Damia Handbag Sebelum ni aku pernah jual Handbag online di FB. Tapi 2, 3 tahun lalu la. Cerita lama. Semenjak pindah tempat bertugas, aku tidak ada masa lagi untuk snap dan upload gambar di Damia Handbag lagi pun tidak cukup ruang untuk simpan stok banyak-banyak. Dalam minggu lepas, aku melawat page Damia Handbag , rindu pula tengok profile picture. Lama juga aku renung samada mahu padam page tu atau buat sesuatu dengannya kerana sudah ada 5k likers. Bukan senang dapat jumlah like begitu. Nah. Terlintas di kepala untuk jadi dropshipper. Damia Handbag pun sudah ada kira macam aset juga la, jadi kerja promosi sudah senang. Dropship ni bukan titisan kapal.. hehe. Dropship adalah orang tengah di antara pembeli dengan pembekal. Kita terima tempahan dan menerima pembayaran kemudian kita tempah pula barang yang ditempah oleh pembeli kepada pembekal atau penjual. Barang yang dibayar oleh pembeli kepada kita, akan dibungkus dan dihantar oleh pembekal. Dalam kata lain, menju