Catatan

Bagaimana menggunakan periuk tekanan (Pressure Cooker)

Imej
Pressure cooker atau periuk tekanan moden dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan mengurangkan bahkan menghilangkan risiko kemlangan disamping tekanan semasa memasak sentiasa konsisten. Tetapi beberapa perkara perlu diambil perhatian ;

Review produk : Pengisar Shake N Take

Imej
Hari ini nak review tentang pengisar shake N take . Kepada sesiapa yang rasa-rasa mengisar jus tu agak menysahkan, lepas kisar perlu salin jus ke botol air dan terpaksa cuci pengisar lagi. Kalau tidak, semut pulak yang happy.

Panduan membeli barangan elektrik

Imej
Sebagai pengguna, anda perlu cerewet apabila ingin membeli kelengkapan atau peralatan elektrik kerana anda yang akan menanggung kesan penggunaan barangan tiruan seperti renjatan atau atau kebakaran. Jimat Rm 10 hingga Rm 100 bahkan Rm 1000 tetap tidak berbaloi jika anda mungkin akan kehilangan harta benda dan nyawa.

Resepi Ais krim nanas mint.

Imej
Resepi ni aku kutip dari email daripada sebuah blog yang sentiasa aku kunjungi. Kalau tengok gambar dan bahan-bahannya memang lazat.. Owh... Tiba-tiba rasa hangat pulak tekak aku.. Bahan-bahan dia cukup banyak juga tapi boleh di dapati di pasaraya kita ni.

Kaifiat membayar fidyah

Imej
Maksudnya : " (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " (Surah Al-Baqarah : ayat 184)

Resepi : Daging Tiyula Itum

Imej
Tiyula Itum Masakan ni merupakan makanan tradisi kaum Suluk dan Bajau di Pantai Timur Sabah. Makan ini berasal dari Tawi-tawi Filipina dan terdapat dalam pelbagai versi.

Resepi : Trubok masin tumbuk

Imej
Minggu lalu ke Sarawak, ada tugas yang perlu disiapkan. Lepas habis kerja, aku jalan-jalan la di bandar Kuching. Sempat beli ikan Trubok masin. Balik dari Kuching flight jam 8 mlm, jadi sampai KK lagi la malam. Keesokkanhari baru la berkesempatan mengolah ikan Trubok ni. Dijadikan cerita, memang tak ada cerita sebab bahan untuk masak banyak yang habis. Hehe.. Tapi ikan ni masih boleh menjadi penambah rasa makanan. Ianya sangat mudah. Ikan Trubok masik tumbuk. 1. Cuci ikan untuk hilangkan garam berlebihan. Gunakan bahagian yang tiada tulang tengah. Hiriskan isi ikan nipis-nipis tapi jangan terputus, agak-agak 5 cm cam tu. Tujuannya agar isi ikan dan tulang-tulang halus jadi garing bila digoreng. 2. Gorengkan isi ikan hingga garing atau isi ikan berwarna coklat gelap tapi jangan sampai hitam kehangusan... haha. 3. Kalau dah garing, angkat ikan dan toskan. 4. Tumbuk ikan bersama cili padi menggunakan lesung hingga kedua-duanya lumat. 5. Masukkan 1/3 sudu makan gula. Un...