Rabu, 8 Julai 2015

Hebat ! Sistem ini sangat membantu para peniaga

Salam Sejahtera, Ni peluang besar yang saya baru dapat. Orang top up prepaid kita dapat komisyen hingga 20%. Ni bukan program jual prepaid macam mymode atau mastereload.
Ni cuma ajak orang tukar line (telco) prepaid, no lama boleh dikekalkan. Lepas tu setiap kali mereka top up, kita dapat komisyen sampai bila-bila selagi mereka gunakan prepaid tunetalk tu. TuneTalk ni anak syarikat AirAsia. Syarikat bukan saja kukuh malah sangat hebat dalam mengembangkan perniagaan. Jom kita buat duit dengan program referal ni.
Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah: www.AutoDownLine123.com/?ref=30180

Ingin saya katakan sememangnya sistem Auto Pilot ini memang superb dari segi membantu orang ramai untuk memulakan networking terlebih dahulu sebelum turut serta, selalunya mana2 yg join MLM apabila xdapat cari downline terus putus asa, mindset terus pangkah MLM..tak nafikan sy juga camtu sebelum ni.. 
Program Tone Excel (Tune Excel) ini sendiri sudah banyak kelebihannya + sistem Auto Pilot pula... memang tersangat rugi kepada mereka yang tak mula..active income ada biarlah passive pun ada 
Mana-mana yang berminat untuk turut serta bergerak di dalam satu pasukan boleh cuba terlebih dahulu bina networking secara percuma sebelum official join 
Daftar di sini: http://AutoDownLine123.com/?ref=30180


Selasa, 7 Julai 2015

2 perkara yang mesti dilakukan pada malam Lailatuqadar selain solat sunat dan membaca Al-quran

Kebiasaannya menjelang 10 malam terakhir kita akan persiapkan diri dan masa untuk mendapatkan malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang mana malakiat dan roh turun untuk mengatur urusan. Malam yang sejahter sehingga terbitnya fajar.

Antara amalan-amalan yang disunatkan berqiamulail iaitu menghidupkan malam dengan bacaan ayat-ayat al-quran, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat hajat dan berwirid.

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tapi kesilapan kita ialah, 10 malam terakhir itu kita penuhi dengan membaca al-quran dan melakukan solat-solat sunat dan terlupa bahawa ada ibadah-ibadah kecil yang perlu kita lakukan supaya tidak sia-sia amalan kita sepanjnag malam Lailatulqadar.

Berikut adalah amalan yang patut kita lakukan :
1. Memohon maaf dan memaafkan orang lain.
- Seperti yang kita tahu, berbuat kebaikan di bulan Ramadan pahala akan dilipat gandakan jadi sudah pasti pahala memohon maaf dan memaafkna orang lain juga dilipat gandakan dan bermaafan adalah baik dilakukan di bulan Ramadan berbanding Syawal.
Dari Salman Al-Farisi ra. berkata : Rasulullah saw. memberi khutbah kepada kami di hari akhir dari bulan Sya’ban dan bersabda : “Hai sekalian manusia akan datang bulan yang agung (Ramadhan) yaitu bulan yang penuh berkah di dalamnya. Dalam bulan itu ada malam yang mulia (lailatul qadr)yang lebih utama dari pada seribu bulan. Allah telah mewajibkan puasa di bulan itu, dan shalat tarawih di malamnya sebagai ibadah sunah. Barang siapa yang melakukan kebaikan (ibadah sunah) di bulan itu pahalanya seperti melakukan ibadah wajib dibanding bulan yang lainnya. Dan barang siapa melakukan kewajiban di dalamnya, maka pahalanya seperti melakukan 70 kewajiban dibanding bulan lainnya. Bulan Ramadhan adalah bulan ditambahnya rizki orang mukmin, bulan di awalnya menjadi rahmat, di tengahnya menjadi ampunan dan di akhirnya merupakan kebebasan dari neraka.(HR. Ibnu Huzaimah)
- Sekiranya kita banyak beribadah tapi dalam masa yang sama banyak melakukan kesalahan kepada orang lain, dosa kepada orang lain menyababkan doa dan pahala kita tidak sampai kepada Allah.

2. Beristigfar.
-Istgfar juga termasuk zikir. Memohon ampun kepada Allah adalah perlu. Bahkan turutan solat sunat semasa qiamullail sebaiknya adalah seperti berikut :

a) Solat sunat Taubat - Hamba perlu bertaubat dan memohon ampun akan dosa-dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (QS. Ali Imran : 133)

b) Solat sunat Tasbih - Selepas bertaubat dan berharap agar dosa-dosa diampuni, hamba perlu memuji Allah Tuhan semseta alam dengan sebaik-baik cara dan sebaik-baik kalimah pujian. 

c) Solat sunat Hajat - Setelah membersihkan diri dari dosa dan memuji Allah dengan harapan agar Allah akan sayang dan mendekati sang hamba, hamba perlu meminta hajat dari Allah (sekurag-kurangnya sebagai tanda merendah diri) dengan sebaik-baik cara. Antara hajat ialah memohon agar hati hamba sentiasa dipelihara-Nya daripada dipesongkan kearah kejahilan dan memohon agar dikurniakan Syurga.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Surah AlMu’min. Ayat 60.


Semoga kita diberi kesempatan merebut peluang malam Lailatulqadar dengan penuh khusyuk dan tawaduk.








Sagol ikan buntal

Sagol adalah masakan tradisi kaum Bajau. Rasanya sedikit berkunyit dan sedikit manis. 
Ikan buntal ni ada di mana-mana, cuma kelompok masyarakat yang makan ikan buntal ni kebanyakkannya tinggal di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Selain rupa fizikal ikan buntal yang berduri, ia juga dikatakan mengandungi racun yang boleh membawa maut. Er.. ngeri..
Di negara Jepun diorang makan ikan buntal yang dikenali sebagai Fugu adalah jenis ikan buntal yang beracun  tetapi ikan buntal yang aku masak ni bukan jenis yang beracun dan selamat untuk dimakan. Kalau tak percaya, tengoklah blog ini. Blog ni takkan ada sekiranya aku mati akibat makan daging ikan buntal. Haha..



1. Ikan buntal duri
Ini adalah gambar dua spesis ikan buntal. Gambar (1) di sebelah kanan adalah ikan buntal yang aku masak. Ikan buntal ini tidak ada racun tapi ada duri yang tajam dan bisa. Gambar (2) di bawah pula adalah jenis Ikan buntal yang beracun. Hempedu ikan buntal ini amat beracun dan sekiranya hempedu tersebut pecah maka keseluruhan ikan buntal mengandungi racun. Mempunyai duri halus. Kalau bapak aku, dia buang jak kulit dan hempedu kemudian dimasak seperti biasa. 

Mungkin memang betul, ikan-ikan yang berbisa ni sedap dan aku tidak nafikan. Antara lain speses ikan buntal boleh lihat di sini.


2. Ikan buntal Fugu
Okey, cukup bercerita pasal spesis ikan buntal, cerita panjang-panjang pun tidak boleh jadi kaya.. haha. Mari  kita tengok resepi dan cara memasak Sagol Ikan Buntal.

Bahan-bahan :

1. 1 ekor ikan buntal
2. 2 ulas bawang merah, ditumbuk.
3. 2 ulas bawang putih, ditumbuk.
4. 1 inci halia, ditumbuk.
5. 1/2 inci kunyit. ditumbuk
6. 2 batang serai, dititik.
7. 3 biji cili dihiris.
8. Air asam jawa 1 cawan.
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Sedikit air
11. Garam & aji
12. Lada sulah.

Cara-cara :

1. Rebus ikan buntal sehingga lembut. Tarik durinya satu persatu menggunakan player, guna tangan pun boleh juga, tapi kena hati-hati. Kalau tak mahu kulit tu, tanggalkan kulit dan durinya akan ikut sama.

2. Buang perut sahaja. Asingkan hati dan ancurkan isi ikan buntal menggunakan tangan dan ketepikan.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, Serai, Lada sulah dan hati ikan buntal sehingga bawang garing.

4. Masukkan isi ikan buntal dan air asam jawa. Tambahkan air kalau mahu lebih kuah. Akhir sekali perasakan dengan garam dan aji.

Hidangkan bersama nasi panas, putu, aggang atau roti.








Ahad, 5 Julai 2015

Pais Jagung / Bamban Jagung

Tadi membeli juadah berbuka di pasar Pilipin, satu tempat yang tidak asing di Kota Kinabalu. Banyak makanan dan kuih muih tradisional kaum Bajau dan Suluk dijual di sini.

Terjumpa kuih yang tidak dicari. Sudah lama tidak malan kuih ni, sedap manis dan berlemak.
Pais Jagung atau Bamban jagung memang populer di kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sandakan dan Lahad Datu.

Disebabkan kuih ini adalah makanan tradisi kaum Bajau iaitu kaum aku, jadi resepi dan cara buat kuih ni tahu sangat.

Bahan-bahan :

1. 3 tongkol jagung muda di parut
2. Tepung gandum 

3. Gula & garam
4. Kelapa parut

Cara-cara :

1. Adun jagung parut dengan tepung gandum dan kelapa parut. Tambahkan gula ikut kemanisan yang disuka. Tambahkan sedikit garam untuk timbulkna rasa lemak. Adunan seperti nak buat cucur atau jemput-jemput.

2. Ambil daun jagung lapisan yang tengah 1 atau 2 helai. Jangan ambil daun yang paling luar dan yang paling dalam nanti koyak masa kita nak lipat.

3. Letakkan adunan dalam satu atau satu setengah senduk ke dalam daun dan lipatkan daun jagung. Hasil yang sempurna adalah lipatan hampir berbentuk segitiga.

4. Letakkan dalam pengukus sehingga masak.

Guna jagung tin boleh juga, bland dgn food proseser, tak perlu halus atau kasar sangat.
Boleh gunakan daun pisang kalau tidak ada daun jagung.







Bagaimana nak ambil minyak ayam.

Kebiasaannya kita tak peduli pun kulit atau lemak ayam. Ramai orang tak mahu lemak ayam dimasak bersama dagingnya. Tapi aku sangat mengambil berat rasa setiap bahan yang aku masak, kalau boleh sikit pun rasanya tidak berkurang.

Bagi orang lain mereka ada alasan tertentu mengapa mereka tidak suka lemak ayam terutamanya bila bercerita tentang kesihatan jantung, tapi mungkin tiada masalah bagi mereka yang aktif bersukan. Walaubagaimanapun, ketepuan lemak ayam adalah rendah berbanding lemak daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Baik, di sini kau nak kongsikan bagaimana mengambil minyak ayam.

1. Masukkan kulit dan lemak ayam ke dalam kuali dan tambahkan air.

2. Masak kulit dan lemak ayam dengan dengan api sederhana.

3. Biarkan sehingga semua air tersejat dan minyak akan tinggal dalam kuali.

Minyak ni boleh salin ke dalam botol untuk kegunaan akan datang dan kulit ayam juga boleh simpan dalam peti ais. Sedap untuk campur mee goreng, sayur atau sup, tapi kena goreng rangup. 



Sabtu, 4 Julai 2015

Kerabu agar-agar

Kali ni nak berkongsi resepi karabu agar-agar lagi. Hari tu ada juga tulis entri resepi agar-agar, kalau nak baca klik sini tapi yang ni agak agak berbeza. Aku cuba gunakan bahan-bahan yang berbeza sikit. Mungkin ada kemelayuan.




Bahan-bahan:

1. 500g agar-agar laut
2. 1 biji lemon diambil jusnya
3. 1/4 bunga kantan dihiris kecil-kecil
4. 1 batang timun potong tebal-tebal
5. 2 biji cili di hiris halus
6. 1/2 biji bawang besar hiris memanjang
7. 1/2 batang lobak disagat
8. Garam dan gula

Cara-cara:

1. Celur agar-agar ke dalam air suam kemudian potong kecil.
2. Campurkan ksemua bahan.
3. Tambahkan gula sehingga terbit rasa manis dan sedikit garam.

Rasanya memang berbeza dengan resepi tradisional tapi tetap sedap. Selamat mencuba..

Pengenalan Fahaman Falsafah Abad Ke-20