Rabu, 27 April 2016

Panduan membeli barangan elektrik

Sebagai pengguna, anda perlu cerewet apabila ingin membeli kelengkapan atau peralatan elektrik kerana anda yang akan menanggung kesan penggunaan barangan tiruan seperti renjatan atau atau kebakaran. Jimat Rm 10 hingga Rm 100 bahkan Rm 1000 tetap tidak berbaloi jika anda mungkin akan kehilangan harta benda dan nyawa.


Ada dua perkara yang perlu diperhatikan semasa membeli barangan elektrik. Kedua-dua Perkara ini adalah di bawah seliaan SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga.
Label SIRIM ST
 Label di atas menunjukkan keaslian suatu produk . 
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari website SIRIM berhad.

Label SIRIM pada barangan yang dijual

Label Cekap Tenaga ST

Variasi Label Cekap Tenaga  mengikut jenis kepenggunaan produk

Label Cekap Tenaga ST (Label ringkas)

 
Label Cekap Tenaga anda akan dapati apabila hendak membeli barangan elektrik seperti Peti ais, Penyaman udara dan Television. Apa yang paling penting tentang label ini ialah suatu produk itu telah pun melepasi ujian tertentu oleh pihak Suruhajaya Tenaga, selamat untuk digunakan dan jimat tenaga. 

Kini penggunaan lampu jenis LED semakin popular kerana kurangnya penyelenggaraan terhadap penggunaan lampu jenis ini, tahan lasak dan cahayanya agak terang. Namun terdapat pelbagai jenama dan keluaran serta  sukar menentukan kualiti dan ketahanan lampu-lampu jenis ini. Jadual di bawah menunjukkan Standard Keselamatan dan Ujian Prestasi untuk lampu jenis LED.

Standard Keselamatan & Ujian Prestasi Lampu LED




Pelekat Iampu LED yang telah lulus ujian


Pelekat di atas menunjukkan lampu LED telah lulus ujian dan pelekat ini dilekatkan di luar kotak produk.

Diharapkan selepas ini anda tidak lagi terpengaruh dengan harga murah dan ciri-ciri serta kelebihan – kelebihan tertentu suatu barangan elektrik. Walaupun produk telah diuji di negara pengeluarnya, tetapi negara kita ada piawaian sendiri dengan mengambil kira Voltan belakan yang kita gunakan iaitu 240 V untuk bekalan 1 fasa dan 415 V untuk bekalan 3 fasa.                                                                                                                                                     Anda telah mengetahui sedikit info tentang barangan elaktrik. Berhati-hati jika membeli barangan elektrik sama di kedai biasa atau online. Tetapi ada barangan elektrik yang dijual dialam talian mempunyai ciri-ciri di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?