Resepi : Daging Tiyula Itum

Tiyula Itum
Masakan ni merupakan makanan tradisi kaum Suluk dan Bajau di Pantai Timur Sabah. Makan ini berasal dari Tawi-tawi Filipina dan terdapat dalam pelbagai versi.


Versi Tiyula Itum yang  ini agak komliketed berbanding yang lain.

Bahan-bahan Tiyula Itum
Kelapa bakar
Resepi (untuk 500g hingg 1.5 kg daging atau ayam) :

Bahan utama : Daging.

1. 1/2 isi kelapa tua yang di bakar kemudian di kisar / di tumbuk halus.
2. 1 inci Halia. Di kisar.
3. 1 inci Lengkuas. Di kisar.
4. 4 ulas Bawang putih. Di kisar.
5. 3 ulas bawang merah. Di kisar.
6. Air kelapa tua dari sebiji kelapa.
7. 2 biji tomato. Di belah empat.
8. 1/2 sudu makan serbuk kunyit.
9. 1 lembar daun kunyit. Di mayang halus.
10. Garam dan aji.
11. 2 batang serai.
12. 1 sudu teh Lada sulah.
12. 1 biji kering.

Cara-cara :
1. Tumiskan Lengkuas dan Halia hingga agak kering kemudian mamsukkan Bawang merah, Bawang putih, Lada sulah dan Serai. Tumiskan hingga terbit bau atau kesemua bahan agak keperangan.

2. Masukkan air kelapa dan kelapa bakar bersama buah tomato dan daun kunyit.

3. Masukkan daging dan cili kering serta masak dengan api sederhana. Perasakan sebelum dihidang.

4. Kalau mahu lebih kuah, tambahkan air biasa.

5. Kalau mahu tambah asam jawa pun boleh juga.

Selamat memasak.. biar hitam oleh kelapa bakar, jangan hitam sebab hangus.. hehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk