Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

4 Tips belajar memasak untuk lelaki

Imej
Tips mudah untuk kaum lelaki yang tangannya pandai ngilu kalau pegang sudip. hehe 1. Rajin tolong isteri / ibu / kakak didapur. - Mesti selalu tolong isteri di dapur tak kiralah potong bawang ka, membalik-balikkan makanan      dalam kuali ka yang penting tolong supaya timbul minat ke dapur. Ini tidak, kedapur jak mesti nak    makan, kalau tak makan tak nampak batang hidung di dapur. 2. Banyak bertanya. - Banyakkan bertanya cara memasak terutamanya masakan yang ringkas seperti menumis sayur.  Isteri jangan pula ketawa kalau suami bertanya pasal bab-bab masak. 3. Banyakkan memonton rancangan memasak. - Banyak rancangan memasak yang boleh kita tonton lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni  ada  Ketuk-ketuk Ramadan, Chef Ammar kalau turn Channel 703, satu channel rancangan memasak.  bukan apa, tengok rancangan memasak ni banyak info berguna, kenapa guna itu, apa sebab guna ini,  kalau begitu begini apa rasa masakan t...

Pahala dan tanggungjawab

Imej
Gambar hiasan Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."  - (Abu Hurairah r.a) Potongan hadith di atas kalau suami jumpa di FB atau Tuiter, sah-sah sang suami tang pasangan masing-masing. Isteri pun Like tanda setuju.  Tapi yang sebenarnya tanggungjawab lelaki adalah termasuk memasak untuk isteri dan anak-anak.  Sekiranya suami tidak mampu dari segi masa atau tenaga, suami boleh mengmbil orang gaji untuk tugas-tugas yang ditinggalkan di rumah.   Petikan hadith di atas adalah untuk memujuk kaum isteri agar sudi dengan rela untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas suami.  Seperti kisah Asma’ binti Abu Bakar yang dinikahi oleh az-Zubair yang miskin tidak memiliki harta dan budak,...

3 burger paling mahal di dunia

Imej
1.  Le Burger Extravagant $295.00 (£186.52) Dibuat daripada white truffle butter-infused Japanese Wagyu beef. Toping dengan James Montgomery cheddar cheese, black truffles dan telur puyuh goreng. 2.  $666 'Douche Burger' ( $666) Burger yang terdiri daripada Kobe beef patty disumbat dengan foie grass dan daun emas. Ditutupi caviar, lobster, truffles, Gruyere cheese yang dicairkan dengan stim champagne dan sos BBQ dibuat dengan Luwak coffee. 3.  FleurBurger 5000  ( $5,000) Terdiri daripada Wagyu beef dan foie grass patty bersama sos truffle dan cendawan hitam cukur (cukur?) Sekali oder komplit set dangan sebotol wain berharga $ 2500. Wei, mampos nak makan burger spesis ni. Entah apa yang buat dia mahal tahap hijau ni.  hehe..

Ayam Panggang Portugis

Imej
Ingatkan nak buat ayam panggang ala Portugis ni kalau balik kampung nanti. Resepi ni aku salin dari blog sebelah, bahasa omputih aku melayukan. ada bahan yang tidak boleh guna tu aku ubah suai supaya menikut kehendak syariat. hehe 8 ulas bawang putih, dihancurkan Jus dari dua biji lemon 80 ml (⅓ cawan)  Jus  Cranberry  atau  Jus Anggur   (resepi asal guna wain) 1 daun bay  2 tbsp paprika  2 tbsp minyak zaitun  1 ekor ayam bulat Cara-cara : Satukan bawang putih,  Jus  Cranberry  atau  Jus Anggur, daun bay,  serbuk paprika dan minyak dalam pinggan.  Belah ayam dari bahagian dada, dan tekan.  Lumur atau berus ayam dengan campuran bahan-bahan tadi selama satu jam.  Panggang dengan menggunakan arang atau oven. Sos prti peri 80 ml (⅓ cawan) minyak zaitun Jus lemon dari 1/2 biji lemon 2 biji cili merah, di cincang halus 1 ulas bawang putih dihancurkan Cara-cara :  Satukan ke...

Kebenaran Hadith tentang tulang sulbi / tulang ekor.

Imej
Tulang Sulbi (dalam bulatan merah) Dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah bersabda tentang tulang ekor. كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ إِلاَّ عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ “Setiap (bagian tubuh) anak Adam pasti akan dimakan tanah, kecuali tulang ekor. Darinya ia telah diciptakan dan darinya ia akan disusun kembali”  (HR. Muslim) Hadits ini disampaikan Rasulullah berabad-abad yang lalu. Sebelum ilmu pengetahuan mampu menjangkau dan menegaskan apakah hal tersebut dapat dibuktikan secara ilmiah. Hingga kemudian, serangkaian penelitian di abad mode membuktikan bahwa sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut 100% benar. Tulang ekor tak dimakan tanah Menurut Wikipedia, tulang ekor adalah bahagian paling hujung dari kolom tulang belakang pada primata tak berekor. Terdiri dari tiga sampai lima vertebra (vertebra koksigeal) terpisah atau menyatu di bawah sakrum. Ia tersambung dengan sakrum oleh sendi fibrocarti...

Nando's. Pilihan tempat untuk sahur.

Nando's  adalah sebuah rangkaian restoran berasal dari  Afrika Selatan  dengan tema  Portugis . Diasaskan pada 1987, Nando beroperasi dai 26 buah negara termasuk malaysia dan lima benua. Cuma sekai jak pernah makan di restoran ni. Lepas tu? Bukan tak mahu datang lagi, cuma nak dapat tempat duduk tu payah. Orang beratur tunggu giliran. Tapi tu cerita Nando's di 1 Borneo Hypermall. Mungkin disebabkan dia baru beroperasi di sana, jadi ramailah orang nak test rasa. Boleh tahan juga ayam panggang dia, berbaloi tunggu lama-lama. Tak nak berbuka di Nandos's?

OLDTOWN White Coffee | Status halal

Hari Isnin! Mula lagi sibuk mungkin ada yang tidak sempat menyinggah di bazar-bazar ramadan. Kalau jalan tidak jem, boleh la. Bulan keadaan trafik saja perlu difikir, car park pun belum tentu ada yang kosong.. hehe. Pernah tak terfikir untuk berbuka di OLDTOWN White Coffee? Dengar cerita Restoran ni tidak halal, betulkah? Macam-macam isu kotrovesi. Tapi mengikut kenyataan OlDTOWN White Coffee, "Kami memahami betapa pentingnya pensijilan halal kepada rakan-rakan Muslim kita. Old Town White Coffee tidak menjual apa-apa produk makanan yang tidak halal atau alkohol. "Malah semua makanan dan minuman kami disediakan dengan cara yang halal," O.klah tu, kalau nak yang soheh boleh jumpa dan tanya sendiri di pejabat JAKIM. Selamat bersahur!

Sup Ikan Tomato

Imej
Gambar hiasan (Kalau ada gambar nanti aku tukarlah) Aku jatuh cinta dengan sup ikan gaya Cina ni masa bermastautin di W.P Labuan. Boleh dikatakan tiap pagi melahap sup ikan dengan Kolo me. Satu hari, aku tanya macam mana nak buat sup ni, tapi agak liat si apek tu bagi tahu. Tapi aku kena ambil tahu, mana tahu dia letak wain ka, arak masakan ka. Then, perlahan-lahan dia kongsikan resepi. Resepi Sup Ikan Tomato (Untuk satu orang) Bahan-bahan: 1. Isi ikan Kerapu atau ikan Merah. Paling sedap bahagina perut, tapi banyak tulang. 2. 1/2 Tomato. Potong ikut suka. 3. Air asam jawa dari sejemput asam jawa. 4. Halia Cina 1 inci, di hiris halus. 5. 1/2 bawang besar potong dua. 6. Bawang putih 2 ulas. Kupas kulit dan masukkan bulat-bulat. 7. Air 1 liter. 8. Garam & aji 1/2 sudu makan. Cara-cara  : 1. Panaskan 1 liter air tu dan masukkan kesemua bahan kecuali isi ikan. Biarkan dengan yang besar hingga tomato lerai sedikit. 2. Masukkan garam, aji dan air ...

Home made burger

Imej
Jenguk-jenguk dalam peti ais ada lagi daging dan ayam yang belum masak. Jadi untuk petang ni menu berbuka masih daging la. Bukan burger jak yang buat sendiri, sos pun hand made juga. Betul-betul nak habiskan stok ni daripada rosak dalam peti ais tu, baik berkarya.. hehe. Hidangan untuk 4 hingga 5 orang. Bahan-Bahan : Daging Burger. 1. Daging 200g. 2. Ayam 200g. 3. 1/2 sudu teh lada hitam. 4. 2 ulas bawang putih cincang halus. 5. 1/2 ulas bawang besar. 6. 1 inci halia 7. Garam & Aji. 8. Putih telur dari 1 buji telur. Cara-cara : 1. Bland daging dan isi ayam, bawang putih, halia, bawang besar, lada hitam dan gram serta aji menggunakan food processor. 2. Masukkan putih telur dan gaul kemudian jadikan bebola. Sos Tomato. 1. 2 biji buah tomato didadu kecil. 2. 2 sudu makan serbuk cili. 3. 2 ulas bawang putih dicincang halus. 4. 1/2 ulas bawnag besar. Potong ikut suka. 5. 3 cawan stok ayam. 6. Garam & aji. Cara-cara. 1. Panaskan minyak dan tumis bawa...

Daging goreng pedas

Imej
Ni ceria daging semalam yang tak masak habis. Hari cadang nak berbuka dengan mee goreng. Mee goreng beli di Bazar Ramadan jak. Bahan-bahan : 1. 300g daging. 2. Sedikit kicap untuk pewarna sahaja. 3. 1 sudu teh soda. 4. 2 ulas bawang putih dicincang halus. 5. Sebelah bawang besar. 6. 1 tangkai daun bawang. 7. 1 sudu makan minyak bijan. 8. 1 sudu makan cuka. 9. Cili kering giling. 01. 1 inci halia di hiris halus. 11. Gula, aji dan garam. Cara-cara : 1. Potong daging senipis yang boleh dan perap dengan soda dan kicap serta minyak bijan dalam 30 minit. 2. Goreng daging dengan sedikit minyak dan tambahkan cuka. 3. Masa menggoreng daging tu, jus daging akan keluar, jadi kena keringkan dahulu jus tu baru tambah bahan lain. 4. Kalau sudah kering, tumiskan bawang putih dalam kuali yang sama. Bila Bawang putih dah garing masukkan bawang besar dan daun bawang. 5. Masukkan cili kering giling atau cili padi yang di potong-potong, garam, aji dan gula dan siap.

Sup daging air kelapa.

Imej
Semalam bermuka dengan sup daging. Bosan juga ke Bazar Ramadan, hari-hari benda yang sama dah la cari parking pun satu hal. Memandangkan bahan- bahan di rumah hampir lengkap untuk masak sup, jadi aku masak sup la cuma tambah 2, 3 bahan lagi. Sebelum balik, aku sunggah di pasaraya untuk beli Daging dan Soda. Walaupun sedang puasa, aku cuba juga masak sendiri risiko yang paling mungkin ialah terlebih garam atau tak ada rasa langsung! Kerja dan bahan-bahan agak banyak tapi rasanya pasti tidak mengecewakan. Air kelapa aku buat sendiri, malas cari kelapa ditengah-tengah kesibukan alam. Bahan-bahan. 1. Air Kelapa Muda. - Panaskan 2 liter air, masukkan 1/2 cawan Cuka makan, 2 sudu teh garam dan satu sudu makan gula. 2. Stok sayuran. - Lepas air kelapa muda siap, Kita buat stok sayuran dengan air kelapa muda tadi. Masukkan satu biji tomato dibelah 4, 1 ulas bawang besar dibelah 4, 3 ulas bawang putih, 1/4 Kobis, 2 inci halia cina di hiris nipis. 3. Daging. - ...

Yong Tau Fu yang ringkas tapi sedap

Imej
Baca tak tajuk tu "Ringkas tapi sedap". Yong Tau Fu ni walaupun ringkas, tapi boleh kenyang juga dibuatnya. Satu lagi ianya boleh dikatakan makanan yang sihat, sangat sesuai untuk awek-awek yang jaga badan sebab penyediaannya tanpa minyak dan jimat barang-barang dapur. Daripada makan mee segera memanjang, baik makan yong tau fu lagi tahan diperut dan lagi segera disediakan. Ada berbagai variasi yong tau fu ni, ada yang makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Tapi untuk kali ini aku kongsikan gegelung ikan sayuran dan bebola ikan goreng.. Bahan-bahan untuk sup : 1. Halia 1 inci dihiris halus. 2. Bawang putih 4 ulas dibuang kulit. 3. 1/2 bawang besar didadu. 4. Ikan bilis kisar 2 sudu makan. 5. Chilli Coarse. Yang ni boleh cari di pasaraya. Cili kering kisar, macam tulah gambarannya. 6. Satu sudu teh minyak bijan. Kalau mahu letak untuk naikkan bau. 7. Garam. Cara-cara : 1. Potong yung tau fu mengikut suka. Gegelung ikan tu aku potong sendeng, bebola ika...

5 Gambar Keindahan Suasana Ramadan 1436 H

Imej
Gambar-gambar berikut menceritakan suasana Ramadan di bebebrapa negara. Gambar yang menceritakan persaudaraan dan kebersamaan merasai keseronokan beribadah. Masjid di Midrand, Johannesburg Karachi, Muslimin bersolat di jalan.  Muslimin bersolat Jumaat di halaman sebuah kawasan perumahan di sebelah pusat  masyarakat kecil dan masjid ( Kanan ) BBC di timur London, Britain. Sukarelawan membawa sedulang makanan untuk diagih sebelum berbuka di Masjid Memon di Karachi Ribuan masyarakat turki berbuka bersama pada hari pertama Ramadan

Bagaimana mengetahui bahwa seseorang sedang berbohong?

Imej
Tidak perlu menjadi seorang ahli psikologi untuk mempelajari dan mengetahui bahwa seseorang itu sedang bercakap bohong atau tidak. Seorang psikologi yang sudah mahir dapat mengetahui seseorang itu sedang berbohong atau tidak, seperti psikologi yang mewawancara Putri Diana saat itu. Dia menyatakan bahwa Putri Diana berkata jujur ketika diwawancarai perihal perselingkuhan suaminya, Putra Charles. Anda pun boleh menganalisa seperti itu dengan latihan yang terus menerus tentu. Ahli Psikologi pun berlatih setiap hari sehingga mereka mahir. Ada 1 juta bahasa tubuh (Body Language) yang berbeza, di sini ada beberapa bahasa tubuh yang umum  menunjukkan bahwa seseorang sedang berbohong atau tidak : 1.  Posisi tubuh  dapat menjadi bukti yang menunjukkan bahwa seseorang sedang berbohong, karana disedari ataupun tidak disedari ada hubungan yang kuat antara pikiran dan ekspresi. 2.  Nafas yang tiba-tiba . Dalam setiap kebohongan, detak jantung akan meningkat dan naf...

Masak Kari (Rempah Kari Buat Sendiri)

Imej
Masak kari ni masakan biasa jak, di mana-mana ada ada kari. Pendek kata dimana ada India, di situ ada Kari. hehe.. betul ka tu? Mungkin betul la, sebab tidak pernah jumpa lagi masakan Chinese Curry semuanya Indian Curry. Kari bermaksud Kuah kalau dalam masakan Melayu dan Souse dalam masakan Barat. Aku pun tidak berapa pasti maksud kari ni, tapi aku dengar dari Asian Food Channel (AFC) . Channel kegemaran ni.. Difinasi lain untuk kari ialah "N ama untuk berbagai jenis  makanan  yang dimasak dengan  rempah-rempah  hingga mempunyai rasa tajam dan  pedas . Kari adalah masakan asal  Asia Selatan , terutama dari  India  yang telah meluas ke seluruh negara di kawasan  Asia Pasifik  dan  Eropa " Wikipedia Bila masak kari  bermacam-macam serbuk kari yang terlintas, yang paling lazim tu Alaggapas la.. Amma.. Tapi seorang Chef rekomen, rempah kari Alagappa's memang sedap.  Jadi aku kongsikan resepi kari tanpa serbuk...

6 Tokoh Paling Hebat Dalam Sejarah Perang Moden.

Imej
Tokoh Islam, Dr. Zakir Naik yang telah membahaskan  "Adakah keganasan didalangi orang Islam atau Ahli Politik?"  Dalam sesi pembahasan tersebut, beliau menyebutkan 6 orang pembunuh yang kejam dalam sejarah. 1) "Hitler" -Membunuh jutaan orang Yahudi. 2) "Joseph Stalin called as Uncle Joe". -Membunuh 20 Bilion termasuk 1.4 bilion yang mati kebuluran. 3) "Mao Tse Tsung (China)" -Membunuh sehingga 14 atau 20 bilion orang. 4) "Benito Mussolini (Italy)" -Membunuh 400 ribu orang 5) "Ashoka" In Kalinga Battle - Membunuh 100 ribu manusia. 6) Embargo put by George Bush in Iraq,  -Setengah juta kanak-kanak telah dibunuh !! Adakah keenam-enam orang tokoh di atas Muslim? Media tidak pernah menyebutkan mereka adalah pengganas. Keganasan yang kini sedang berlaku adakah juga disebabkan orang Islam ? 1) Rohingnya - Peghapusan etnik oleh golongan anti Muslim dari kalangan Buddha. 2) Syria - Pembunuhan rakyat Syria alirah ASWJ di b...

Bisnes Yong Tau Fu (YTF)

Imej
Fong Tau Fu ni adalah manakan Cina, selalunya disediakan dalam bentuk sup. Memandangkan YTF ni sudah diterima oleh seluruh masyarakat kita, dan YTF banyak dijual atau dijaja di tepi kedai menggunakan konsep kiosk. Nama lain bagi bisnse ini ialah 'Sate Celup'. Semalam aku mulakan bisnes jual YTF berkonsepkan Francise Kiosk. Aku berniaga guna jenama orang lain macam KFC, McD dan kebanyakan jenama makanan segera yang lain. Kerjanya mudah cuma jual. Semua peralatan dan bahan mentah pemilik jenama akan supply.  Lagipun penyediaan YTF mudah, samada goreng atau celur. Aku mula berniaga semalam dalam pukul 6.00 ptg lepas balik kerja terus ke tapak niaga. Sebelum ni aku berniaga restoran, tapi kemahiran tu kurang sangat, ahkirnya jadi tidak mampu. Jadi mulakan dari kecil dahulu. Perniagaan besar perlu tenaga dan ilmu serta duit lebih, yang ni modal tidak sampaipun RM 2 K. Pelanggan pertama datang seawal jam 6.30 ptg. Buat masa ni tak banyak pilihan maklumlah permulaan. Ha...

Ikan Halikopter..

Imej
Ikan ni nama sentifiknya  Ostracion cubicus.  Name Tag nia ada disebelah kanan, korang tak nampak. hehe. Dalam bahasa aku, Bahasa Bajau, Daing Tabanggak-banggak. 'Daing' tu bermaksud 'Ikan', 'Tabanggak-banggak' tu aku tak tahu dari mana datangnya, maksudnya pun aku tidak tahu. Siap kol Ibu di kampung tanya nama ikan ni. Baru-baru ni kami mengadakan majlis makan malam peserta kursus di Akmal Sabah. Menu utama ialah SeaFood BBQ. Ikan ini antara hidangan malam tersebut. Setiap kali ikan orang bertanya nama ikan ni. Memang ramai yang tidak tahu namanya. Antara nama yang femes kita bagi untuk menjawab pertanyan orang ialah "Ikan Helikopter" Aku main hentam jak. Nama lain ikan ini ialah  ikan kudu-kudu. Menyediakan ikan ni kebiasaannya cuma di panggang. Kalau nak rebus pun, rebus dengan air laut baru ada rasa. Kalau rebus denga air biasa mungkin setengah guni garamnya itu pun belum tentu. Kulit ikan ni setebal kira-kira 1 mm.  Tapi jangan ...

Bot Banjir, Bersedia Untuk Menyelamat.

Imej
Sabtu lalu (13/6/2015) aku balik kampung mentua di Beaufort Sabah. Kebiasaannya kami memang balik setiap minggu kalau tidak sebok dengan kerja. Cuma kepulangan kami kali ini agak berbeza, terkejut pun ada. Tapi kalau ketawa tu tak adalah. Mahu kena sondol dengan penyodok? Tapi ketawa jugalah sikit.. hehe Apa tidaknya, rumah yang jauh berbatu-batu dari laut tiba-tiba ada bot parking di laman rumah. Nak kata mentua aku pigi pancing udang gala, tidak pernah pulak jumpa kelibat rod pancing di rumah tu sejak aku berkahwin dengan sulungnya. Tapi fikir balik ni mesti persediaan menghadapi banjir. Sejak kahwin dengan bini aku ni, dah 2 atau 3 kali merasai pengalaman banjir. yang paling teruk tahun 2012 lalu. Ha, boleh tengok sini.  Masa ni paras air di kawasan rumah mentua aku hingga paras pinggang orang dewasa. Dalam kan? Lagi pun sekarang ni dah masuk musim hujan. Hujan lebat atau hujan sederhana lebat yang berlarutan sehingga 3 hari akan menyebabkan paras air empangan daerah...

Sup Ikan yang Sedap dan Sihat.

Imej
Resepi ni bukan sahaja mudah tapi sedap dan menyihatkan. Sapa-sapa yang mahu kurangkan berat badan tu baik dari kalangan lelaki atau perempuan, bolehlah cuba resepi sup ikan ni. Harap jangan jauh sangat dengan jamban! Takut tak sempat duduk hajat dah kesampaian.. haha. Tapi perut tak memulas, jangan bimbang.. Sebenarnya, banyak-banyak jenis masakan, aku sangat suka masak sup. Bermacam-macam resepi sup dalam koleksi. Ada yang paling rumit hingga berbelas-belas bahannya.. Ok! Kita mulakan.. Bahan-bahan; 1) 3 ekor ikan kembung, potong ikut suka. Ikan Tulai, Ikan Tengiri, ikan apa pun boleh yang penting bukan ikan masin atau ikan duyung. hehe 2) Halia 1 inci. 3) Bawang putih 3 ulas. 4) 3 atau 4 biji limau nipis atau limau purut. Diambil jusnya. 5) Daun limau purut 4 helai. 6) 3 liter air. 7) Setengah sudu teh kunyit serbuk kalau guna kunyit hidup setengah inci cukup. Untuk warna jak. 8) Lada hitam 5 biji. 9) Garam dan perasa. Kalau mahu lebih cantik, boleh tambah 2 bi...

7 Pengganti Bahan Non Halal Dalam Masakan

Kebiasaannya aku selalu masak makanan Cina, Jepun dan Korea. Pernah juga cuba membuat beberapa makanan jenis salad resepi-resepi dari Barat, tapi bila dia tunjukkan bahan -bahan non-halal ni, kita terus mati kutu.. adoi.. Masakan Cina dan Jepun sering menggunakan Wain Beras, Arak Putih, Ang Ciu dan berbagai lagi bahan non halal ni. Apakah kedukukan makanan yang mengandungi bahan seperti ini dalam islam? 1.   عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: وَ لاَ اَعْلَمُهُ اِلاَّ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَ كُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ. مسلم        Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata : Dan aku tidak mengetahuinya melainkan dari Nabi SAW, beliau bersabda, " Setiap (minuman) yang memabukkan itu khamr, dan setiap khamr itu haram ". [HR. Muslim juz 3, hal. 1588]  2.   عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: مَا اَسْكَرَ كَثِيْرُهُ فَقَلِيْلُهُ حَرَامٌ. ابن ماجه     Dari Jabir bin ‘Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "...

Resepi Sambal Tuhau Jeruk

Imej
Jeruk Tuhau Jeruk Tuhau ni dibuat dari Pokok Tuhau la. Kalau mahu tengok gambar boleh google. Pokok ni biasa terdapat di sekitar Keningau, Tambunan, Ranau dan kawasan yang berdekatan. Nak buat Jeruk Tuhau boleh tengok di sini. Tapi kebiasaanya orang tidak berapa suka bau Tuhau Jeruk ni, amat tengek dan menusuk hidung, boleh bersin dibuatnya. Makanan ni merupakan makanan tradisional kaum Kadazan Dusun di Sabah. Disebabkan baw yang sangat kuat dan kandungan cuka yang banyak, jadi saya olah sedikit cara penyediaannya agar sesuai dengan selera saya. Kalau nak cuba boleh la.  Resepi : 1. 1 Cawan Tuhau Jeruk ( seperti gambar di atas) 2. 4 sudu makan gula (boleh tambah sehingga rasa masam cuka hilang) 3. 3 ulas bawang putih di cincang halus atau di tumbuk. 4. Cili padi mengikut selera. 5. sedikit garam. 6. Minyak  Bijan, kalau mahu. Caranya :  Gaulkan kesemua bahan di atas, sehingga rasa masam cuka tu hilang, tapi bau Cuka tu tetap ada, so ken...