaran adalah perkara penting untuk menggerakkan apa juga perniagaan dan perusahaan. Promosi merujuk kepada keseluruhan aktiviti yang melibatkan penerangan atau pemakluman berkaitan produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Terdapat beberapa jenis promosi antaranya pengiklanan, siaran akhbar, promosi kepenggunaan dan banyak lagi.[6]

Promosi yang mudah dan menjimatkan amat sesuai untuk membantu memperkenalkan produk IKS komuniti ini. Contohnya berjumpa secara terus kepada pelanggan dan memperkenalkan serta berkongsi kelebihan berkaitan produk. Namun, masalah yang dihadapai ialah peserta tentu malu untuk berhadapan dengan orang atau khalayak ramai. Oleh itu, slot-slot untuk membina keyakinan dan jati diri yang terlibat dalam usaha mempromosikan produk mereka perlu diadakan seperti aktiviti Interaksi Dinamika Kumpulan (IDK).

MARDI juga merupakan pembekal tenaga mahir untuk mengajarkan ilmu berkaitan promosi. Maka, usaha sama yang bijak antara penganjur dengan pihak MARDI dilihat banyak memberikan faedah disamping penjimatan masa dan tenaga dan wang.

9.3              Kemudahan Kridet.
Sumber kewangan sangat penting untuk kelangsungan perniagaan bagi jangka masa panjang. Selain untuk pembelian bahan-bahan mentah dan pusingan modal, sumber kewangan juga perlu untuk membayar gaji kepada para pekerja yang terlibat. Tetapi jumlah dana permulaan agak besar nilainya dan sudah tentu mereka tidak mampu untuk mengadakan modal kewangan sekali pun kitipan dilakukan dikalangan mereka.

Terdapat banyak institusi-institusi kewangan yang boleh memberikan pinjaman  untuk perniagaan antaranya :

9.2.1    Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA adalah sebuah badan berkanun yang menorong memperkasakan usahawan bumiputra untuk terus berkembang maju. Mereka mensasaran masyarakat luar bandar sebagai matlamat penubuhan agar tidak terlepas dari arus pemodenan terutama dari segi peningkatan ekonomi luar bandar. MARA menyediakan bebrapa skim pinjaman dan sangat membantu golongan bumiputra. Kadar faedah yang rendah membolehkan bakal peminjam membuat penilaian terhadap produk-produk yang ditawarkan oleh MARDI.
9.2.2    SME Bank
Small Medium Enterprise (SME) Bank merupakan satu-satunya bank yang menyokong perbangunan Industri Kecil dan Sederhana. Pelbagai kemudahan dan peluang disediakan seperti perkongsisan modal, pinjaman kridet dan sebagainya. SME Bank juga menyediakan primes perniagaan seperti gudang untuk disewakan pada kadar yang berpatutan.
9.2.3    Usahawan Tekun Nasional (Tekun)
Tekun Nasional merupakan badan pemberi pinjaman kemudahan kridet di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Malaysia. Syarat pembiayaan yang mudah dan sehingga RM 100,000.00 nilai penjaman pinjman bergabtung dengan saiz perniagaan telah ditawarkan. Tekun juga menggalakkan pembagunan ekonomi secara berkelompok dan ini adalah salah satu peluang yang perlu dikaji untuk memberikan lebih maklumat kepada penduduk kampung.

10.0          Menentukan jenis pertubuhan yang sesuai
Penubuhan dan pendaftaran perniagaan merupakan langkah awal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Jenis pertubuhan mewakili corak pengurusan yang akan dilaksanakn. Pengurusan pertubuhan atau pernagaan yang baik amatlah penting untuk menjamin kelestarian sesuatu perniagaan. Terdapat beberapa jenis perniagaan boleh dicadangkan untuk pembanguan industri dan komuniti setempat.

10.1          Jenis Perniagaan Perkongsian.
Pendaftaran perniagaan perkongsian memerlukan sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Manfaat perniagaan jenis ini, kesemua yang terlibat mempunyai masing hak ke atas perniagaan yang ditubuhkan dan keburukannya pula semua orang akan berebut untuk memegang jawatan Pengerusi atau Pengurus.

10.2          Penubuhan  Koperasi
Penubuhan koperasi merupakan satu langkah yang baik. Hal ini kerana pertubuhan menjadi lebih teratur. Koperasi boleh meningkatkan keadaan ekonomi anggota yang terlibat berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. Penubuhan koperasi memerlukan seorang penaung dan penaja untuk menggerakkan. Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menyediakan beberapa skim bantuan untuk pembanguan koperasi yang boleh membantu peniaga atau pertubuhan koperasi yang terlibat. Namun, pengurusan sesebiah pertubuhan koperasi yang sangat mengikut karenah birokrasi mungkin akan menyukarkan sesetangah ahli yang terlibat kerana kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam berorganisasi.
  
11.0          Penyertaan pemimpin tertinggi komuniti
Penyertaan pemimpin tertinggi dalam sesebuah komuniti juga boleh menyumbang kepada kelangsungan perniagaan yang akan ditubuhkan. Ketua Kampung  atau Jawanan Kuasa Kampung perlu terlibat dalam pengurusan pertubuhan atau perniagaan. Mereka boleh bertindak sebagai penasihat kepada pertubuhan atau perniagaan yang bakal ditubuhkan. Hal ini sangat menuntut seorang pemimpin yang berintegriti tinggi.

