Ahad, 21 Februari 2016

Resepi Ayam Halia


Jika mahu rasa lebih pedas, boleh ditambahkan cili padi di dalam masakan ini.


BAHAN-BAHAN:

6 ketul ayam | dibersihkan
1 labu bawang besar | dimayang
2 ulas bawang putih | diketuk
5cm halia | dihiris
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
3 tangkai cili merah | dipotong serong
1 tangkai daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Perapkan seketika.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

3. Gunakan sedikit lebihan minyak goreng tadi dan panaskan di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan perasakan secukupnya. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

5. Masukkan pula cili merah dan ayam. Gaul rata dan kaup balikkan.

6. Akhir sekali, perasakan secukupnya.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber : Majalah Rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?