Catatan

Ketam black pepper

Imej

Mesti baca ! Petua memasak daging

Imej
Memanggang 1. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kepada suhu yang ditentukan oleh berat dan jenis daging 2. Letakkan daging panggang di atas rak di dalam talam bakar; dengan menaikkan daging panggang ini membolehkan haba disebarkan dengan sama rata. 3. Gunakan sebuah termometer daging untuk memeriksa kemajuan masakan daging tersebut 4. Keluarkan daging panggang yang dimasak apabila sudah mencapai suhu yang diingini dan pindahkan ke sebuah pinggan 5. Tutup secara longgar dengan kerajang aluminium dan biarkan untuk berehat selama 10 ke 20 minit sebelum menghidang Petua memanggang Pra layur daging lembu atau daging anak biri-biri ke dalam kuali leper panas atau ke dalam ketuhar dengan suhu ditetapkan pada 150ºC ke 180ºC untuk mengelakkan jus-jus asli dari terlepas semasa memanggang Perasakan dengan sedikit garam untuk membantu mengekalkan jus Sentiasa panggang daging dengan lemak di sisi atas untuk membenarkan pelumasan asli Untuk perisa penuh, masak daging panggang pada s...

Mesti baca ! Bahagian Biri-biri dan cara memasak

Dengan pilihan menu sedia ada yang luas, gunakan jadual di bawah untuk membantu menentukan bahagian daging anak biri-biri yang disyorkan untuk cara memasak yang khusus. Masa masak harus ditentukan oleh cara memasak yang dipilih, bahagian dan berat daging tersebut. Cara memasak Bahagian daging biri-biri yang disyorkan Goreng tohor,gril atau barbeku Sebarang bahagian daging dipotong kepada: • cop • paha • bahu • rak • pinggul • loin • cop bercombol Goreng kilas Sebarang bahagian paha untuk digoreng kilas, dipotong nipis atau jalur atau dikisar Kari, merendidih, tumis, kaserol Sebarang bahagian paha atau bahagian bahu, dipotong dadu Memanggang Sebarang bahagian: • paha • bahu • rak • daging panggang mini(daging betis) • rak sukuan depan• daging batang pinang/pinggul Timur Tengah Sebarang bahagian dipotong dadu Untuk hot pot/stimbot Sebarang bahagian dipotong nipis Di post yang lalu aku ada kongsikan petua memasak daging lembu. Kalau nak...

Mesti baca ! Cara memasak daging lembu mengikut bahagian

Dengan pilihan menu sedia ada yang luas, gunakan jadual di bawah untuk membantu menentukan bahagian daging lembu yang disyorkan untuk cara memasak yang khusus. Masa masak harus ditentukan oleh cara memasak yang dipilih, bahagian dan berat daging tersebut. Bahagian daging lembu Disyorkan untuk Cara memasak Cara memasak Bahagian daging lembu yang disyorkan Goreng tohor,gril atau barbeku • biasanya, ketebalan stik adalah di antara ¼ inci ke 1 inci • stik loin siat • stik mata rusuk ke 1 inci • stik loin lembut • daging batang pinang • daging lembu untuk stik, stik barbeku • stik minit Goreng kilas Sebarang bahagian untuk digoreng kilas, dipotong nipis atau jalur Kari, merendidih, tumis, kaserol Sebarang bahagian untuk kari, merendidih, tumis, kaserol dipotong dadu Memanggang Sebarang bahagian: • paha • bahu • rak • daging panggang mini(daging betis) • rak sukuan depan• daging batang pinang/pinggul Untuk masakan Jepun termasuk stimbot, hotpot, yakiniku, Sha...

Apa sebab steak ni mahal sangat?

Imej
Steak ini dijual di Australia berharga AUD 450.00 bersamaan RM 1299.49 sekilo.  Daging Steak ini dipanggil  Aizakura H178 yang diambil seekor lembu Wayu seberat 423kg dan berharga AUD 190,000 bersamaan RM 548,671.76. Daging lembu Wagyu terdiri daripada paras bintik-bintik lemak putih halus yang tinggi yang bertenun di seluruh tekstur daging. Kesan tersebut dikenali sebagai 'kemarmaran' atau "marbling" yang membuat daging sangat lembut dan memberi rasa yang manis dan lazat b ahkan sesudah selesai makan pun, kelezatan daging Wagyu masih tertinggal di lidah. Ini desebabkan lembu-lembu Wagyu mendapat layanan yang istemewa Struktur daging Lembu Wagyu kelihatan bermammar Lembu Wagyu disimpan dalam sebuah kandang makanan dari tempoh 300 ke 600 hari untuk menghasilkan jumlah kemarmaran yang lebih tinggi; secara umumnya, lebih tinggi jumlah kemarmaran di seluruh daging, lebih tinggi gred daging secara keseluruhan. Kemarmaran daging akan membawa kepada pengalama...

4 Tips belajar memasak untuk lelaki

Imej
Tips mudah untuk kaum lelaki yang tangannya pandai ngilu kalau pegang sudip. hehe 1. Rajin tolong isteri / ibu / kakak didapur. - Mesti selalu tolong isteri di dapur tak kiralah potong bawang ka, membalik-balikkan makanan      dalam kuali ka yang penting tolong supaya timbul minat ke dapur. Ini tidak, kedapur jak mesti nak    makan, kalau tak makan tak nampak batang hidung di dapur. 2. Banyak bertanya. - Banyakkan bertanya cara memasak terutamanya masakan yang ringkas seperti menumis sayur.  Isteri jangan pula ketawa kalau suami bertanya pasal bab-bab masak. 3. Banyakkan memonton rancangan memasak. - Banyak rancangan memasak yang boleh kita tonton lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni  ada  Ketuk-ketuk Ramadan, Chef Ammar kalau turn Channel 703, satu channel rancangan memasak.  bukan apa, tengok rancangan memasak ni banyak info berguna, kenapa guna itu, apa sebab guna ini,  kalau begitu begini apa rasa masakan t...

Pahala dan tanggungjawab

Imej
Gambar hiasan Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."  - (Abu Hurairah r.a) Potongan hadith di atas kalau suami jumpa di FB atau Tuiter, sah-sah sang suami tang pasangan masing-masing. Isteri pun Like tanda setuju.  Tapi yang sebenarnya tanggungjawab lelaki adalah termasuk memasak untuk isteri dan anak-anak.  Sekiranya suami tidak mampu dari segi masa atau tenaga, suami boleh mengmbil orang gaji untuk tugas-tugas yang ditinggalkan di rumah.   Petikan hadith di atas adalah untuk memujuk kaum isteri agar sudi dengan rela untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas suami.  Seperti kisah Asma’ binti Abu Bakar yang dinikahi oleh az-Zubair yang miskin tidak memiliki harta dan budak,...