Entri berikut merupakan tugasan individu subjek Asas Keusahawanan semester 3. 1. Pengenalan Sejak lebih 21 tahun yang lalu, internet talah mengubah cara kita membeli dan menjual barang serta perkhidmatan. Membuat tinjauan menerusi Internet sebelum membeli sesuatu di dalam talian sudah agak sebati dengan kehidupan hari ini seolah-olah kita telah berada selangkah di pasaraya.
Gambar hiasan (Kalau ada gambar nanti aku tukarlah) Aku jatuh cinta dengan sup ikan gaya Cina ni masa bermastautin di W.P Labuan. Boleh dikatakan tiap pagi melahap sup ikan dengan Kolo me. Satu hari, aku tanya macam mana nak buat sup ni, tapi agak liat si apek tu bagi tahu. Tapi aku kena ambil tahu, mana tahu dia letak wain ka, arak masakan ka. Then, perlahan-lahan dia kongsikan resepi. Resepi Sup Ikan Tomato (Untuk satu orang) Bahan-bahan: 1. Isi ikan Kerapu atau ikan Merah. Paling sedap bahagina perut, tapi banyak tulang. 2. 1/2 Tomato. Potong ikut suka. 3. Air asam jawa dari sejemput asam jawa. 4. Halia Cina 1 inci, di hiris halus. 5. 1/2 bawang besar potong dua. 6. Bawang putih 2 ulas. Kupas kulit dan masukkan bulat-bulat. 7. Air 1 liter. 8. Garam & aji 1/2 sudu makan. Cara-cara : 1. Panaskan 1 liter air tu dan masukkan kesemua bahan kecuali isi ikan. Biarkan dengan yang besar hingga tomato lerai sedikit. 2. Masukkan garam, aji dan air ...
Jeruk Tuhau Jeruk Tuhau ni dibuat dari Pokok Tuhau la. Kalau mahu tengok gambar boleh google. Pokok ni biasa terdapat di sekitar Keningau, Tambunan, Ranau dan kawasan yang berdekatan. Nak buat Jeruk Tuhau boleh tengok di sini. Tapi kebiasaanya orang tidak berapa suka bau Tuhau Jeruk ni, amat tengek dan menusuk hidung, boleh bersin dibuatnya. Makanan ni merupakan makanan tradisional kaum Kadazan Dusun di Sabah. Disebabkan baw yang sangat kuat dan kandungan cuka yang banyak, jadi saya olah sedikit cara penyediaannya agar sesuai dengan selera saya. Kalau nak cuba boleh la. Resepi : 1. 1 Cawan Tuhau Jeruk ( seperti gambar di atas) 2. 4 sudu makan gula (boleh tambah sehingga rasa masam cuka hilang) 3. 3 ulas bawang putih di cincang halus atau di tumbuk. 4. Cili padi mengikut selera. 5. sedikit garam. 6. Minyak Bijan, kalau mahu. Caranya : Gaulkan kesemua bahan di atas, sehingga rasa masam cuka tu hilang, tapi bau Cuka tu tetap ada, so ken...
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?