12.0          Mewujudkan produk yang berdaya saing
Produk yang memiliki nilai komersial dan mampu berdaya saing merupakan faktor penting kepada perkembangan ekonomi. Hal ini kerana, penghasilan produk yang menguntungkan boleh menjadi sumber pendapatan ahli perniagaan yang terlibat. Jesteru, walaupun penduduk kampung ingin menjalankan corak perniagaan atau ingin menghasilkan produk lain, keadaan produk dipasaran tempatan perlu diambil kira selain persaingan yang kuat kaedah pemasaran juga tentu akan berbeza.
Nilai komersial sesuatu produk perkhidmatan atau barangan kadangkala bergantung kepada usaha-usaha mempromosikan produk yang dihasilkan. Produk yang baik sekalipun jika tidak dipromosikan dengan betul, sudah pasti tidak akan dapat bertahan lama.

13.0          Penyertaan syarikat swasta
Syarikat-sayarikat swasta boleh bertindak sebagai penaja kepada bahan-bahan atau peralatan tertentu. Syarikat A yang mengusahakan tanaman cili boleh dipilih sebagai penaja kerana mereka boleh membekalkan bahan mentah seperti cili dan dalam masa yang sama Syarikat A dan masyarakat setempat boleh menjalinkan hubungan niaga yang erat berdasarkan matlamat masung-masing.
            
14.0          Kesimpulan
Program Khidmat Masyarakat bukanlah rancangan kokurikulum di peringkat IPT semata-mata. Kebaikan yang boleh diperoleh menerusi program ini mampu meningkatkan ekonomi pihak-pihak yang terlibat dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada pembanguan ekonomi di peringkat komuniti dan tempatan malah, jika dilaksanakan bersungguh-sungguh ianya boleh menyumbag kepada ekonomi nasional.
Selain mendatangkan kebaikan kepada ekonomi, program Khidmat Masyarakat juga penting untuk pembangunan sosial. Hal ini kerana, kesepakatan dan kerharmonian dapat dijalinkan menerusi pengisian setiap program di mana setiap lapisan masyarakat boleh terlibat contohnya golongan pemimpin dan masyarakt yang dipimpin. Selain itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang mungkin boleh menghindarkan masalah-masalah sosial yang timbul seperti gejala lepak dikalangan muda mudi yang dilihat seperti tiada penghujung.
Setiap orang dalam sesebuah komuniti masing-masing mempunyai atau memiliki kemahiran dan kelebihan tersendiri. Kemahiran-kemahiran ini perlu dicungkil dan diurus dengan bijak apatah lagi jika kemahiran-kemahiran tersebut memiliki nilai komersial seperti membuat makan ringan atau makanan tradisional. Selain kemahiran, ada juga idea-idea yang mungkin kita sendiri belum pernah fikirkan secara khusus. Oleh itu, sikap berfikiran terbuka perlu sentiasa diamalkan agar tiada lagi istilah “terlepas pandang” dikalangan kita.
Penglibatan pihak-pihak tertentu dalam menjayakan sesuatu program Khidmat Masyarakat merupakan langkah yang wajar dan bijak. Hal ini kerana, program Khidmat Masyarakat dan pelajar-pelajar IPT merupakan jambatan penghubung di antara masyarakat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Selain dapat mewujudkan jaringan perniagaan, usaha badan-badan tertentu untuk mendekati masyarakat menjadi sangat mudah.
Mengenal pasti dan menganalisa masalah sesebuah komuniti perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar setiap maklumat yang diterima dapat dicerna dengan baik dan seterusnya dapat menentukna tindakan  yang sewajarnya untuk menangani masalah yang dihadapi. Penyelesaian kepada permasalahan perlu dicari, difikirkan dan dirangka secara berkumpulan  agar setiap idea dan cadangan dapat dicanang dengan lebih berkesan. Oleh itu, wujudlah satu cara penyelesaian yang bijak dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan pembaziran masa dan tenaga.
Pengendalian program yang berjaya bukanlah ditentukan oleh siapa yang mengendali tetapi bagaimana program itu dikendali walaupun pada dasarnya pengendali memerlukan ilmu yang cukup, tapi tanpa kesunguhan untuk benar-benar ingin berbakti kepada masyarakat, penyudah yang baik tetap tercapai tetapi bukan penyudah yang berjaya. Oleh itu, segala sumber dan bantuan perlulah diberikan kepada para peserta agar usaha untuk membangunkan masyarakat khususnya pembanguan wanita tidak akan terhenti di pertengahan jalan.

Contoh Borang Kaji Selidik




[1] Kamus Dewan Edisi Keempat
[2] Dasar Wanita Negara
[3] http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6225.html
[4] Racangan Malaysia ke-6 (1991-1995)
[5] GE 2014 Annual Report
[6] http://economictimes.indiatimes.com/difinition/promotions

P/s : Karya ni rekaan semata-mata. Kami tak turun padang pun. Sebab semester pertama cuma belajar buat kertas kerja dan belajar cari permasalahan untuk dijadikan tugasan di semseter kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk