Pernah dengar tak nasi panggang? Mestilah kan. Tapi yang ini versi lain. Bukan yang dipanggang dengan daun pisang tu. Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi. Maklumlah kan, tiap buat sarapan jarang yang tak guna minyak. Kalau tidak mahu sarapan berminyak terpaksa makan roti dengan kaya.. hari-hari makan tapi tidak kaya-kaya juga.. hehe Resepi ni mudah lagi pun kalau ada nasi semalam yang tidak habis, buatlah nasi panggang ni. Bahan-bahan : 1. 500 g nasi. 2. 2 biji telur. 3. 2 ulas bawang putih, dicincang halus. 4. Setengah labu bawang besar, potong halus-halus. 5. 1 sudu serbuk pati ayam. 6. Garam dan aji. 7. 1 sudu teh lada putih. 8. Daun sup dipotong halus. Cara-cara : 1. Campurkan kesemua bahan. 2. Panggang menggunakan kuali tanpa minyak. Kalau takut nasi tu melekat, letaklah minyak sedikit kemudian ratakan menggunakan tisu dapur. 3. Untuk lebih mudah, gunakan acuan atau ring telur mata lembu. Kalau tidak ada, kepal-kepalkan nasi tu dengan tangan kemudian masu