Resepi : Batang keladi masak lemak bersama telur masin.

Semalam terbaca masej kawan dalam group Whatsapp. Seoronk diorang bercerita pasal telur itik masak lemak.
Telur itik? Mestilah telur masin, kan? Aku tak dapat bayangkan lagi bagaimana rasa telur masin. Jadi aku cubalah masak hari ini. Nama pun masak lemak, jadi sudah tentu bahan-bahannya termasuk santan. Untuk menjimatkan tenaga, aku tambahkan batang keladi. Bini aku suka batang keladi ni. Jadilah masakan hari ini 2 in 1.

Bahan-bahan :
1. 2 biji telur masin.
2. 1/2 inci halia di hiris halus. Kalau nak tumbuk pun boleh juga.
3. 3 ulas Bawang putih. Ditumbuk halus.
4. 1/2 biji buah Tomato. Potong ikut suka.
5. 1 batang serai.
6. Daun kunyit dimayang halus.
7. 200g batang keladi (agak jak) atau 2 genggam.
8. 3 ml air.
9. Minyak untuk menumis.
10. Perasa (gula, garam & aji)
11. 1/2 kunyit hidup.

Kalau mahu pedas, bolehlah tambah cili padi. Sebenarnya aku jarang guna bawang merah hingga terlupa masukkan bawang merah dalam masakan ni. Kalau nak tambah pun boleh juga.

Kalau tak ada buah Tomato, boleh guna asam jawa, asam keping, cuka atau limau. Aku gemar gunakan buah tomato apabila masak berbanding agen masam yang lain.

Cara-cara : 
Masak lemak macam biasa. Sebelum masukkan santah, masukkan buah Tomato dahulu. Bila buah Tomato tu dah lembut, barulah masukkan santan dan batang keladi.

Bila batang keladi dah lembut, masukkan telur masin.
Untuk part telur masin ni, pecahkan dan masukkan dalam pinggan. Gunakan sudu atau pisau untuk belah kuning telur. Tujuannya supaya senang nak ambik time makan nanti. 

Masukkan ke dalam periuk menggunakan senduk. Setiap senduk, mestilah mengandungi putih dan kuning telur macam gambar tu.

Sebelum angkat, jangan lupa perisakan. 
Tak sangka sedap pulak rasanya. Hehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk