Catatan

Dropship program. Aku jual baju perempuan.

Imej
Damia Handbag Sebelum ni aku pernah jual Handbag online di FB. Tapi 2, 3 tahun lalu la. Cerita lama. Semenjak pindah tempat bertugas, aku tidak ada masa lagi untuk snap dan upload gambar di Damia Handbag  lagi pun tidak cukup ruang untuk simpan stok banyak-banyak. Dalam minggu lepas, aku melawat page Damia Handbag , rindu pula tengok profile picture. Lama juga aku renung samada mahu padam page tu atau buat sesuatu dengannya kerana sudah ada 5k likers. Bukan senang dapat jumlah like begitu.  Nah. Terlintas di kepala untuk jadi dropshipper. Damia Handbag pun sudah ada kira macam aset juga la, jadi kerja promosi sudah senang. Dropship ni bukan titisan kapal.. hehe. Dropship adalah orang tengah di antara pembeli dengan pembekal. Kita terima tempahan dan menerima pembayaran kemudian kita tempah pula barang yang ditempah oleh pembeli kepada pembekal atau penjual. Barang yang dibayar oleh pembeli kepada kita, akan dibungkus dan dihantar oleh pembekal. Dalam ka...

Ikan Tongkol Tomato.

Imej
Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Tone Excel lagi. ..

Imej
Sudah lama tidak up date pasal Tone Excel. Selepas beberapa bulan menggunakan sim kad Tone Excel, profile TE aku semakin baik.. Semakin ramai pengguna. Tengok skrin sut ni..

Nasi Panggang

Imej
Pernah dengar tak nasi panggang? Mestilah kan.  Tapi yang ini versi lain. Bukan yang dipanggang dengan daun pisang tu. Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi. Maklumlah kan, tiap buat sarapan jarang yang tak guna minyak. Kalau tidak mahu sarapan berminyak terpaksa makan roti dengan kaya.. hari-hari makan tapi tidak kaya-kaya juga.. hehe Resepi ni mudah lagi pun kalau ada nasi semalam yang tidak habis, buatlah nasi panggang ni. Bahan-bahan : 1. 500 g nasi. 2. 2 biji telur. 3. 2 ulas bawang putih, dicincang halus. 4. Setengah labu bawang besar, potong halus-halus. 5. 1 sudu serbuk pati ayam. 6. Garam dan aji. 7. 1 sudu teh lada putih. 8. Daun sup dipotong halus. Cara-cara : 1. Campurkan kesemua bahan. 2. Panggang menggunakan kuali tanpa minyak. Kalau takut nasi tu melekat, letaklah minyak sedikit kemudian ratakan menggunakan tisu dapur. 3. Untuk lebih mudah, gunakan acuan atau ring telur mata lembu. Kalau tidak ada, kepal-kepalkan nasi tu dengan tangan kemudian ...

Benarkah produk penjimat elektrik berkesan ?

Imej
Banyak betul produk-produk yang merapu sekarang ni. Entah berapa ramai pengguna yang sudah kena tipu. Aku bukan berniat mahu tutup periuk nasi orang lain, tapi sebagai khidmat kepada masyarakat untuk menghindarkan saudara mara dan kawan-kawan daripada tertipu. Apakah komponen utama alat penjimat elektrik ini?

Ikan jaket masak lemak

Imej
Ikan Cencaru Aku pun sudah lupa bila masa aku dengar ikan ini kena panggil ikan jaket. Tapi yang aku ingat, jaket tu sempena sisik dia yang tebal. haha. Ikan ni kalau digoreng bulat-bulat macam dalam gambar tu, tidak berapa sesuai. Kebiasaannya orang akan belah dari sisi dan sumbat dengan paste atau sambal. Tapi kali ni kita cerita pasal ikan ni kalau kena masak lemak.  Bahan-bahan : 1. Kunyit hidup 1 inci. Kalau guna serbuk kunyit setengah sudu makan 2. Halia pun satu inci jugak 3. Bawang merah 2 biji.. (bawang ada biji ka?) 4. 3 ulas bawang putih 4. Tomato dua biji 5. Jus limau kasturi dari dua biji limau. 6. Cili hijau 4 biji. Dipotong-potong nipis.  7. Belacan sebesar jari kelingking satu inci 8. Serai dua batang dititik. 9. Ikan cencaru dua ekor, potong ikut suka 10. 1/4 Daun kunyit di hiris 11. Daun pandan di simpul 12. Daun limau purut dua lembar 13. Santan 14. Minyak untuk menumis 15. Air 1 liter 16. Garam, gu...

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.

Imej
Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah      Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini. Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan. Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanja...